CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 14, 2012

Duit berkat...

Sejak ada anak, dan sejak umur memasuki 30,
aku baru ada kesedaran nak menyimpan.
Yup, betul.
Sebelum ni aku memang BOROS!
Dapat gaji fikir nak shopping sahaja.

Hari tu hari jadi ayah yang ke-59.
Dalam borak kosong sama ayah,
aku bilang padanya, baru sekarang aku ada kesedaran nak menyimpan.
Nak tahu apa ayah cakap?

"Ayah dulu masa umur kau, tak dapat menyimpan pun...
Duit memang cukup2 je setiap bulan untuk belanja korang semua..."

Aku terkejut.
Tak mungkin.
Sebab dulu aku tak pernah rasa kurang pun.
Okay mungkin apa yang kami pakai tidaklah semahal atau berjenama macam anak orang lain.
Tapi cukup.
Setiap tahun baju, kasut, beg sekolah semua berganti.
Cuti sekolah ayah akan bawak kami bercuti.
Belum lagi dengan perangai yang kuat merajuk bila tak dapat apa yang kami nak.
Ayah akan cuba untuk tunaikan segala permintaan kami.

Sebab tu aku sangat terkejut bila ayah kata dulu ayah pun sama,
duit hanya cukup2 je...
Aku memang tak percaya.

Terus aku tanyakan,
"habis tu macam mana ayah boleh tanggung kami semua?"

Tenang je ayah jawab,
"itu namanya duit berkat."
Lepas tu ayah terus bangun meninggalkan aku termangu sendiri kat situ.

Lama aku fikir.
Dan sekarang aku rasa aku faham apa yang ayah maksudkan.

Itu namanya duit berkat.
Berkat kerana solat yang sentiasa terjaga.
Berkat kerana sentiasa dihulurkan pada orang tuanya bila ada.
Berkat kerana diperolehi daripada hasil titik peluh yang ikhlas bekerja.
Berkat kerana redha dengan apa yang ada.

Ayah siapa yang tak hebat?
Semua ayah-ayah kita hebat kan...
Takkan pernah ditunjuk kesusahan mereka kepada kita.

Tapi kita,
kita hanya tahu menyusahkan orang tua kita sahaja.
Kan?

Thursday, December 13, 2012

Shopping tudung online jom!

Assalamualaikum,

Jom shopping tudung kat sini .

Antara koleksi-koleksi yang ada...






Happy shopping...

Email mereka at boutiquekarizma@gmail.com to get yours now...







Monday, November 26, 2012

Plain water, please!

Kesihatan waktu ni sangat merudum.
Selsema dan batuk.
Takut jangkit kat Aliff sebab dia terlalu nak berkepit je sekarang..

Teringat masa pregnant dulu, emmm masa tu mengandung 6 bulan...
Bulan puasa, aku demam...
Mungkin sbb antibodi tak kuat kot.

Masa hari pertama demam, aku berdegil nak teruskan puasa.
Sayang nak tinggal puasa sbb masa pregnant mmg confirm boleh puasa penuh (kalau tahan).
Masuk hari kedua, masa tu kat ofis.
Suara tak keluar dah .
Ofismate suruh buka puasa.
Aku degil lagi...
Sebab aku pikir buka puasa pun bukan boleh makan ubat...
(masa pregnant memang tak digalakkan makan ubat. even panadol pun tak digalakkan)

Walaupun mak aku kata it's ok to consume panadol, tapi aku tak amik jugak sepanjang aku pregnant.
So what did I do?

Aku minum bergelen-gelen AIR.
AIR MASAK.

ye, itu je yang aku buat.
Hari kedua tu, aku akur jugak dengar nasihat ofismate.
Dia suruh aku buka puasa n minum air banyak2.
And I did.

Hari ketiga, aku rasa ok sikit.
Hari keempat, Alhamdulillah, sihat sudah.
Walaupun ada batuk2 sikit2.

Itu je sebenarnya. AIR.
Sebab badan kita mengandungi 70% air.
Bila kurang air, mulalah temperature badan naik, tekak sakit n macam2 lagi.
Sebab tu sangat penting untuk minum air, walaupun bukan masa mengandung.

So, take more plain water alrite people...
Air tak menggemukkan.
Ada orang kata minum air banyak nanti badan menggelebeh..
menggelebeh sebab tak bersenam.
and lagi satu, ini pesan makcik yang urut aku masa dalam pantang.
bila minum, jangan sesekali berdiri.
itu yang buat perut buncit n menggelebeh.

