CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 30, 2012

Siaran tergendala...

Siaran tergendala...

Maaf. 

Off to Cameron Highlands.

=)

shall be continued.


Friday, June 29, 2012

Pengalamanku. Bersalin. Part 1.

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa, aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga...
Seperti yang pernah aku tulis, sebelum dikurniakan Aliff, aku keguguran sebanyak 2 kali.
Memang sedih. Patahnya hati aku dan En Suami hanya kami dan Allah saja yang tahu.
Tapi kami tetap redha.

Pada hari Khamis, 5 Januari 2012, tepat jam 3:45pm aku telah selamat melahirkan putera sulung kami, Aliff Uthman b. Ali Umar.
Setelah 2 tahun lebih menanti, kami dikurniakan anak yang sempurna bagiku.

Sepanjang tempoh mengandung, Alhamdulillah, aku takdelah begitu teruk dilanda mabuk sampai hilang selera makan. 
Cuma aku cepat mengah, berat badan naik melampau (hehhhhh  =D), kaki bengkak, kuat tidur, dan sakit pinggang bila tidur malam (especially masa dah 7 bulan ke atas).


melebar dan mengembang!
9 months

Sepatutnya aku due pada 10.01.2012.
Tapi pada malam 2.1.2012, jam 2 pagi, aku rasa sakit perut sangat.
Baring salah. Mengiring salah. Menonggeng salah. Sakit tu tak hilang2.
Bila rasa lega sikit, aku bangun dari katil. Cuba nak jalan2 dalam bilik tu.
Masa aku bangun tu, tiba2 aku rasa ada cecair mengalir keluar dari V.

Cepat2 pergi toilet.
Bila cek, tengok ada darah.
Cuak gak masa tu.
Then teringat pesanan nurse kat KKIA, kalau keluar air atau darah, terus pergi hospital.

Kat hospital, doktor cek, bukaan baru 2cm.
Tapi disebabkan contraction aku kuat, aku kena admitted malam tu jugak.
Aku tanya doktor, memang kena masuk wad jugak ke?
Doktor cakap boleh je kalau aku nak balik, tapi sebab contraction aku kuat, 
dia nasihatkan supaya aku stay kat wad.
Okay, dengar cakap doktor...
Jangan nak memandai-mandai ye dak...

Selesai pendaftaran, En Suami hantar sampai ke wad.
Dia simpankan pakaian aku.
Kemaskan almari kecik kat sebelah katil aku.
Toiletries kat sini. Moisturizer kat sini. Sikat kat sini...  =)

Sebab dah tengah malam, En Suami tak boleh stay kat wad tu lama2.
Tiba2 aku rasa takut.
Nanti kalau terberanak macam mana?
Kalau sakit, nak buat apa?
Terus En Suami usap kepala aku, suruh aku tenang, jangan takut.
En Suami kata, yang dalam wad semuanya sama macam aku.
Semua pun takut. Tapi kena hadapi jugak.
En Suami siap cakap ini adalah ujian pertama aku untuk jadi seorang ibu.
T_T

En Suami tinggalkan aku dengan kata-kata ampun dari dia...
"Mama, Papa ampunkan segala dosa Mama.
Papa halalkan semua makan minum Mama...
Papa doakan Mama selamat melahirkan anak kita ye..."

Patutnya aku yang minta ampun.
Ini En Suami yang bagi tanpa aku minta.
T__T

Malam tu, aku tak berapa lena tidur.
Contraction datang setiap 30 minit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
to be continued...
























Thursday, June 28, 2012

The other side of my work

Hari ni terasa sangat penatnya..
Sebab jadi personal shopper untuk boss.

Hmmm ye, kami memang selalu buat kerja di luar bidang kerja kami.
Tapi nak buat macam mana, nama pun boss kan..

Kalau dulu aku selalu sakit hati bila boss suruh buat kerja yang di luar bidang kerja aku.
Mesti aku akan memaki hamun dalam hati...
hmmm tak baik kan..
patutnya kalau tak suka bagitaulah kat boss, ye dak..
ni ko diam je, dia ingat ko okaylah tu dia soh buat kerja yang bukan kerja ko.

so, itulah..
hari ni tak sakit hati. sebab dapat jalan2 kat KLCC.
buat kerja biar ikhlas, betul tak?
kalau ikhlas barulah hati tenang je buat kerja...

dah, memang tak larat betul dah.
baru pukul 3pm..
huhu~~

Rezeki. Alhamdulillah...


Rezeki berpuasa.
Alhamdulillah...

Wednesday, June 27, 2012

Dia nyawa kami.

Semalam bawak Aliff ke klinik untuk check up & injection 5 months.
Huhu lagi berapa hari nak masuk 6 bulan, dia baru pergi check up 5 bulan.

Alhamdulillah, Aliff membesar dengan baik.
Berat - 7.55kg
Panjang - 71cm

Yang kelakar masa tengah tunggu turn semalam, ada sorang ibu pun tengah bawak anaknya untuk check up duduk depan aku.
Anak dia boleh berpusing, sengih2 kat Aliff.
Dan depa 2 orang boleh pulak pegang2 tangan macam orang bersalam.
Konon berkenalan lah tu.
Dah tu, takde suara apa, sengih2 dua2 budak kecik ni...
Kelakar + comel!

Aku n mak budak tu gelak lah.
Sempat la jugak borak2 tanya pasal anak dia, anak aku.
Dah nama pun kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak, mestilah takde topik lain. Ye dak?

Selalunya bila nak kena injection, Aliff tidur.
Semalam first time dia bangun.
Humh belum kena cucuk lagi dah menangis.
Sakit hati dia bila aku tahan tangan dia, nurse pegang peha dia, En Suami tahan kaki dia.
Hahaha nampak sangat muka dia marah!

Aliff Aliff...
mama dan papa sayang Aliff sepenuh nyawa tau!
Semoga Aliff membesar dengan sihat, cergas & cerdas.
Semoga Allah sentiasa memberkati Aliff.
Semoga beroleh kejayaan & kebahagiaan dunia dan akhirat.
Jadi anak yang soleh ye nak...



terkujat kena cucuk.
sayang Aliff!!!


p/s:- KKIA menyediakan rawatan pemeriksaan yang lengkap untuk anak2 dari usia mereka sebulan lagi.
On top of that, semuanya FREE!   =)


Tuesday, June 26, 2012

Tak bersedia? Mati itu pasti.

Teringat masa aku form 1 dulu, waktu tu 1st time belajar sejarah.
Sejarah. Aku tak tau lah kenapa aku bebal sangat sejarah.
Sampai ke sudah aku tak minat subjek sejarah.

So, masa aku form 1 yang ajar subjek sejarah seorang guru wanita.
Cikgu Saptuyah namanya.
Masa tu aku rasa dia dah 30an kot...
Dijadikan cerita, aku tak buat ulangkaji langsung untuk subjek sejarah hari tu.
Dan nak ditambahkan cerita, cikgu tu boleh tanya soalan kat aku pulak.
Mampos aku tak boleh jawab.
Memang tak tau jawapan apa.
Kesudahannya, Cikgu Saptuyah suruh aku berdiri atas kerusi.
Dah la masuk form 1 aku pertama kali merasa sekolah campur.
Masa sekolah rendah aku sekolah pompuan...
Malu!!!
Kalau berdiri je takpe.
Ni berdiri atas kerusi!!!

