CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 30, 2012

Bad dress day, bad tudung day, it's just a bad day...

Pernah tak jadi kat korang?
Esoknya ada big event yang korang kena attend.
Malam sebelum tu dah set dalam kepala otak nak pakai baju apa, dengan seluar apa, tudung apa..
Nak make up macam mana. Match dengan kasut apa. Handbag apa.
Tapi disebabkan malam tu ko dok settle kan kerja2 rumah, bila dah letih, tak larat dah nak siapkan baju untuk event tu.

Bangun pagi, semuanya berjalan lancar.
Dah siapkan anak, tiba masa untuk ko bersiap pulak.
Baju dah keluarkan dari almari.
Tiba2 masa nak keluarkan seluar, ko dok carik2, selongkar almari, tak jumpa jugak.
Mula panik.
Peluh dah mencurah-curah.
Carik punya carik tak jumpa jugak.
Peluh bertambah2.
Habis moisturizer yang ko tempek kat muka tadi.
Hati mula sakit.
Masa makin laju.
Ko dah makin lambat.

Bila dah berpeluh2 macam tu, nak pakai baju apa pun tak selesa.
Nak kena tunggu badan sejuk dulu.
Dah tu bila dah cool, ko tengok jam dah 8.30am.
Sah memang dah lambat giler.
Make up pun belum.
Nak pilih baju lain, nak kena gosok lagi..
Dah lambat, mood pun dah tak best, last resort,
capai je baju kurung yang tak perlu bergosok.
Tudung pun pakai tudung semalam.
Dah tak sempat make up.
Muka pucat macam mayat.
Mata pulak ada eye-bag, gelap pulak tu, dah rupa panda dah.

Bila pergi kat rak kasut pulak, tak jumpa pulak kasut yang ko plan nak pakai tu.
Sarung je lah apa yang ada.

MEMANG MOOD DAH KE LAUT NAK KE EVENT TU!

Bila dah keluar rumah, naik train, sampai ofis, naik lif,
tengok diri kat cermin lif,
"eh, elok je rupa aku... tak de lah teruk benar.."

Hehehe cuma rasa tak best sebab plan nak pakai baju lain, in the end pakai baju lain pulak...
Orang pompuan, benda tu pun boleh buat dia tak de mood tau.
So jangan heran lah kalau ada yang dah janji dengan awek nak tengok wayang hari tu,
tiba2 awek last minit cancel. Hanya kerana baju tak kena pun dia boleh hilang mood tau.

Cuma sekarang ni aku masih lagi berkira-kira nak pergi event tu atau tak.
Haih orang pompuan, baju, tudung, kasut tak kena pun bad mood...

No comments:

Post a Comment