Rasulullah S.A.W pun dah pesan minum kena duduk kan...
Kan lebih sopan...

So, lepas ni, kurangkan minuman manis ok.
PLAIN WATER PLEASE!

Thursday, November 15, 2012

1Muharram 1434H

Dimulakan dengan salam Hijrah 1434.
Semoga kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Semoga beroleh barakah dan dijauhkan dari kufur.

Setiap apa yang diperolehi, setiap apa yang dialami,
bersyukurlah.
Kerana itu semua tanda kasih sayang Maha Pencipta terhadap kita.

Semoga tahun ini kita akan lebih berani membuka langkah baru,
ke arah kejayaan.
Semoga tahun ini kita akan lebih tenang menghadapi sebarang ujian.
Semoga tahun ini kita akan lebih matang, lebih dewasa sebagai seorang insan.

Selamat berhijrah saudaraku.
Kerana setiap hijrah itu,
walau kecil langkahnya,
InsyaAllah membawa makna yang besar.

Tuesday, October 23, 2012

I am actually very busy at this very moment, but I feel like I really need to write this now.
Or else, it would disappear from my thoughts.

Dulu, aku seorang yang sentiasa merasa tidak cukup atas apa yang aku ada.
Aku sentiasa mahukan apa yang orang lain ada.
Aku sentiasa rasa tak mahu kalah dengan orang lain.
Dan akibat dari ketamakan aku,
aku sengsara.

Aku rasa duit aku sentiasa tak cukup.
Aku sentiasa nakkan yang lebih.
Aku tak suka kekurangan.
Baik dari segi wang ringgit, harta benda, keadaan fizikal.
Aku nak setanding dengan mereka yang sememangnya mampu.
Yang memang hakikatnya jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan aku.

Bila aku sentiasa merasa tidak cukup akan apa yang aku ada, tanpa aku sedari, aku mula kufur.
Kufur pada nikmat yang Allah bagi selain dari wang ringgit.

Setelah sekian lama, sedikit demi sedikit aku mula belajar untuk menerima segala kekurangan yang aku alami.
Aku belajar untuk cakap 'tak apalah, bukan rezeki aku...'
Aku belajar untuk terima kenyataan yang aku sememangnya tak dapat lebih seperti orang lain yang dapat lebih itu.

Lama-kelamaan, aku mula rasa tenang.
Aku tenang biarpun duit dalam poket sebenarnya tinggal berapa sen cuma.
Aku rasa cukup walaupun aku tak punya harta benda sehebat orang lain.

Sebab aku mula sedar.
Sebenarnya aku sangat kaya.
Aku punya suami yang sangat cool, yang terlalu kasihkan aku. Sayangkan aku.
Yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi aku.
<no, i'm not exaggerating>
Aku punya anak yang sangat kacak, sempurna di mataku.
Aku punya ibu dan ayah yang sentiasa ada untuk aku.
Aku punya ibu dan ayah mertua yang super sporting.
Aku punya keluarga yang meriah. Yang kukuh ikatan kekeluargaan kami.
Aku punya pekerjaan biarpun gaji aku tak sebesar mana.

Disebabkan semua itu, aku sangat bersyukur.
Wang ringgit dan harta benda tidak boleh menggantikan mereka semua.

Dan aku percaya, setiap yang kita alami, setiap yang kita lakukan, ada hikmahnya.
Aku belajar untuk bersabar.
Kerana aku pasti, setiap orang yang bersabar akan ada khabar gembira untuknya.
Itu janji Allah Taala.

Dan hari ini, Alhamdulillah, Allah kirimkan aku satu khabar gembira.
Biarpun tidak sebesar mana, aku tetap rasa kemanisannya.
InsyaAllah, pasti akan ada khabar-khabar gembira untuk kita semua.
Bunyinya memang cliche tapi ya,
bersabarlah atas segala dugaan hidup kita.

=)

Wednesday, October 3, 2012

1 gigi lai...


'Mama look! Aliff dah ada gigi... heeeee...'


Huhu sekarang aku faham perasaan mak-mak yang apa saja perkembangan anak dia, dia boleh heboh satu kampung.
Aku faham.
Bila aku dapat tahu Aliff tumbuh gigi, aku rasa happy sesangat, bangga pun ada.
Hahaha bengong tak.
Rasa nak pergi call atok nenek pakcik makcik si Aliff nak bagitau yang Aliff dah tumbuh gigi.
huhu aku memang dah jadi mak-mak...