Sampai sekarang aku masih ingat cikgu tu.
Strict nya bagaimana. Garangnya macam mana.
Lantang suaranya pun aku masih ingat.
Cakap memang lepas je...
Aku tak berdendam dengan cikgu tu.
Sebab dia lah aku rajin buat ulangkaji subjek sejarah.
Tapi kalau dah tak minat tu, susah gak kan.
Memang result subjek sejarah cukup2 makan je...

Ahad lepas, pagi2 lagi aku dikejutkan dengan berita Cikgu Saptuyah sedang sakit tenat.
Terus aku terbayang wajahnya.
Perkara pertama yang terbayang adalah memori didenda berdiri atas kerusi.
Sempat aku tinggalkan mesej kat teman2 yang pergi melawat, minta sampaikan salam.
Tapi tak kesampaian sebab petang tu, tiba2 dapat sms dari member sekolah, mengatakan Cikgu Saptuyah telah kembali ke rahmatullah.
Innalillah...

Walaupun Cikgu Saptuyah hanya mengajar aku waktu aku form 1, jasanya tetap kuingat.
Pemergiannya tetap meninggalkan kesan di hati para pelajarnya.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Al-Fatihah dan salam takziah untuk ahli keluarga Cikgu...

Setiap kali mendengar berita tentang kematian, kita mesti terkejutkan.
Tapi itulah hakikat.
Yang hidup pasti akan mati.
Cuma bersediakah kita?
Hargailah mereka yang dekat dengan kita kerana kita tak tahu bila kita atau mereka akan dijemput Allah.
Perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari semalam.
Belajar memaafkan kesilapan orang. Takut nanti tak berkesempatan.
Perbanyakkan amal ibadah, kerana itulah sahaja bekalan kita di kemudian hari.



Monday, June 25, 2012

Mak yang teruk!

I was blog hopping, then came to a famous blog.
She was writing about her preparation in giving her 6-month-old boy solid food.

then it suddenly occured to me.
Eh anak aku pun lagi berapa minggu je lagi masuk 6 bulan.
Dan aku tak buat apa2 preparation pun!

Adalah mangkuk, sudu & garpu dia, itupun dalam hamper yang pakcik aku bagi masa aku bersalin hari tu.
Bila aku baca tentang blogger tu prepare makanan lenyek, aku terus terfikir ha ah kan... takkan nak bagi anak makan bubur je..

Kenapa aku tak buat apa2 preparation?
sebab aku nampak kat supermarket banyak nestum untuk baby. macam2 flavor.
dah tu banyak pulak makanan baby yang dalam jar. dah siap. macam2 ada. tinggal nak bukak and ngap suap dalam mulut anak.
dan aku jugak nampak ada biskut baby..
aku pun rasa,"wah.. senangnya... nanti nak beli semua ni. senang. tak payah susah2.."

tapi bila aku baca pasal dia prepare solid food untuk anak dia, freezekan, then sejukkan...
aku rasa akulah mak yang paling teruk kat dunia...
kenapalah aku tak terfikir nak buat semua tu??????????
huhuhuhuhuhuhu~~~~~ nak nanges!!!

ok, aku tak ada pengalaman.
boleh tak terima alasan tu?

dah.
nak pergi belajar buat solid food untuk anak aku.

cian anak mama....

Sunday, June 24, 2012

Lesson learned!

Sebelum ni ada lanyard Roxy.
Gantung pas office, kad LRT and kunci laci and kunci petty cash.
Masa cuti bersalin, petty cash hand over temporarily kat sorang colleague.
So kunci laci & kunci petty cash box pada dia.
Ntah maca mana, satu hari masa masuk office lepas cuti bersalin, tiba2 tak jumpa lanyard Roxy yang ada pas office & kad LRT.
Nasib baik kunci laci & kunci petty cash box masih lagi pada colleague yang aku hand over untuk pegang petty cash masa aku cuti bersalin tu.
Dan nasib baik jugak dia belum lagi hand over balik kat aku.

Dah ganti pas office baru.
Kad LRT pun dah beli yang baru.
Lanyard tak beli baru, amik En Suami punya.
Tapi lanyard tu besar dan warna merah terang.
Walaupun aku suka merah, tapi aku segan nak gantung lanyard tu kat leher sebab dari jauh dah boleh nampak keterangan warna merah itu.
So aku suka pegang and hayun lanyard bila berjalan pegi makan or pegi ke department lain.
Kalau naik LRT hanya keluarkan dari beg masa nak masuk kaunter tu.
Dalam LRT masuk beg balik.
Keluar LRT, keluarkan lanyard, touch kat kaunter pas tu, then masuk balik lanyard dalam beg.
Bila pegi toilet, aku akan sangkut kat hook yang selalu ada kat pintu toilet tu.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku pergi toilet.
Gantung lanyard yang ada pas office, kad LRT, kunci laci & kunci petty cash box (masa ni tugas memegang petty cash office sudahpun di hand over kembali pada aku) kat hook pintu toilet tu.
Oh lupa nak inform, ini adalah tandas cangkung.
Selesai urusan, aku pun seperti biasa tarik flush dan ambik lanyard yang tersangkut kat hook pintu toilet tu.
Ntah macam mana hari tu tiba2 lak lanyard tu boleh terlepas dari tangan aku dan cantik je jatuh ke dalam mangkuk tandas cangkung.
Dah la masa tu air flush tu tengah mencurah dengan laju nye, lanyard tu pun sekali hanyut dibawa arus flush tu.
Hamek kau! Pas office & kad LRT yang aku baru top up pulak tu hanyut sekali dengan lanyard tu.
Yang tu aku okay lagi.
Kunci laci & kunci petty cash box tu pun dibawa arus jugak!
Dan terus masuk dalam lubang, lenyap ditelan air.
aku terkaku. terbeliak bijik mata.
terkejut!
Macam mana boleh jatuh pulak?!?!

Hmmmm tu lah kan... lanyard tu dibuat untuk digantung kat leher.
bukannya untuk dihayun kat tangan!
Aku insaf wei!
Sekarang dah beli lanyard baru.
Dan dengan setianya tersangkut kat leher.
Tak mau dah hayun2 kat tangan.
Tak mau dah sangkut kat hook pintu toilet.
Huhuhu mak insaf dek ooii~~

Saturday, June 23, 2012

To be independent or not to be.

Aku ada sorang officemate.
Pada awal2 dulu, aku rasa dialah yang paling baik dengan aku.
Sentiasa menyokong keputusan aku.
Sentiasa baiklah bila di depan aku.

