CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 26, 2012

Tak bersedia? Mati itu pasti.

Teringat masa aku form 1 dulu, waktu tu 1st time belajar sejarah.
Sejarah. Aku tak tau lah kenapa aku bebal sangat sejarah.
Sampai ke sudah aku tak minat subjek sejarah.

So, masa aku form 1 yang ajar subjek sejarah seorang guru wanita.
Cikgu Saptuyah namanya.
Masa tu aku rasa dia dah 30an kot...
Dijadikan cerita, aku tak buat ulangkaji langsung untuk subjek sejarah hari tu.
Dan nak ditambahkan cerita, cikgu tu boleh tanya soalan kat aku pulak.
Mampos aku tak boleh jawab.
Memang tak tau jawapan apa.
Kesudahannya, Cikgu Saptuyah suruh aku berdiri atas kerusi.
Dah la masuk form 1 aku pertama kali merasa sekolah campur.
Masa sekolah rendah aku sekolah pompuan...
Malu!!!
Kalau berdiri je takpe.
Ni berdiri atas kerusi!!!

Sampai sekarang aku masih ingat cikgu tu.
Strict nya bagaimana. Garangnya macam mana.
Lantang suaranya pun aku masih ingat.
Cakap memang lepas je...
Aku tak berdendam dengan cikgu tu.
Sebab dia lah aku rajin buat ulangkaji subjek sejarah.
Tapi kalau dah tak minat tu, susah gak kan.
Memang result subjek sejarah cukup2 makan je...

Ahad lepas, pagi2 lagi aku dikejutkan dengan berita Cikgu Saptuyah sedang sakit tenat.
Terus aku terbayang wajahnya.
Perkara pertama yang terbayang adalah memori didenda berdiri atas kerusi.
Sempat aku tinggalkan mesej kat teman2 yang pergi melawat, minta sampaikan salam.
Tapi tak kesampaian sebab petang tu, tiba2 dapat sms dari member sekolah, mengatakan Cikgu Saptuyah telah kembali ke rahmatullah.
Innalillah...

Walaupun Cikgu Saptuyah hanya mengajar aku waktu aku form 1, jasanya tetap kuingat.
Pemergiannya tetap meninggalkan kesan di hati para pelajarnya.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Al-Fatihah dan salam takziah untuk ahli keluarga Cikgu...

Setiap kali mendengar berita tentang kematian, kita mesti terkejutkan.
Tapi itulah hakikat.
Yang hidup pasti akan mati.
Cuma bersediakah kita?
Hargailah mereka yang dekat dengan kita kerana kita tak tahu bila kita atau mereka akan dijemput Allah.
Perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari semalam.
Belajar memaafkan kesilapan orang. Takut nanti tak berkesempatan.
Perbanyakkan amal ibadah, kerana itulah sahaja bekalan kita di kemudian hari.



No comments:

Post a Comment