Pagi ni, dalam keheningan dan ketenangan pagi, aku duduk dalam komuter dari Seremban ke KL untuk ke tempat kerja.
Walaupun dah 3 kali tengok movie dia, aku tetap nak baca buku dia.
Perlu diingatkan, aku ni cengeng sikit bila tengok movie yang menyentuh perasaan macamni.
Tapi masa tengok movie ni aku bukannya menangis masa dia berpisah dengan GF dia.
Aku menangis masa ayah dia meninggal.
Padahal dah tengok movie, dah tau jalan cerita kan...
Tapi tetap gak nak baca buku dia.
Dan pagi ni aku khusyuk betul membaca hingga sampai ke part ayah dia meninggal tu.
Ingatkan kat tempat public, aku boleh ego, kawal perasaan kan...
Hmmm tak.
Air mata berjuraian jugak.
Tapi senyap2 lah.
Sebab orang depan dah pandang2 aku dok lap air mata.
BONGOK!
Takdelah malu kan, cuma segan lah menangis kat tempat awam macam tu.
Mesti orang ingat aku ni lari dari rumah ke apa.
Hahahahaha...
Penutup, tak ada kena mengena pun dengan tajuk.
Aku dulu tak minat langsung membaca.
Bukan takat novel, suratkhabar pun aku tak baca.
Nak tahu apa yang buat aku berubah?
Bila aku dipanggil untuk temuduga satu jawatan yang agak besar dalam perkhidmatan awam.
Aku speechless.
Dah lah tak baca suratkhabar, buku2 motivasi pun langsung haram tak tau.
Masa interview tu memang malu giler sebab rasa macam aku ni sangat ketinggalan zaman.
Since that, aku sentiasa pastikan aku ada masa untuk membaca.
Dan masa yang paling sesuai ialah dalam train, otw ke office.
Pesanan khidmat masyarakat, membacalah!
No comments:
Post a Comment