CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 17, 2012

Perempuan & Marah

Assalamualaikum.

Perempuan pemarah...
<mengeluh>

Itulah aku.
Huhu~
Aku tak taulah kenapa aku ni cepat sangat naik darah.
Kadang-kadang perkara kecik pun boleh buat aku naik darah.
Tapi takdelah setiap kali tersinggung, tersalah langkah, aku terus nak mengamuk...
Ikut hari dan ikut mood jugak.

Tapi sebenarnya, buruk kan perempuan yang pemarah ni.
Nak nak pulak yang bila marah, mulut tak berbunyi, tapi muka masam mencuka muncung mengalahkan Donald Duck, tangan hempas2 barang (tunjuk perasaan la tu).
aiiii...
<mengeluh lagi>
Itulah aku.

Eiii buruk perangailah.
Aku sendiri tak suka diri aku yang ini.
Aku marah. Pastu aku akan rasa bersalah sendiri bila marah kat orang tu.
Bongok je aku rasa.
Tapi nak marah jugak.
Ish burok lah!

Tarik nafas panjang2...
Jangan layan sangat marah tu...
ish ko ni, sikit2 nak marah...
Sabar...


haa itulah perkara biasa yang orang cakap bila kita sedang marah, betul tak?
Tapi kalau dah nak marah tu, tetap akan marah jugak..
hahahaha

Bila tengok perempuan lain yang marah2, aku nampak diri aku kat perempuan itu.
Dan aku nampak betapa buroknya seorang perempuan yang suka marah2.
Walaupun dia cantik, tapi bila marah2, ish memang terus tak cantik.
Siapa tahan dengan perangai burok macam tu. Kan?

Memang tak dinafikan, marah itu adalah sebahagian dalam hidup kita.
Siapa yang tak pernah marah? Memang tak normal lah orang tu kalau dia tak pernah marah.
Tambahan pulak kalau memang salah orang yang kita marah tu.

Janganlah suka marah2 ye..
Memang tak molek rupenye..
(pesanan lebih kepada aku sebenarnya)

Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi) 
Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka. 
Okay, harap kita sama2 dapat pengajaran & iktibar k.
Senyum selalu.
=)




No comments:

Post a Comment