Tapi bila dah lama2, aku mula rasa dipergunakan.
Dia mula suruh aku buat kerja dia.
Tak de lah semua kerja dia kan.
Hanya kerja yang bila memerlukan kepakaran menulis surat.
(ye, dalam office ni aku yang tulis surat rasmi untuk COO kami).

Sometimes, COO akan suruh dia untuk tulis surat.
Normally it's a simple letter lah. Simple here means memang simple.
Tak perlu perah otak untuk bina ayat yang bombastic, sebab surat tu memang simple.
(biasanya COO akan panggil aku bila dia perlu buat proposal letter, or yang complicated sikit)

Bukan berlagak ye. Aku tak adalah pandai mana pun.
Tapi aku cuba.
Bila COO suruh buat proposal, aku akan cuba bukak fail yang lama2 tengok sample yang ada.
Or kalau tak ada, try search kat internet tengok ada yang boleh direfer atau tak.
Bukannya untuk copy n paste, tapi untuk aku dapatkan gambaran and idea tentang apa yang nak ditulis.

So, back to my officemate ni.
Aku perasan setiap kali COO suruh dia buat surat, dia akan suruh aku yang buatkan.
Mulanya aku ingatkan memang betul COO suruh dia assign aku untuk buat surat tu.
Sebab COO kami memang macam tu pe'el nya.
Dia boleh panggil A, suruh A suruh B buat kerja.
Padahal boleh je panggil B terus kan.
Aku tak tau apa motip dia suka buat macam tu.

Okay, melencong pulak.
Pada mulanya, aku buat jugak.
Tapi bila setiap kali nak bagi surat tu balik kat COO, dia akan tanya aku surat dah siap?
Dia akan amik surat tu dari aku dan pass sendiri kat COO.

Sampailah satu hari, COO panggil dia.
Kebetulan pulak masa tu pintu bilik COO tak tutup.
Aku dengarlah COO tu cakap apa...
"You write a letter...."
YOU ye. YOU.
Bukannya "you ask ainul to do a letter..."

Nak tahu, dia keluar dari bilik COO tu terus pergi kat aku.
(oh lupa, meja aku memang betul2 kat luar bilik COO)
Dengan selamba dia suruh aku buat surat..
"Babe, boss suruh buat surat...."

Fuhh!!!! Masa tu dalam hati memang dah panas dah.
Oh senang je nak suruh aku buat kerja kau ek.
Sabar sabar. Be professional...
Kebetulan masa tu aku tengah busy siapkan presentation COO.

Aku selamba jawab (oh dia sebaya lebih kurang aku, cuma seniority, dia lagi senior),
"ko buatlah babe.. belajar. P tengok sample kat PC aku"
muka dia terus berubah ko!

Jahat ke aku?
Tak kan?
Sapa lagi jahat sekarang?

Aku sebenarnya tak kisah kalau orang minta tolong dalam kerja.
Tapi bukan totally suruh aku buat.
Kalau itu kerja kau, dan kau tak tau macam mana nak buat, belajar.
Cuba buat dulu.
Refer mana2 source yang ko boleh refer.
Bukannya suruh orang buat.
Kalau ko dok suruh orang buat, sampai bila ko nak pandai?

Ingat aku dulu masuk kerja je terus terror buat proposal?
Terus skill giler buat business letter?
Aku belajar beb.
Aku cuba jugak tulis.
Dan bukannya sekali tulis terus approve.
Tak.
Kena edit and amend banyak kali.
BANYAK KALI!
Sampai boss puas hati.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan aku belajar, sekarang ni paling max pun kena amend, sekali je.
Lepas tu boss terus sign je.
Kadang2 tulis sekali je. Tunjuk kat boss, okay boleh sign sudah.

Nampak hasilnya?
Sebab tu kena belajar.
Be independent.
Jangan terlalu bergantung kat orang lain.

Hish panjang pulak meleter hari Sabtu ni.
Happy weekend beautiful people!

Friday, June 22, 2012

Pardon me.

Reached office 18 minutes late.
Energy level - 64%.

No, I am not complaining.
I love my beautiful life.
And I am so much loved.

It's just that, at this age, I'm still searching for a job that would delight me.
Hahaha a job that would delight me?
XD
What am I thinking?!?!

...................................................................................................


It took me a while to end this post.
Which in the first place I just didn't know what exactly this entry would be about.
And at last, this entry is nothing.

I'm worn out.
Tired maybe.
Again, I am not complaining.
I just need a good rest.
Just wanna lie down and relax.

Dah lah.
Ntah apa aku merepek ni pun aku tak tau.
Aku perlu amik cuti kot.
Fikiran dah tak organized.



Thursday, June 21, 2012

Susu Formula terbaik?

Personally, aku rasa tak ada susu formula yang terbaik.
Sebab susu yang paling baik untuk anak2 kita adalah SUSU IBU.
Tapi dengan penuh rasa terkilan, aku nyatakan, ye, anak aku minum susu formula sejak umur dia 2 hari.
Aku gagal dalam BF.
ok dah noktah. tak payah cerita banyak2 pasal BF.
AKU SEDIH!




Anyhoo...
Masa awal2, Aliff minum Anmum Rumusan Bayi.
Sebenarnya memang tak ada beli apa2 susu formula pun sebagai persediaan sebab aku expect susu formula adalah tidak diperlukan. 
Sebab aku fikir anak aku akan menyusu badan sepenuhnya.
Sekali bila dah discharged dari hospital dan Aliff masih lagi belum dapat menyusu pada hari kedua, bila sampai rumah petang tu dia meraung kelaparan.
Aku cuba BF kan dia lagi. Kakak2 ipar aku pun tunjukkan macam mana.
Tapi gagal. 
Terus cakap kat En Suami, tolong la beli susu formula.
Kesian anak dari lahir tak minum susu langsung.
Masa tu bibir dia dah kering merekah pecah2...

En Suami lagi lah... Tak tahu susu apa yang nak dibeli.
Dia masuk je kedai baby, tanya kat pekerja kedai susu apa yang sesuai untuk baby baru lahir.
Pekerja tu terus suruh dia beli Anmum Rumusan Bayi.
En Suami pulang dengan satu kotak kecik, yang harganya RM15 tak silap aku...




Bila balik Seremban untuk berpantang, mak aku suggestkan untuk bagi Aliff minum S26.
Elok katanya... Okaylah aku pun try lah jugak.
Sebab aku fikir dah lah anak aku tak dapat direct BF, biarlah dapatkan susu formula yang terbaik untuk dia.
Mak aku pergi Giant, aku pesan soh belikan S26.
Satu kotak RM39. eh ke RM40++...
Bila Aliff minum S26 ni, aku tengok ok je. 
Tapi entah kenapa aku pulak macam tak puas hati.

