CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 18, 2012

Bersalin di Hospital Bersalin HKL

Dulu masa aku pregnant, seawal 3 bulan, ramai yang dah tanya, "nanti bersalin kat mana?"
Aku pun jawablah,"HKL..."
Respon yang aku dapat rata-ratanya, "oh.." 
(dan reaksi wajah seolah-olah berkata-kata dalam hati eiii nak bersalin kt HKL???)

Pelik.
Salah ke aku nak bersalin kat HKL?

Dan ramai jugak yang lebih berani, terus cakap,"eh kenapa nak bersalin kat HKL? Pergilah private. Selesa.."
Aku senyum je. Dalam hati aku, sape yang nak beranak sekarang ni?
Duit kau ke yang nak kuar?

Hehehe takdelah.
Biarlah orang nak cakap apa.
Biasalah mulut orang, nak tutup macam mana. Kalau mulut tempayan, boleh gak tutup dengan kain ke, penutup periuk ke.

Okay melalut.
U-turn balik.

Di HKL ni, wad bersalin dia ada bangunan sendiri yang dinamakan Hospital Bersalin HKL.
Seperti biasalah, ada wad kelas 1, 2 & 3.
Masa aku bersalin hari tu, aku dok kelas 3.
En. Suami tanya nak 1st atau 2nd class tak?
Aku kata tak mau. Kalau 1st class, takut nanti bilik tu dok sorang2.
Takpe, biar dok 3rd class je, ramai sikit orang. Takdelah seram bila malam kan..

Sebenarnya, masuk bersalin, dah 3 kali aku bermalam di Hospital Bersalin HKL ni.
Kali pertama, Mac 2010. Buat D&C sebab keguguran.
(D&C tu orang kita kata 'cuci')
Kali kedua, Disember 2010. Buat D&C jugak sebab keguguran.
Siap masa discharged kali kedua tu, En. Suami cakap kat nurse2 tu, nanti kali ketiga kami datang sebab dia nak bersalin.
Dan Alhamdulillah, kali ketiga aku dok sini sebab nak bersalin.

So, kenapa aku pilih HKL?
1) Sebab aku dah ada 2 kes keguguran sebelum ni. Dan kedua-dua D&C buat kat sini. So, kalau ada apa-apa complication masa bersalin, senang pihak hospital nak refer kes aku dulu.

2) Bagi aku, staff nurse & doktor dia baik. Sepanjang 3 kali aku kat situ, tak pernah pulak aku jumpa nurse yang kasar, sombong. Doktor pun baik. Mungkin yang attend aku semua doktor muda2 lagi kot. Tapi dari segi pemerhatian aku, yang doktor senior kat situ, muka memang nampak sombong n macam nak makan orang, tapi bila cakap dgn patient, okay je. 

3) Sebab aku cakap dengan En. Suami, tak payah lah nak bazir duit pergi hospital swasta. Kami kan baru nak dapat anak, perlu pakai duit banyak untuk benda2 lain. Lagipun, memang tak mampu nak pergi hospital swasta sebenarnya... 

Wad kelas ketiga, bagi aku sebenarnya okay je (maybe aku ni tak memilih sangat kot), ada katil, ada kipas, ada bilik air, ada toilet. Cuma wad kelas 3 ni nampak crowded sikit. Tapi hey, namapun hospital gomen kan. Takkan la ko nak duduk bilik yang ada paling ramai pun 8 orang je satu wad tu. Berapa sangatlah pun bayar kat hospital gomen ni... Jadi, janganlah meletak expectation yang terlalu tinggi bila dok kat hospital ni. 

Dari segi makanan pulak, huhu aku pun rasa okay jugak. Cuma aku tak suka breakfast dia bila dia bagi roti sapu jem dan air milo. Roti tu sebab dah lama sangat terdedah, dia keras. Huhu~ Yang lain2, makan tengahari, dan makan malam, aku suka. eh, suka? hehehehe suka la kot, sebab boleh makan habis. Sedap la tu. Ye, siap ada satu hari tu masa aku menunggu hari untuk bersalin, makan nasi briyani lagi. Ha kau...

Dalam banyak2 benda kat hospital ni, aku sebenarnya paling sukakan labour room dia. Yes. Dulu aku dok bayangkan labor room dibahagi2 dengan kain langsir sahaja! Tapi sangkaanku salah sama sekali sebaik sahaja aku disorong ke dalam labor room. Rupa2nya labor room dia, bilik yang sorang satu bilik. Dan yang paling best, ada AIR-COND! hahahahaha kesian sebab dok dalam wad, panas je rasa... Bagi aku, labor room HKL ni setanding dengan labor room di private hospital. eh ye ke? Tapi tak pernah masuk mana2 labor room kat private hospital pun.

I wish I had pictures to show you. But I just don't. Masa dok kat wad hari tu, tak bawak camera. Ada camera phone pun tak amik gambar langsung. 

