Anak itu rezeki dari Allah.
Memang mengandung itu buat kau gemok.
Emosi tak stabil.
Dah tu tak boleh nak makan, muntah2...
Buat ko penat.
Belum beranak lagi, ko dah rasa penat giler tak larat nak buat apa pun.
Dah beranak lain pulak citer nyer.
Dah la masa nak bersalin, sakit bertarung nyawa.
Dah bersalin sakit dijahit pulak.
Dah tu seksa berpantang pulak. Tengok orang minum air sejuk pun ko dah meleleh air liur...
Tak cukup dengan seksa dan sakit perit, kena jaga anak pulak.
Tidur tak lena. Rehat tak cukup.
Mata dah rupa panda dah...
Duit pulak setiap bulan mesti kena asingkan untuk anak.
Mana nak beli pampers dia lagi, beli susu...
Belum lagi duit untuk bawak anak ke klinik.
Budak nak membesar, memang selalu demam...
dah tu kena carik pengasuh lagi...
Duit lagi...
Ye pening. Memang pening.
Aku tau semua tu. Sebab aku pun rasa.
Tapi itu semua tak boleh jadi penyebab untuk kau gugurkan kandungan kau yang ketiga ni.
Hanya kerana anak kau yang dua tu, jaraknya terlalu dekat, kau nak gugurkan yang ketiga ni?
Hanya kerana financial kau tak kukuh, kau nak gugurkan kandungan ni?
Jangan. Tolonglah jangan.
Anak itu pemberian yang tak ternilai dari Allah.
Siapa kata membesarkan anak tu senang?
Memang susah.
Tapi itu bukan penyebab untuk kau tolak rezeki dari Allah...
Mungkin kau ada masalah dengan suami kau sekarang ni.
Tapi mungkin jugak Allah kurniakan anak yang kau kandung sekarang ni sebagai pengikat kasih antara kau dan suami kau semula?
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Allah kurniakan anak yang ketiga ni untuk kebaikan diri kau.
Kan Allah dah janjikan khabar yang gembira untuk orang yang bersabar...
Like I said, memang susah membesarkan anak.
Tapi bersabarlah.
ye memang cliche, tapi sabar itulah yang akan buat kau lebih kuat.
Yang akan jadikan kau seorang yang lebih matang.
Lebih wiser.
Please don't do it.
p/s :: benda ni sebenarnya jadi kat kawan kepada kawan aku. tapi aku pun rasa sedih bila dengar dia nak gugurkan kandungan dia yang ketiga. sekuat hati dia tak nak anak dalam kandungan tu. semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuknya. T__T
Farewell My Blog
1 year ago
No comments:
Post a Comment