Kakak ipar aku datang melawat, aku tanya kat dia kat hospital biasanya bagi susu apa kat baby? 
(kakak ipar aku tu kerja KPJ Kuching)
Dia soh aku try Enfalac A+.
Dia kata memang bagus. Sebab KPJ Kuching guna susu tu.
Okay, pantang dengar word bagus, aku pesan kat mak aku bila dia keluar.
Yang ni lagi mahal. Tin kecik tu RM42!!!
Bagi je Aliff minum susu ni, tak habis satu botol lagi dia terus muntah.
Siap keluar ikut hidung lagi.
Oh Tuhan! masa tu memang rasa benci sangat kat diri sendiri sebab tak dapat bagi Aliff BM.
benci benci benci!!!

Terus suruh adik aku keluar pergi beli Anmum Rumusan Bayi kotak besar terus.
Dan nekad lepas ni tak nak tukar dah.

Aliff minum susu Anmum Rumusan bayi ni sampai umur dia 3 bulan.
Itupun sebab boss aku bermurah hati sponsor 7 kotak susu Anmum 650g.
Bila stok yang boss aku sponsor tu dah habis, bermulalah detik untuk aku beli sendiri stok susu Aliff.
Aliff sangat kuat menyusu. satu kotak 650g ni harga dia RM49. (round up to RM50 lah ye)
Dalam seminggu, Aliff minum satu kotak.
Sebulan, aku dan En Suami spend RM200 hanya untuk susu dia sahaja!
Hish gila mahal susu budak.

Bila Aliff dah lebih 4 bulan, aku gatai pi beli Dumex Dulac untuk dia.
Sebab susu tu murah. Dan kami dulu membesar dengan Dumex.




Tak ingat pulak berapa harga susu Dumex ni.
Sebab beli sekali je hari tu.
Hari pertama Aliff minum susu ni, nampak ok je.
Hari kedua, aku tengok warna berak Aliff dah kekuningan.
Hari ketiga, Aliff cirit birit, demam, and muka dia naik merah2.

Petang tu jugak terus bawak En Suami ke kedai baby untuk beli susu.
En Suami suruh beli Anmum je.
Tapi aku berkeras tak nak.
Aku cakap mahal... 
Tengah berkira-kira sama ada nak beli Anmum lagi atau tak, aku terpandang susu Dutch Lady.
Terus pop dalam kepala otak, Dutch Lady memang nama yang popular dalam industri susu.
Carik punya carik kat kaunter susu tu, jumpa jugak susu Dutch Lady untuk bayi bawah 6 bulan.



Dutch Lady Langkah 1 (0-12bulan).
Aku terus amik yang 300g, harganya RM10.90 sahaja.
Malam tu bermula lah Aliff minum susu Dutch Lady Langkah 1.
Muka dan badan dia masih lagi merah2 malam tu. Aku rasa susu Dumex Dulac tu panas kot.
Tak serasi dengan Aliff. 
Esoknya, bila kau balik kerja, muka dan badan Aliff dah takde merah2 dah.
Memang totally hilang.
Aku tarik nafas lega.
Alhamdulillah.

Sejak tu, Aliff stick dengan Dutch Lady Langkah 1.
Harga untuk 650g RM16.50.
Harga untuk 1kg RM23.90.
Biasanya yang pek 1kg boleh bertahan sampai 10 hari.
Jauhnya beza perbelanjaan sebulan untuk susu Anmum dan Dutch Lady.
Kalau dulu Anmum, RM200 sebulan. 
Sekarang Dutch Lady, Alhamdulillah hanya lebih kurang RM70++ sebulan.

Pendapat aku dalam memilih susu formula untuk anak, tak kira lah susu mahal atau murah, yang penting halal dan anak membesar dengan sihat.
Lagi satu kena tengok pada financial kita jugak.
Susu murah tak semestinya tak bagus.
Dan susu mahal tak semestinya serasi dengan anak kita.

Apapun, susu ibu tetap yang terbaik.
InsyaAllah, ada rezeki anak lagi, aku akan cuba sedaya upaya untuk BF anak aku.
Gambateh!




Wednesday, June 20, 2012

Raya oh Raya.

Mak baru cakap yang mak & ayah akan pergi menunaikan umrah pada 10 hari terakhir Ramadhan hingga Raya ke-5.

Aku terdiam.

Hanya mampu jawab "oh".

I should be happy right?

RIGHT??

Tapi kenapa jauh dalam hati yang kecil ini aku sedih giler?!

<dalam otak berkumandang lagu Dendang Perantau>



sabarlah wahai hati...
pasti ada hikmahnya.
mak ayah pergi beribadah...
=/

Tuesday, June 19, 2012

Mertua oh mertua...

one thing about being a daughter-in-law to a family who runs a food business is that you would never be left hungry.
and for saying that means skipping a meal would be impossible!

after giving birth to Aliff, i managed to lose 16kg.
and in order to achieve my dream weight, i tried to skip dinner.
at first, it seemed fruitful.
but then my parents-in-law knew about me skipping my dinner.
wanna know what they did after that?
they sent hubby's elder niece to bring a tray of dinner meal to me.
how can i say no to that?

now i just can't wait for Ramadhan to come.
i need to lose more weight.
being a lazy bum in exercising, skipping dinner seems as easy as breathing to me.

but on the other hand, i do feel really thankful to have such a wonderful family-in-law.
i know a lot of people out there would do anything to build a good in-law's relationship.
i'm not sure if this could be considered as one of the tips.
but i believe by respecting and accepting your in-law wholeheartedly regardless of their weaknesses or flaws, would really help in building up a good relationship with them.
not only you would be happier, your mister would definitely love you more!
and in return, he also would do the same to your parents.

ya, some people would say they've tried, but the relationship with their in-laws seems to be deteriorating.
be patient. and say a lot of prayers.
insyaAllah... akan dipermudahkan.
be humble & be nice.
just don't ever give up okay.
ya, easy said than done.
but you would not know until you have tried it!


Monday, June 18, 2012

Khas untuk semua kaum bapa.

selamat hari bapa untuk semua ayah di luar sana.

how did i celebrate this year father's day?
hmmm aku hantar mms gambar aliff and type "selamat hari ayah, atok!"
ye awkward, i know.
family aku memang tak biasa express our feelings.
tapi kami tau kami saling menyayangi.

coincidentally, we celebrated en suami punya birthday semalam.
birthday dia actually bulan lepas. tapi sebab last month en suami sangat sibuk dengan catering, kami celebrate birthday dia semalam.
takde apa special sgt pun..
aku bawak dia makan buffet lunch at crowne plaza mutiara hotel.
ramai pulak orang. mostly celebrate father's day.


huhu tu je lah satu2 nya gambar makanan yang sempat diambik.
sebab sibuk makan..  XD
food dia ok. buffet lunch tu consist of 4 sections.
section 1 ada menu seperti biasa untuk lunch, nasi & lauk2, pelbagai jenis mee, salad, spageti, soups, desserts (including ice cream & waffles - yummeh!)...
section 2, bbq.. ada prawn, beef, kambing golek, ketam, apa lagi ek? and pelbagai jenis sauce untuk makan bbq food tu..
section 3, japanese food.. mostly sushis.. in buffet style ye.. ko pilih apa saja ko nak, salmon ke, teriyaki ke, semua ada.. suka hati je nak makan apa..
section 4 adalah western food which both me and en suami tak berani nak masuk sebab dia dalam bar yang tertayang segala macam wine. tak berani nak masuk sebab takut makanan kat dalam tu ada campur wine.