Bagi aku, tak kisah nak bersalin gomen or private, yang penting selamat bersalin. Dan kalau nak bersalin kat private, biarlah betul2 ada budget. Jangan lah sebab orang lain beranak kat private, kita pun nak beranak kat private jugak walaupun dalam savings cuma ada berapa sen je... 

Cuma nak pesan, kalau pilih nak bersalin kat hospital gomen, terimalah keadaannya seadanya. Berapa sen sangatlah kita bayar untuk perkhidmatan di hospital gomen, so tak perlulah untuk demand itu demand ini, complain itu, complain ini. Kalau nak complain pun, maybe boleh tulis komen untuk mereka supaya pihak Kerajaan boleh mengambil langkah2 yang perlu untuk menaiktaraf hospital2 gomen. But trust me, sekarang ni pun pihak Kerajaan sedang berusaha untuk memajukan sistem perubatan di negara kita. So, bagi peluang kepada mereka k.

So, nak tahu berapa En. Suami bayar untuk aku bersalin di hospital bersalin HKL ni? Okay, aku dok wad 4 hari 3 malam, makan 4 kali sehari, aku bersalin vacum, dan termasuk caj rawatan ibu n anak, semua sekali...


RM64.00 sahaja!

=)


9 comments:

  1. Betul tu, saya dulu masuk kelas 3 pastu pindah ke kelas 2. lepas bersalin pindah ke kelas 1. Semua dah merasa. Semua ok saje.
    Nurse pon sangat2 la membantu. Saya kes terpencil, mmg 3 hari x blh bangun. bkn x blh, doc x bg bangun. so mmg selama tu la nurse yg tabah n sabar dok dtg cucikan saya n tkar pad. langsung xde tinggi suara ke hape. best!
    Bersalin czer with full body bius (general anest), duduk sana 4 hari 3 malam, bayar cuma RM51 je sebab masa tu husband kerja separa gomen.
    Lps ni bersalin lg mmg ke HKL la kite :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, kelas 1&2 tu hubby bleh teman 24 jam ke?

      Delete
  2. salam kenal..trjumpa blog ni time gugel2 pngalaman brsalin di HKL :)

    jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak bsalin kat hkl..tapi anak Pertama bsalin kat hukm..Ectopic kedua pun hukm...sbb masa tu saya kj sbg sn kat sana.skang dah kj Di private hospital... Cadang nak bsalin kat hkl sbb adik saya sn midwife kat sana...dia cadangkan kalau nak caeser, pg bsalin kat hkl jer.Kalau kat tpt saya kj kene byr rm7-5k...lebih baik Sy Guna duit tu utk belanja lain...rotex kete, anak sek kat private, yuran sekolah utk awal tahun dah beribu.. Adik dia nak keluar pun time buka sekolah Bulan satu... Sy x Ada isu nak bsalin Di government... Ok jer.pedulik org nak kata walu pun kawan2 suh bsalin Di hospital saya bekerja... Memandangkan saya Di kira berpangkat juga dlm nursing... Ermmmm....saya dah decide nak beranak Di hkl jer la....

    ReplyDelete
  4. rm64 tapi husband masuk skali dalam labour room tu tak girl
    ?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... kenyataan nye mmg bersalin d HKL xde masalah.. layanan nurse n doc baik.. kat labour room paling terbaik.. sy 4x dHKL... so far so good...

    ReplyDelete
  6. memang HKL terbaik, ward je nampak xbestkan tapi layanan dia baik, nurse dan doctor baik, friendly dan yang penting mereka xmemaksa jika kita xmampu bangun, mereka bantu dan panggil fisio lagi untuk membantu kita. labour room dia pun mcm swasta, doktor pakar turut ada bersama. apa yang kita dengar zaman dulu dah kini berubah, dulu dan kini xmungkin sama. HKL juga menjaga reputasi mereka bahawa HKL terbaik seluruh Malaysia. apapun saya xpernah kecewa dengan HKL kerana keprihatinan mereka tentang penyakit kita, sgt terjaga malah saya sekadar demam panas dan high bp pregnant pun naik ambulan dari klinik. HKL jaga patient dengan baik dan sgt bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. klau kita dok kelas wad 2 msuk hospital hkl suami keje gan kerajaan msuk guna gl suami kne bayar ke x yer

    ReplyDelete
  8. tahun 2011 bsalin kt hkl..alhamdulillah semua nurse n doc bgs2..just sorg nurse je ckp lbh kurang time tgh sakit bsalin kt wad..last2 pggl nurse senior ckp sy nk teran..trus dorg tolak cek bukaan.. in syaa allah..kalo ada rezki..awal bln 12 ni bsalin kt hkl lg..sbb cuti skola..n mak ajak bpantang d kl..semoga dpermudahkan segala urusan sy..aamiin

    ReplyDelete