Sikit info pasal pertumbuhan gigi bayi..
~ Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi seawal usia 4 hingga ke 7 bulan.
~ Paling lambat pun, setahun baru tumbuh gigi.
~ Symptoms: ngences (air liur meleleh macam Aliff), gusi bengkak & sensitip, anak mungkin akan merengek sebab tak selesa, suka menggigit (guna gusi), menolak makanan (sometimes ada yang tak nak makan), tidur terganggu (mungkin sebab tak selesa la tu kot...) ---> sumber dari Babycenter.com

Kalau menurut orang2 tua kita, budak mungkin akan demam. Biasalah budak nak membesar kan...
Takpe lah, cepat atau lambat, yang penting anak2 kita membesar dengan sihat kan...

Okay lah. 
Ini post rushing.
Curik masa kat office.
hahahaha

let's spread the love everybody!
(haha tetiba!)

Wednesday, September 26, 2012

Keranamu, aku adalah aku hari ini.


I know a man who lost his parents at a young age. He was man enough to love a strong woman years older than him, worked for her and made her stronger, opened his heart to her, shared his fears to no one but her. He was romantic and was faithful to her till her last breath. Cleaned after himself and sewed his own clothes. He was good looking, courageous and fearless. He never judged anyone on their pasts or looks, and was moderate, open minded and tolerant. His neighbour was Jewish and his cousin-in-law was a Christian priest. Beaten and exiled when he was helpless, he was merciful when he became stronger. Intelligent, wise and a hard worker, he built a long lasting nation out of nothing in the last 20 years of his life. He had no parents, but loved his daughters and grandchildren. His last will was "Be good to women".

This man was a mercy for all mankind, this is my Prophet Muhammad (Peace be Upon Him).



Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Wasallam.





*taken from FB.

Tuesday, September 18, 2012

20 Perkara Membawa ke Syurga

assalamualaikum...

semoga memberi manfaat kepada para pembaca...

20 Perkara Membawa ke Syurga

1) Menjaga solat Subuh dan Asar

2) Solat di awal waktu dan berbakti kepada ibu bapa

3) Berjihad di jalan Allah

4) Menghilangkan gangguan jalan

5) Sabar atas kematian anak kecil

6) Membaca ayat Qursi selepas solat fardu

7) Sentiasa dalam keadaan berwudhu'

8) Sentiasa ke masjid pagi / petang

9) Berdoa selepas wudhu'

10) Mati dalam keadaan bersyahadah

11) Menjauhi dosa-dosa besar

12) Bagus dalam mendidik anak perempuan

13) Memelihara lidah & kemaluan

14) Berakhlak mulia

15) Memelihara anak yatim

16) Menghafaz 99 nama Allah

17) Membina masjid

18) Banyak membaca surah Al-Ikhlas

19) Banyak berpuasa sunat

20) Mendapat haji yang mabrur

InsyaAllah, kita sama berusaha k..

Friday, September 7, 2012

Lama cerita dia senyap...

ini hip hop ngences.

hehehe.

Alhamdulillah.
Dia dah 8 bulan.
Sebelum masuk 8 bulan hari tu, dia demam...
Menyusu kurang, makan apa tah lagi...
Pastu muntah je..
Terus susut badan dia...

alhamdulillah sekarang dah ok dah.
Mak kata dia ni nak ringankan badan ni...
sebab nak berdiri n jalan.

yeay!!!
semoga anak mama ni membesar dengan sihat, cergas dan cerdas k.
walaupun makin lasak dan kadang2 buat mama rasa nak tarik rambut diri sendiri, takpe.
mama dan papa suka!
hahahahaha

oh, aliff makin besar ni makin manja lain macam pulak.
sayang aliff uthman mama & papa...
jadi anak yang soleh ye.

Thursday, September 6, 2012

Jom ke A' Famosa! Murah murah! lai lai lai...

sila klik for larger image ye.

Matta Fair is back!
Jom jom jom kita p serang PWTC carik pakej cuti2 yang murah2...

I'll be there too.
bekerja lah tapinya.
hehehe

Matta Fair akan start esok 7/9/2012 sampai Ahad 9/9/2012.
tempat PWTC, jam 10am sampai lah 9pm...
haaa pulun lah carik pakej2 percutian yang korang nak...