kami sudah kenyang!

dah kembung perut sebab tak larat nak makan dah, en suami ajak p klcc.
after giving birth to Aliff, semalam lah first time aku ke klcc untuk tahun 2012 nih.
wah... klcc dah banyak berubah. jakun sekejap ok!
aliff dah mengantuk giler babas. 
selalunya dia paling fussy bila masuk bab nak tidur, tapi semalam he was such a doll!
dia boleh fell asleep dalam kendongan aku!
tak pernah2 dia nak tidur macam tu.
agaknya semalam memang dah tak boleh tahan mengantuk la tu.

en suami pulak boleh offer,"mama nak beli apa? nak beli baju? kasut? cakap je k. papa belikan..."
wah!!! seronok nih!
walaupun lenguh mendukung aliff (ye dukung. sebab stroller tinggal kat seremban. carrier pulak tak bawak. dan aku tau kalau en suami yang dukung, confirm aliff akan bangun. so aku dukung) aku dengan gigih pusing satu klcc tu mencari apa yang terkenan di hati.
kalau tak berkenan pun, akan paksakan jugak sampai berkenan. hahahahaha

dah dapat apa yang dikenan di hati dan mata, masa kat kaunter cashier, en suami boleh sebut,"handbag lagi?"
ye handbag lagi... <muka innocent>
tak boleh cakap apa dah, walaupun en suami geleng2 kepala, dia bayorkan jugak...
eh aku dah lama tak beli barang untuk diri sendiri tau...
apa pun, terima kasih papa!



selamat menjadi ayah, papa!
semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati papa,
memudahkan segala urusan papa..

tak lupa juga untuk ayah & ayah mertuaku...
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa & pengorbanan ayah...


Happy Father's Day to all great fathers out there!









Saturday, June 16, 2012

Kisah nama.

hello, i'm ainul calling from bla bla bla...
yes ms ainul, bla bla bla...
bla bla bla...
ok, ms ainul, i'll email you the form shortly...

email masuk..
"dear amira..."
<hantuk kepala kat meja>


(new staff) ainul, i would like to clarify some things..
ok, bla bla bla...
thanks ainul...
sure no problem. my pleasure...
esok hari lepas aku pass few things kat dia...
"thanks nurul..."
hmmm nurul la pulok...

Friday, June 15, 2012

Rezeki Allah. Jangan ditolak.

Anak itu rezeki dari Allah.
Memang mengandung itu buat kau gemok.
Emosi tak stabil.
Dah tu tak boleh nak makan, muntah2...
Buat ko penat.
Belum beranak lagi, ko dah rasa penat giler tak larat nak buat apa pun.

Dah beranak lain pulak citer nyer.
Dah la masa nak bersalin, sakit bertarung nyawa.
Dah bersalin sakit dijahit pulak.
Dah tu seksa berpantang pulak. Tengok orang minum air sejuk pun ko dah meleleh air liur...
Tak cukup dengan seksa dan sakit perit, kena jaga anak pulak.
Tidur tak lena. Rehat tak cukup.
Mata dah rupa panda dah...

Duit pulak setiap bulan mesti kena asingkan untuk anak.
Mana nak beli pampers dia lagi, beli susu...
Belum lagi duit untuk bawak anak ke klinik.
Budak nak membesar, memang selalu demam...
dah tu kena carik pengasuh lagi...
Duit lagi...

Ye pening. Memang pening.
Aku tau semua tu. Sebab aku pun rasa.
Tapi itu semua tak boleh jadi penyebab untuk kau gugurkan kandungan kau yang ketiga ni.
Hanya kerana anak kau yang dua tu, jaraknya terlalu dekat, kau nak gugurkan yang ketiga ni?
Hanya kerana financial kau tak kukuh, kau nak gugurkan kandungan ni?
Jangan. Tolonglah jangan.

Anak itu pemberian yang tak ternilai dari Allah.
Siapa kata membesarkan anak tu senang?
Memang susah.
Tapi itu bukan penyebab untuk kau tolak rezeki dari Allah...

Mungkin kau ada masalah dengan suami kau sekarang ni.
Tapi mungkin jugak Allah kurniakan anak yang kau kandung sekarang ni sebagai pengikat kasih antara kau dan suami kau semula?

Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Allah kurniakan anak yang ketiga ni untuk kebaikan diri kau.
Kan Allah dah janjikan khabar yang gembira untuk orang yang bersabar...
Like I said, memang susah membesarkan anak.
Tapi bersabarlah.
ye memang cliche, tapi sabar itulah yang akan buat kau lebih kuat.
Yang akan jadikan kau seorang yang lebih matang.
Lebih wiser.

Please don't do it.





p/s :: benda ni sebenarnya jadi kat kawan kepada kawan aku. tapi aku pun rasa sedih bila dengar dia nak gugurkan kandungan dia yang ketiga. sekuat hati dia tak nak anak dalam kandungan tu. semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuknya.  T__T

Thursday, June 14, 2012

Antara anak dan karier

Pernah aku dan officemate berborak. 
Masa tu aku belum ada anak lagi.
Officemate aku tu anak dah 3. 

Officemate :: tension aku kerja beb..
Aku :: nama pun kerja beb.. kenapa kau tak nak berhenti je? dok rumah jaga anak. laki kau mampu apa..
Officemate :: ish tak boleh beb.. aku sayang EPF aku..

hmmm...
susah jugak sebenarnya nak buat keputusan tu kan..
sejak ada anak ni, dah beberapa kali jugak En Suami sebut pasal aku bekerja..
dia takde lah suruh aku berhenti sekarang.
mungkin dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.

pendapat aku kalau disuruh berhenti kerja?
aku nak!
sebab bagi aku, anak perlukan bimbingan ibu dan ayah setiap masa.
lebih2 lagi waktu mereka sedang membesar.
mungkin akan rasa berat sikit bab financial, tapi rezeki tu ada di mana2 kan...
masa awal2, pasti rasa susah sikit sebab dah biasa ada duit sendiri.
kalau berhenti kerja, harapkan duit suami je.

tapi takpe, menjaga dan membesarkan anak pun satu pekerjaan jugak.
chey.. menulis macam nak kena buat keputusan sekarang je..

kalau korang? 
sanggup tak untuk berhenti kerja demi anak2?



Tuesday, June 12, 2012

Pentingnya buat laporan kat KKIA lepas bersalin

Ramai yang cakap leceh. Menyusahkan.
Tapi semua tu untuk kebaikan diri kau n baby.

Apa dia?
Setiap kali lepas kau lahirkan anak, suami atau siapa saja wakil mesti laporkan kelahiran ke klinik kesihatan yang berhampiran.
MESTI.

Tau kenapa?
Supaya nanti nurse2 KKIA tu boleh datang ke rumah, tengok keadaan baby dan ibu sekali.
Kenapa kena tengok? Sebab takut ada masalah pada baby atau ibu, dan paling ditakuti adalah JAUNDICE.
Atau orang kita sebut kuning.

