Ye memang aku keguguran, tapi sebelum mengandungkan si Aliff.
Bukan sekarang ni..
Nak mula macam mana ye?
Kali pertama aku mengandung adalah 6 bulan setelah selamat bergelar isteri.
Masa tu sangat excited, yelah tunggu dah lama kan.
Aku ingat lagi masa tu period aku lambat seminggu.
Sebab excited dan expectation untuk mengandung terlalu tinggi, aku beli pregnancy test kit kat farmasi dan buat test tu kat rumah.
Memang nampak 2 line, tapi 1 line tu kabur je.
But still, memang sangat excited.
Petang tu, En. Suami bawak pergi klinik.
Bila scan, susah sangat nak nampak.
Doc cakap takpe, awal lagi kot sebab tu tak nampak.
Doc suruh datang lagi 2 minggu.
Dan doc siap cakap kalau tak ada apa, insyaAllah aku akan bersalin pada 20 Oktober 2010. (20.10.10)
After 2 weeks, datang lagi buat scan.
Masa ni kalau ikutkan kandungan aku dah masuk 8 minggu.
After scan, doc cakap nampak kantung tapi tak nampak jantung baby.
Dan dia dah sebut maybe janin tak menjadi.
Doc klinik tu terus tulis surat untuk refer aku ke hospital.
Petang tu jugak terus pergi ke hospital.
Tapi aku terus ke emergency, sebab aku tak tau pun ada wad bersalin kat HKL tu.
Masa tengah tunggu doc untuk cek aku, aku rileks je.
Tak tau perasaan aku masa tu. I just don't know what to expect.
Tapi bila tiba2 En. Suami jenguk aku kat tempat menunggu tu, tiba2 je air mata jatuh.
Tak tau kenapa, rasa macam akan kehilangan sesuatu.
Doc pertama datang scan, tak jumpa apa2.
Doc kedua, nampak kantung tapi terlalu kecil katanya.
Doc ketiga, pun sama.
Last diorang panggil doc pakar.
Doc pakar pun tak dapat detect jantung baby.
Last resort, doc pakar kata nak scan dari 'bawah'. Ye, dari V tu.
Itulah kali pertama aku discan dari bawah.
Sakit tapi tahan jugak sebab nak tahu jugak status kandungan aku.
Keputusannya, doc pakar tu nampak kantung dan jantung baby.
Tapi sizenya masih lagi kecil.
Bila dengar je kata2 doc tu, barulah hati rasa lega sikit.
Dan excited, kalau boleh rasa nak bagitau kat semua orang yang aku mengandung.
Yes!!!
Agaknya sebab tu orang2 tua kata jangan excited bila mengandung.
Dan kalau boleh jangan bagitau orang sebelum usia kandungan 3 bulan.
Pada minggu kesepuluh, waktu tu aku kat Langkawi.
Masa nak mandi, aku perasan ada kesan darah. Macam kita baru2 nak datang period tu.
Tak banyak, setompok kecil je.
Aku abaikan sebab aku ingatkan keputihan yang berwarna coklat...
Selepas seminggu, kebetulan masa tu aku kat rumah mak, masih lagi keluar cecair warna coklat tu, setompok.
Aku bagitau mak aku. Mak aku tanya dah pergi klinik belum, aku cakap belum.
Mak kata baik pergi klinik, cek.. Sebab itu sebenarnya adalah tanda2 keguguran.
Jantung aku masa tu rasa macam disentap!
Esoknya, aku terus ajak En. Suami ke hospital.
Dan aku diarahkan ke Hospital Bersalin.
Kali ni aku kena menunggu giliran sekali dengan patients dalam wad yang lain (mereka semua mengandung, perut memboyot) sebab itu adalah masa mereka diperiksa...
Bayangkan perasaan aku masa tu. Aku terlalu teringin untuk mengandung seperti mereka tapi aku masih tak pasti sama ada kandungan aku ok atau tak.
Sampai giliran aku untuk diperiksa. Dan ye, sekali lagi scan dari V.
Bukan rezeki aku dan En. Suami, doc sahkan kandungan aku dahpun gugur.
Tapi kantung masih lagi kat dalam rahim. Jadi aku kena buat D&C.
Disebabkan aku tak bawak apa2 masa ke hospital hari tu, aku mintak untuk datang semula petangnya.
Dalam kereta, aku senyap. En. Suami pun senyap je.