Nak beli pakej A' Famosa?
sangat lah dialu-alukan...
Jemput datang ke booth kami ye.
Sebab kali ni kami jual pakej yang sangat murah.
Pakej penginapan dari serendah RM10 sahaja seorang!

Datang tau.
Jangan tak datang.

Monday, September 3, 2012

Beraya di Pulau Pangkor?

So, how's your Raya?

Alhamdulillah, Aidilfitri kami pun ceria dan gembira walaupun kami sambut sederhana je.
(mak dan ayah kan kat Mekah, beraya di sana...)
Kuih raya pun hanya dikeluarkan pada hari raya ke 9.
Hahaha giler memang kurang mood nak beraya.
Kuih raya dikeluarkan pun sebab mak dan ayah pulang pada raya ke 10, so baru lah ada mood nak kemas rumah buat feel hari raya sikit.

Sebab nak bagi masa berlalu dengan cepat pada minggu pertama raya tu, kami adik beradik ke Pulau Pangkor menghabiskan masa di sana selama 3 hari.
Alhamdulillah, walaupun pergi dengan bajet yang tak seberapa, we had fun!


Informasi Perjalanan dari Seremban ke Pulau Pangkor

Harga tol dari Senawang ke Sg Besi = RM8.20
Lepas tu keluar tol mana ye... alamak tak ingat pulak... Sebab dari Sg. Besi terus ikut sign menghala ke Ipoh.
Sebab sorang pun tak pernah pergi Pangkor lagi, kami bergantung sepenuhnya dengan GPS.
GPS tunjuk exit tol Teluk Intan, so kami pun exit lah tol Teluk Intan.
Harga tol dari KL (tak ingat tol mana) ke Teluk Intan = RM17.50
Dari Teluk Intan ni amik masa 2 jam gak untuk sampai ke jeti Lumut.

Di jeti Lumut, kami park kat tempat letak kereta berbumbung yang bertingkat tu.
Bila masuk tu, kami tanya kat pekerja yang jaga parking berapa caj parking kat sini.
Katanya, RM10 sehari.
Okay, kami pun parking.

Tapi kan, masa kami balik pada hari ke3 tu, caj parking hanya RM14++ je..
So tak tau sama ada pekerja parking tu bagi info yang salah atau pekerja yang kat kaunter bayaran tu kira salah.
Tapi tak mungkin salah kira, sebab ada tiket parking tu...


Ok, sambung balik perjalanan ke Pulau Pangkor dari jeti Lumut.
Kat jeti ni ada 3 kaunter yang jual tiket ke Pulau Pangkor.
Harga tiket untuk dewasa pergi dan balik (Lumut-Pulau Pangkor-Lumut) adalah RM10 seorang.
Alamak lupa lak harga tiket untuk kanak-kanak sebab si Aliff tak perlu tiket masa tu...
Dan tiket feri tu valid untuk sebulan...


Ini budak first time naik feri lah...


Perjalanan menaiki feri dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Feri akan berhenti kat 2 perhentian. 1st stop kat jeti Pinang Kechil. Jangan turun kat sini sebab tak ada transport untuk ke Pangkor.
Kena turun kat 2nd stop, jeti Pulau Pangkor.

Okay, turun je dari feri, berjalan keluar, akan ada ramai pakcik-pakcik van sewa yang menunggu.
Bagitau je korang nak ke Teluk Nipah or Pasir Bogak, diorang akan bagitau naik van yang mana satu.
Pakcik van tu bawak kami terus sampai depan Nipah Bay Villa tempat diam kami untuk 3 hari di Pulau Pangkor.
Caj van dari jeti Pulau Pangkor ke Teluk Nipah, untuk 1 - 4 orang = RM15


Bagi aku, kat Teluk Nipah lagi happening kalau dibandingkan dengan Pasir Bogak.
Kat sini lagi banyak pilihan tempat makan and souvenir shops.
Dan orang lagi ramai kat sini.


Petang tu, lepas check in, kami just jalan2 kat tepi pantai carik seluar mandi untuk si kecik Aliff ni...
Orang first time pergi laut kata kan...


Bersih kan laut dan pantai dia...


suka dia kena angin sepoi2 bahasa...


first time dia ke laut...
=)



The next day, apa lagi, aktiviti mandi laut lah...
Pagi tu, angin kuat n ombak besar, jadi tak dapat nak mandi and snorkelling.
Even boat untuk island hopping pun tak boleh jalan.
So, kami hanya bermanja2 dengan air laut di gigi air sahaja.


huhu anak sapa lah comot sangat ni...


haih anak aku... dia pun nak makan eskrem jugak...


testing 1, 2, 3 dulu...