Aku lahirkan Aliff kat HKL hari Khamis.
Hari Jumaat petang dekat pukul 5 baru discharged.
Obviously KKIA dah tutup masa tu.
The next day Saturday, aku terus balik Seremban untuk berpantang di rumah mak.
Dan Sabtu n Ahad, KKIA tak bukak.
So En Suami hanya boleh melapor tentang kelahiran anak aku pada hari Isnin.
Dia lapor kat dua2 KKIA iaitu KKIA Gombak (tempat aku check up setiap bulan masa pregnant) dan KKIA Senawang (tempat aku berpantang).

Esoknya, Selasa pagi2 dah ada nurse dua orang datang naik motor terpacak kat depan rumah.
Nasib baiklah masa tu dah siap mandi n wangi.. hehehe

Bila nurse tengok anak aku, dia terus bawak Aliff ke luar rumah.
Dia panggil aku dan mak aku.
Dia kata, "lepas saya balik je nanti, bawak terus budak ni ke KKIA untuk cek kuning dia. Sebab dia ada kuning ni.."
Dia tekan pipi Aliff, tak nampak merah. Nampak kuning dulu then baru merah.
<oh selingan, kalau nak cek anak ada kuning ke tak, boleh tekan kat pipi dia, tengok kalau terus merah maksudnya takde kuning. Tapi kalau tekan, nampak kuning pastu baru merah, maksudnya ada kuning>

Mak aku terus naik atas kejutkan En Suami.
Masa tu aku baru 5 hari berpantang.
Dan Aliff baru berusia 5 hari.

Terus bawak Aliff ke KKIA Senawang.
Luckily bila cakap kami nak cek kuning anak, kami tak perlu amik nombor.
Terus je diarahkan ke bilik no berapa tah, aku tak ingat.
Amik darah anak. Dan hantar ke lab.
Nurse tu siap suruh aku balik rumah dulu sebab keputusan darah tu lambat. Dalam satu jam.
Ye lah, aku dalam 5 hari berpantang.
Badan masih lagi lemah.
Jalan pun masih terasa ngilu kat tempat jahit tu.

Bila result keluar, sah Aliff kena masuk wad.
Terus hantar Aliff ke HTJ Seremban.

Sampai je kat HTJ, hanya ibu dan ayah je yang boleh masuk.
Masa tengah tunggu diorang untuk cek Aliff, Aliff menangis sekuatnya nak susu.
Aku sumbat botol susu (kan aku tak dapat direct BF anak aku).
Datang sorang nurse, "Puan, kat sini tak boleh pakai botol susu.."

Tensionnya masa tu. Aku terus selak baju, cuba untuk BF kan Aliff yang tengah meraung tu.
Tapi tak dapat. Makin kuat Aliff mengamuk.
Dengan aku2 sekali menangis kat situ.
Aku kesiankan dia yang lapar...

Cut the story short, Aliff kena tahan wad 3 hari 2 malam.
Bila tengok dia ditutup mata dengan kapas, hanya pakai pampers je, letak kat bawah blue light tu, Ya Allah, Tuhan je tahu perasaan seorang ibu masa tu.
Paling menyeksa jiwa aku, wad sangat penuh masa tu. Aku tak dibenarkan untuk temankan dia kat wad.
Dengan berat hati yang teramat sangat, aku dan En Suami tinggalkan Aliff dengan baby2 yang kena jaundice yang lain.
Air mata memang dah tak boleh tahan. Ye lah, gila kau.. Nak kena tinggalkan anak yang baru lahir 5 hari kat hospital. Tak tau nanti dia diberi susu tak. Kalau dia menangis, sapa nak pujuk dia. Sapa nak dukung dia?
Ish aku tak boleh kenang saat tu. Mau menangis lagi dibuatnya.
Siap masa nak balik tu, nurse tu nampak aku menangis, dia terus pegang bahu aku,"laaa.. jangan la nangis.. ini untuk kebaikan dia jugak..."

Masa tu lah baru terfikir untuk pam susu aku.
(ye, aku sangat bodoh aku ingatkan pam tu tak perlu. sebab tu aku tak beli)
Dengan hujan lagi, hari pulak dah malam, tak tau mana nak carik pam susu.
Nampak satu farmasi, redah jugak hujan, masuk farmasi tanya ada pam susu tak?
Jumpalah satu Pureen manual pump.
Dan sebab terdesak aku suruh je En Suami beli pam tu.

Balik tu 1st time pam, dapat terus 3oz.
Aku simpan dalam freezer esoknya bawak p hospital.
The next day pam lagi, dapat la 1oz lebih.
Pun hantar p hospital jugak.

Kenapa? Sebab kalau nak jaundice cepat turun, hanya dengan susu badan.
Provided ko tak makan halia, kunyit or benda2 yang kuning.
Sebab semua tu boleh buat kuning budak makin bertambah.
Jangan sesekali bagi anak kau minum susu kambing, sensei ke apa ke.. Sebab doktor kat HTJ bagitau, semua tu boleh buat jaundice makin tinggi.

Masa aku dok bertangga kat hospital tengok Aliff yang dok dalam incubator tu, bila Aliff menangis, nurse tu terus suruh aku amik dia untuk BF dia.
Aku cakap aku tak dapat BF dia.
Dia kata, cuba buat saya tengok.
Aku pun buatlah.
Dan agaknya dia ingat aku saja2 tak nak BF anak aku, Aliff mengamuk sekuat hati bila dia tak dapat latch on. Dia siap ajar aku macam mana nak pegang, macam mana nak masukkan. but still to no avail.
Sampai in the end, dia kata takpe lah, pam je lah bagi dia minum.. Agaknya dia dah tak tahan tengok Aliff meraung mulut terketar-ketar.
I told you aku tak dapat BF. Ingat aku saja2 ke tak mau bagi anak menyusu badan?

Alhamdulillah, pada hari ketiga Aliff kat wad, jaundice dia turun.
Dua kali cucuk tangan dia untuk amik darah.
Sedangkan kita pun terasa sakit bila kena cucuk amik darah, apatah lagi budak kecik yang baru lahir 5, 6 hari...
Aku pegang tangan Aliff yang bertampal plaster kesan kena cucuk tu, aku usap2 tangan dia, menitis air mata aku sebab aku rasa salah aku Aliff jadi macam tu...

Sebab tu, penting sangat untuk kita laporkan kat KKIA berdekatan bila kita dah beranak.
Walaupun kau buat check up kat private klinik sekalipun, sebaik saja baby lahir, MESTI MESTI MESTI buat laporan kelahiran bayi kat KKIA berdekatan dengan rumah.
Itu sangat penting tau.
Jangan amik mudah benda tu.
Nak tau apa komplikasi kalau jaundice budak makin tinggi?
Dia boleh kena penyakit hati.
Worst, dia kena tukar darah.
Ingat tukar darah tu senang?
Cucuk wayar sana, cucuk wayar sini. Kat budak kecil yang baru lahir okay.
Pastu blue light tu, atas bawah, kiri kanan. Ko ingat tak panas ke dok bawah lampu tu?
Kesian kat budak... Dah tu kalau tukar darah, kena tengok darah tu serasi dengan organ budak ke tak..
Kalau darah tu tak serasi? Dia kena ulang balik semua proses cucuk sana cucuk sini, keluarkan darah lama, masukkan darah baru tengok serasi ke tak..