Sampai je di rumah, aku terus mengunci diri dalam bilik.
Mak mertua masuk bilik, aku senyap je. Mak mertua cuba pujuk aku.
Petang tu, En. Suami hantar aku ke hospital semula.
Memang tak banyak cakap. En. Suami cuba untuk hiburkan aku, tapi aku tetap tak mampu untuk senyum.
Lepas En. Suami buat registration, aku dimasukkan ke wad kelas 3.
Sebelah aku, depan aku, semuanya terdiri daripada ibu mengandung yang sedang menunggu masa untuk bersalin. Yang dah bersalin pun ada. Bayangkan perasaan aku bila nampak mereka yang dah bersalin, mengendong bayi di tangan mereka, menyusukan anak mereka.
SEBAK!
Aku tak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa pun.
Nasib baik katil aku di tepi sekali, jadi aku tidur membelakangkan semua orang.
Air mata jadi peneman setia waktu tu.
Bila aku letak tangan aku pada rahim aku, aku rasa lega sikit sebab aku tau 'dia' masih lagi ada dalam diri aku.
Malam tu nurse minta aku untuk mula berpuasa jam 12 malam.
Tapi dengan keadaan aku yang sangat down, aku mula berpuasa jam 10 malam.
Malam tu aku tidur dengan tangan melekap pada rahim aku.
Seawal 5.30 pagi, nurse kejutkan aku suruh mandi sebab nanti pukul 6 doc nak masuk ubat.
Aku akur dengan perasaan kosong. Selesai mandi, aku duduk di luar bilik rawatan menunggu doc untuk masukkan ubat.
Aku ingatkan masuk ubat melalui IV drip tu. Rupa2nya masuk ubat dekat V.
Sakit teramat sebab doc kena jolok dalam2 untuk masukkan ubat tu.
Selesai masuk ubat dalam jam 6.30 pagi, nurse minta aku tunggu kat katil dan dia akan bawak aku ke operation room jam 8 pagi nanti.
Sekali lagi, aku akur dengan perasaan kosong.
Aku ingat nak tidur, tapi mata dah tak boleh lelap.
Aku hanya duduk di katil memerhati senario di sekeliling aku.
Aku lihat wanita mengandung menahan kesakitan menunggu waktu untuk bersalin.
Aku lihat ibu yang menyusukan anaknya.
Aku lihat wajah anak kecil yang tidur dengan lena dan tenang dalam kain bedungnya.
Perasaan aku? Aku pasti korang boleh rasa apa yang aku rasa pada masa itu...
Tepat jam 8pagi, nurse bawak aku ke operation room.
Dia suruh aku duduk kat wheel chair, aku kata takpe, aku boleh jalan.
Jadi aku ikut dia berjalan dari wad ke operation room.
Sampai je di operation room, barulah aku naik ke katil bedah tu.
Dengan lafaz Bismillah, dan perasaan yang redha, aku akhirnya tertidur.
Aku dibius penuh sewaktu D&C dijalankan.
Aku tidur dengan lena. Perasaan aku tenang. Aku rasa aku bermimpi tapi aku tak ingat apa dia yang aku mimpikan.
Sehinggalah aku terdengar suara yang sayup2 memanggil namaku. Mimpiku terganggu, nurse yang memanggil namaku rupa2nya.
Aku tersedar tepat jam 8.45pagi.
Apabila aku tersedar, aku rasa sangat sejuk, menggigil sehingga aku rasa katil tu bergoyang-goyang sebab aku menggigil sangat kuat.
Nurse tu nampak aku menggigil, terus selimutkan aku dengan 2 lapis selimut.
Barulah aku rasa lega.
Aku dihantar balik ke katil, disalin baju di atas katil tu jugak.
Semuanya nurse yang buat, sebab aku memang tak mampu untuk bangun.
Apabila nurse selesai menyalin baju aku, aku mintak dari mereka plastik sebab aku nak muntah.
Memang tak tunggu lama, aku terus termuntah bila nurse tu letak plastik kat tangan aku.
Kesan ubat bius dan puasa dari semalam agaknya.
Bila dah lega, aku terus terbaring.
Masa tu baru terasa betapa pedihnya rasa rahim aku seperti dicakar2 dari dalam. (itulah proses D&C. Rahim akan dikikis.)
Dan bila aku pegang rahim aku, air mata jatuh lagi.
Kali ni, 'dia' benar2 sudah tiada.