Huhu anak aku tak excited sangat main air laut...
Muka dia blur je..

Alhamdulillah, petang tu cuaca elok, jadi kami berpeluang untuk main kat laut and island hopping.
Untuk island hopping tu, kami amik bot besar harga dia RM80 untuk satu bot.
Pakej dia termasuk, mandi kat pulau kecik (tak ramai sangat orang), mandilah seberapa lama yang kita nak..
Lepas deal dengan beach boy yang bawak boat tu, dia akan datang kat pulau kecik tu ikut time yang kita set, pastu akan bawak kita island hopping pulak.
Island hopping tu dekat2 situ je. Still boleh nampak mainland Pulau Pangkor lagi.
Sebenarnya boleh snorkelling, tapi sebab masa tu baru lepas hujan, so beach boy tu kata, agak sia2 kalau nak snorkelling sebab memang takkan nampak apa..
Okay takpe. snorkelling nanti kita buat kat Tioman or Redang or Perhentian k...

"kat mana la mama aku bawak aku ni... bosan giler mandi laut ni.."
hahaha tengok muka anak aku kebosanan. 
dia boleh layan mata mengantuk dia kat dalam pelampung tu ok.


tengok tu, orang lain punyalah excited naik bot p tengok pulau2 kat situ.
dia boleh layan mata kuyu.
haih aliff aliff...


huhu tido lagi best!


antara sight yang boleh kita lihat masa island hopping tu..
nampak tak batu tu menyerupai apa?
huhu cer teka...


yang ni nampak tak apa benda?
sebenarnya ada satu lagi, gambar batu yang menyerupai penyu.
tapi tak dapat upload pulak.
tak tau nape.
agaknya memang nak soh korang p Pangkor tengok sendiri kot.


Petang tu kami menikmati char kueh teow di tepi pantai sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan...
Subhanallah...


Bliss!


"tido lagi syok! mandi laut tak best"



Esoknya, pagi2 lepas breakfast, kami mandi laut lagi.
Sebab malam tu hujan selebat alam, jadi air laut pagi tu sangat crystal clear!
Subhanallah sampai sekarang masih lagi teringat air laut tu.

At 12pm kami check out, and pihak hotel tolong call kan teksi a.k.a van untuk kami ke jeti.
Sebenarnya, Pulau Pangkor ni tak pernah masuk dalam list destinasi percutian pulau aku.
huish giler berlagak masa tu.
Sebab aku rasa laut kat Pulau Pangkor ni tak secantik dan sebiru laut kat Redang or Malukan or Tioman.
Tapi sangkaan aku salah sama sekali.
Aku tetap rasa laut dia cantik ok!
Tu lah jangan ingat yang femes2 je cantik kan...
Keesokan hari tu bila dah kat rumah, perkara pertama yang aku rindui bila aku bukak mata adalah bunyi desiran ombak kat Pulau Pangkor tu.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami akan pergi lagi.

hello!


bye bye Pangkor.
Till we meet again!

























Wednesday, August 15, 2012

Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Monday, August 13, 2012

Kisah Iblis Bertemu Rasulullah SAW

*dicopy paste dari FB

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :"Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."



ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya?"

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

"Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya?"

"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)



AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar."

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila."

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu?"

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam."

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu?"

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu?"

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."



MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk."

"Siapa tetamumu?"

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."




Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera menimpali :"Tidak, tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."




IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.




Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?



10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : "Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 63

Friday, August 10, 2012

Kali pertama aku tak terasa nak beraya...

Hari ini, jam 10 pagi tadi, maka berlepaslah Mak dan Ayah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Alhamdulillah.

Biarpun berlinangan air mata kerana Aidilfitri kami tanpa mereka di sini, 
kami tetap bersyukur.

Kerana Mak dan Ayah berpeluang berhari raya di rumah Allah.
Subhanallah.
Maha Suci Mu Ya Allah.

Terima kasih.







kini, kesunyian mula terasa.
setiap kali air mata mula bergenang, aku bisikkan pada diriku,
Lillahi Ta'ala...
Kerana Allah Ta'ala...
hati akan tenang semula.

ini adalah kali pertama kami adik beradik beraya dengan Mak dan Ayah yang berada jauh beribu batu.
Tak apa.