So please, jangan amik mudah k.
Buat laporan kelahiran kat KKIA.
Nurse tu bukan je cek baby bila dia datang rumah, dia akan cek ibu jugak.
Sampai jahitan kat V pun dia cek jugak takut tak elok ke, kena jangkitan kuman ke...
Semua tu untuk kebaikan kita jugak. Paling lama pun nurse akan datang sampai umur anak masuk hari ke10. Pastu hari ke20. Bila semua okay, dia tak datang dah.
Sekejap je pun sekali datang. Dalam 15 minit je paling lama.

Oh dan lagi satu, beli pam susu!
Itu pun sangat penting jugak.
Jangan jadi bodoh macam aku yang rasa benda tu tak penting.
sekali amek, aku tak dapat BF.

Panjang lebar pulak entry hari ni...


Monday, June 11, 2012

Survival instinct - Stuck in a lift

Pernah tengok cerita Final Destination yang ada part dia nak keluar dari lif n tiba2 lif tu jatuh lalu kepala dia terputus?

Itulah yang terjadi kat aku hari ni. Eh, tapi takde lah sampai lif jatuh & mengorbankan nyawa.

I got stuck in an elevator for about 5 minutes.
Dalam tu semua perempuan.
Indicator kat atas lif tu dah tunjuk G.
Tapi tiba2 lif tu terumbang-ambing and berhenti.

Kami semua terdiam sebab tak pernah lif tu bergoyang begitu sekali.
After few seconds bila pintu lif tak bukak2, we realized that we were stuck!
Mula2 tak panik.
Tapi bila aku tekan emergency bell, and it didn't function at all, semua kat dalam tu mula panik.
Some of us siap ketuk pintu lif tu dengan kuat n jerit minta2 orang kat luar boleh dengar.
It got worse when most of the phones didn't have a reception.
Luckily, aku n officemate aku punya phone ada line. Itupun 1 bar je.
And luckily kami ada simpan nombor maintenance building tu.

Tak lama lepas tu, boleh dengar suara orang dari luar, itupun macam sayup2 je.
Oh before that, ada salah sorang lady kat dalam tu aku nampak tangan dia dah terketar2 dengan kuat cuba carik line telefon.

Then suddenly, pintu lif tu terbuka.
Masa nampak dia terbukak, oh hati dah lega sikit.
Tapi bila tengok kepala orang kat luar betul2 berada pada paras kaki kami, ok mula rasa takut balik.
Rupa2nya lif tak sampai G lagi. Dia berhenti di antara Level 1 dan G.
Ok sangat seram sebab masa ni terus teringat cerita Final Destination tu.

Maintenance tu terpaksa panjat untuk masuk dalam lif dan switch off suis lif tu untuk pastikan dia takkan tiba2 bergerak masa kami nak keluar nanti.
Nak tau macam mana kami dikeluarkan?
Kami terpaksa tunduk, mencangkung, keluarkan kaki dari lif sampai kena pada kerusi kat luar lif yang maintenance sediakan untuk keluarkan kami.
Bayangkan kalau masa nak keluar tu, tiba2 lif tu bergerak.
Sampai sekarang aku masih lagi shaking sebab panik.

So what to do if you ever got stuck in a lift?
1) JANGAN PANIK. You HAVE to stay calm. Walaupun kau claustrophobic. Kau kena bertenang. Tarik nafas dalam2, breathe slowly. Berzikir or berselawat pun boleh. Asalkan kau tenang.

2) Tekan emergency bell.

3) Kalau emergency bell tak function macam yang jadi kat kami tadi, bertenang. Cuba call maintenance. (sebab tu pentingnya untuk bawak handphone ke mana saja kau pergi).

4) Dibuatnya takde line macam tadi, pun kena tenang jugak. walaupun dalam dada tu macam nak terkeluar dah jantung sebab berdebar laju sangat. Kalau takde line, cuba ketuk pintu lif and panggil sesiapa kat luar. Hopefully ada yang mendengar.

5) What if semua tu tak jalan jugak? Then duduk. Sebab duduk boleh buat kita tenang. Kalau kita panik, bahaya untuk diri sendiri sebab takut nanti sesak nafas. Duduk dan tunggu. Sebab pasti akan ada orang yang perasan salah satu lif tu tak bergerak2.

Itu antara yang aku boleh fikirkan bila kejadian tu jadi kat aku tadi.

Tapi aku tak boleh bayangkan, siap ada salah sorang dalam lif tu cakap, kadang2 dia stay kat office sampai 1 pagi (dia kerja legal firm)... Gila lah, kalau lah stuck kat dalam lif tu tengah2 malam, aku pun pengsan!

Friday, June 8, 2012

Permata Hati Kami



Alhamdulillah, Aliff sekarang dah 5 bulan lebih.
Tak terasa pulak. Rasa macam baru semalam aku menahan sakit perut nak beranak.
Aliff tak menyusu badan  :(
Dalam pantang je dia dapat merasa susu badan, itupun sikit sangat.
Sehari dalam 2 @ 3oz je. 
Sebab dia tak boleh nak direct BF. So aku pam.
Dengan pengetahuan yang sangat cetek dalam BF, aku hanya pam bila Miss T dah rasa bengkak.
Sampai sekarang aku masih lagi rasa ralat sebab tak dapat direct BF anak aku...
T__T




Masa ni on the way nak pergi kenduri.
Mata sangat mengantuk tu. Tapi ditahan nya... Ntah lah, tak tau kenapa budak suka tahan mata bila mengantuk..
Sekarang ni Alhamdulillah, senang sikit bila bawak Aliff keluar.
Dia tak meragam sangat. Melainkan dia dah betul2 mengantuk.
Hahaha itu memang takde ampun punya menangis.
Masa awal2 lepas habis pantang dulu, Aliff tak berapa suka nak keluar.
Maybe dia tak biasa dengan environment yang ramai orang kot.
Ye lah masa pantang dok dalam rumah je kan.
Dah tu rumah mak aku bukan ramai orang pun. Budak kecik langsung takde.
So dia dah biasa dengan keadaan yang sunyi...
Bila bawak dia keluar, wah dia punya meragam.... MasyaAllah, berpeluh2 jugak aku dibuatnya.
Pernah sekali kitorang p makan kat Secret Recipe. Masa tu dia baru 2 bulan.
Padahal dalam Secret Recipe tu ada banyak baby masa tu.
Semua lebih kurang baya dia.
(aku tgk babies tu semua dok pakai booties & mittens lg. tu aku rasa diorang pun baya2 Aliff)
Babies lain relax je tidur dalam stroller. Or senyap je didukung oleh maknya.
Aliff? nan ado!
Masa tu time tidur dia. 
Dia punya mengamuk sebab nak tidur, sampai semua staff Secret Recipe berhenti buat kerja pandang meja kami...
Huhuhu itulah hero aku...
Tapi sekarang, Alhamdulillah...
Bawak berjalan, dia suka.
Buntang mata dia pandang kiri kanan.
Bila masuk keta nak balik, dia mula dah lentik2 badan dia..
Tak puas jalan2...




Inilah permata hati perahan jantung kami.
Mama & Papa sayang Aliff sepenuh nyawa tau.
Semoga Aliff sentiasa diberkati & dirahmati Allah.
Semoga Aliff membesar dengan sihat, cergas & cerdas.
Jadi anak yang soleh ye..
Yang berbakti pada agama, keluarga & bangsa.

Oh, hari ni kami nak ke Johor.
Untuk attend wedding invitation & cuti2 sekali.

Till we meet again on the next post.
Stay beautiful, people!
Yes you are all BEAUTIFUL!



Thursday, June 7, 2012

Wedding Bells!









Eh? takde gambar lauk2 pulak.

Ini sebenarnya antara wedding function yang En Suami buat bulan Mei lepas.
Ye, En Suami buat caterer and wedding planner.
Charo Catering namo eh..
Harga memang sangat berpatutan. 
Lauk2 sedap. sebab mak mertua den yang masak.

En Suami dah bergiat dalam bidang catering & wedding planner ni since 2006.
Ada yang tengah carik catering ke?
En Suami buat semua, wedding, corporate event, meeting, doa selamat, bertunang, cukur jambul, birthday party, u name it lah..
kalau nak hantar lauk saja pun boleh.

Kalau nak tau lebih lanjut, jangan segan2 ye..
Boleh email saya ainulfariza@yahoo.com.

=)







Sunday, June 3, 2012

Kisah sengal yang boleh buat orang sakit hati.

Kisah sengal 1


Acc exec :: Hi, semalam ada Mr. Teng pass u the drama listing?
Ad exec :: Ada..
Acc exec :: u dah buat tak?
Ad exec :: dah.. semua sama.. drama titile & supplier semua sama..
Acc exec :: agreement semua ada lah..?
Ad exec :: ada.. semua ada agreement..
Acc exec :: u dah tick dekat drama title & supplier's name tu kalau semua ada macam kat dalam listing tu?
Ad exec :: dah.. semua i dah tick. semua sama.. takde perubahan. sama je..
Acc exec :: okay... boleh tak u fax kat i listing yang u dah tick tu?
Ad exec :: haa? u tak boleh tick sendiri ke? like i said, semua sama dalam listing tu. u still need me to fax it over?

listing tu si acc exec tu yang fax kat si advertising exec ni. and takde perubahan apa2. cuma si ad exec kena cek ada tak agreement untuk semua drama listing tu. and kalau ada, acc exec mintak ad exec tick je kat drama title tu.

so, end up, semua dah tick. takde perbezaan, takde perubahan. sama je kecuali yang difax tu ada tanda tick kat semua drama title tu. perlu ke nak fax lagi? lainlah kalau listing tu nak kena sign & stamp, barulah perlu nak fax balik ye dak. otherwise, tick je lah sendiri.




Kisah sengal 2


A = awek putih gebu, kulit licin takde jerawat
B = awek sawo matang, kulit takde lah licin sangat, tapi takde lah penuh dengan jerawat pun. cuma parut jerawat je sikit2. itupun dah tak nampak sangat.

Satu hari di pejabat...

A :: babe, (sengih2) kenapa ada jerawat kat dagu tu?
B :: hmmm.. (senyum je. dalam hati sabar jo lah)

Ni lagi sorang, if only B knew why on earth did the pimple came out... memanglah tak tahu!
dah jerawat tu nak keluar. nak cakap apa?
Even if you have the most translucent skin on earth, that just doesn't give the right for you to comment on other's.
Some people might get hurt.
Or maybe some just don't give a damn, but you know what, just don't ask stupid question like that.
Not everybody is lucky when it came to skin condition.
Just don't okay.

Kalau muka seseorang tu berjerawat, or jeragat, or skin tone tak sekata, tak bermaksud dia tak jaga kulit dia macam ko.
Mungkin dia dah cuba segala benda, dah buat the 3 essential steps in taking care of her skin, but still, masih jugak macam tu.

So please, kalau boleh jangan tegur.
aku pernah ada masalah kulit muka yang sangat teruk, (it was so damn bad, i had very low self-esteem at that time) jadi aku faham perasaan orang tu kalau ko tegur pasal kulit muka dia.
To me, that's one sensitive issue.

Saturday, June 2, 2012

Kisah buang angin

Aku :: Khim, i rasa nak kentut...
Khim :: Kak, u jangan buang kat sini. Pergi sana!
<tiba2 tak boleh tahan gelak>

Khim :: Kak, u pernah tak masa u sorang2 pastu u kentut. Then u bau, humh busuk gila!
Aku :: Hahahahahahaha... betul Khim. Masa tu cakap hish teruk nya pompuan ni kentut busuk gila ni!
<gelak terbahak-bahak. sampai merah muka>

Khim :: Kak, i tak pernah kentut depan KK tau... (boyfriend dia)
Aku :: Haha.. i pun dulu macam tu Khim. Masa couple memang tak pernah kentut depan A.
<gelak lagi. sebab rasa apada, kentut pun nak cerita ka..>

Aku :: Tapi kan.. u tau lepas i kawen.. <tak tahan gelak lagi> 
<dua2 dah berair mata. padahal tak habis citer lagi nih!>

Aku :: Lepas kawen, masa first time i kentut depan A, dia terus pandang i terkejut!
<kali ni gelak lagi besar. sampai tak boleh bercakap>
Aku :: ye khim, dia siap pandang i pastu tanya apa tu?! dia terkejut giler! dia tak boleh terima oooo!!!
<sambung gelak lagi>


HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Sorry aaa..
Itupun nak citer kan.
Tapi gitulah. 
Kesimpulannya, kalau dengan suami pun nak cover2, memang penat lah.
Kat luar kena control diri, kat rumah kena control diri.
Bagi aku, kalau pasangan suami isteri lebih terbuka, kan lebih seronok macam tu.
Asalkan isteri tau batas2 keterbukaannya dengan suami, jangan sampai dianggap kurang asam, takde masalah kan...
lagipun, benda2 bengong macam tu lah sebenarnya yang buat rumahtangga tu lagi berseri..

=)

Selamat berhari Sabtu!

Friday, June 1, 2012

Selamat Hari Gawai

Selamat Hari Gawai untuk semua yang menyambutnya.

Dan selamat bercuti untuk warga Sarawak & Sabah!





Bestnya kalau aku kat Kuching sekarang ni... 
Ohhh i really missed tanah tampuh darahku!

Aok kamek orang Sarawak!