Allah pasti akan menjaga Mak dan Ayah di sana...
=)

Thursday, August 9, 2012

It's our anniversary.

9 Ogos 2012

3 tahun dah kami.

Alhamdulillah.

Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Hidup bersama, tua berdua.

=)


Terima kasih Ya Allah...

Wednesday, August 8, 2012

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Peringatan untuk kita semua.
Semoga mendapat iktibar.


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

Kecintaan terhadap dunia mungkin menyebabkan kita lalai mengerjakan solat. 

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup / meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Maghrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan ibu bapa.

5. Solat Isya' : satu kali meninggalkan tidak akan diredhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



6 Seksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu:

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam Islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapat pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut:

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur:

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Diseksa sampai hari kiamat tiba.


3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah:

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.




Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: 


“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu. Setiap kali hantukan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. 
(Rid Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal – Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107





Astaghfirullahalazim.


Tuesday, August 7, 2012

Aliff Uthman di usia 7 bulan

Macam dah lama tak tulis pasal Aliff...

Alhamdulillah, sekarang Aliff dah 7 bulan.
Selalunya bila orang tanya 'anak dah berapa bulan?'
Mesti akan tanya 'dah pandai apa dah?'

huhu.. so Aliff di 7 bulan.

1) Makin LASAK! hahaha! tapi aku suka!
 bila letak dia dalam walker, laju je dia 'tour' keliling rumah..

2) Dah pandai duduk..
 yang ni baru je discover hari Sabtu lepas. Aliff ni memang tak suka dipegang.
Kalau dipegang dan kita duduk, dia akan melentok longlai kan badan dia sampai dia cecah lantai..
so hari tu aku letak lah dia kat lantai. selalunya memang kena pegang kat bawah ketiak dia, biar dia duduk     main kat lantai. Hari tu ntah kenapa aku nak try lepas kan tangan aku nak tengok dia boleh support badan dia sendiri tak... sekali wah! anak mama boleh support badan dia. rileks je dia duduk main remote astro masuk dalam mulut. terus video call bapaknya...

3) makin kuat menyusu. walaupun lepas makan, dia akan demand nak susu jugak!

4) suka dibawak berjalan. biarlah mata mengantuk macam mana sekalipun, kalau kita bawak dia jalan-jalan, huish buntang mata dia!

5) merangkak. errr bukanlah merangkak kot sebab dia tak angkat bontot lagi.. tapi mengengsot ke depan belakang. boleh tahan jugak jauh dia pergi. sekarang memang tak boleh biar sorang2 kat atas katil.

6) tak boleh tengok orang makan! mesti nak orang sumbat mulut dia (suap) jugak. baru dia senyap.

7) dah kenal orang... kalau jumpa sedara mara yang jarang dia nampak, huhu dia akan tersipu-sipu malu melentok kan kepala di bahu... malu-malu kucing konon lah tu..

8) tak boleh nampak orang keluar pintu rumah. mesti dia akan jerit dan 'kejar' (dalam walker) sampai ke pintu nak suruh orang amik dia..


anak mama dah 7 bulan...
;')



huhu... apa lagi ye..
tak boleh nak list out dah...
macam2 kerenah...

begitulah kerenah anak membesar.
anak-anak korang pun mesti macam2 ragam jugak kan..
huhu comel!!!

apa pun, aku bersyukur di atas kurniaan yang satu ini.
semoga rezeki aku murah untuk beranak lagi.
hahahahahahahhahaha!!!

selamat berpuasa semua!

Friday, August 3, 2012

Wahai wanita, jagalah dirimu.


Sempena Ramadhan yang mulia, jom kita sama2 perbaiki diri kita menjadi yang lebih baik.
Ini aku ambik dari FB, saja nak share kat sini.
Mudah-mudahan kita semua boleh ambik iktibar dan beroleh keberkatan...


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Aku teringat kata2 Ustaz Don, "Wanita tu, sebelum kawen dari kecik sampai besar, ayah jaga. Bila dah kawen, suami jaga. Punya Allah sayang kat orang pompuan, hidupnya sentiasa ada orang jaga..."

Sayangkan suami, sayangkan ayah, sayangkan saudara lelaki, hendaklah kita menjaga diri kita agar suami, ayah dan saudara lelaki kita tidak terbeban dengan dosa2 kita.

Peace!