CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

Berapa kali baby kena tidur?

Anak aku sejak masuk 5 bulan ni, dah macam orang bujang.
Siang tidur sekejap2 je.
Dah tu malam tidur lambat.
Kadang2 tu tidur pukul 11pm, dia boleh balun tidur sampai pukul 7am tak bangun menyusu pun.
Dah dia tidur lama risau pulak ye.. Bila tak tidur, marah pulak..
hahahahahhaa
Ye lah risau sebab dia tak bangun menyusu tu, tak lapar ke..
Selalunya setiap 3-4jam dah meraung nak susu...

Kebetulan hari ni dapat email dari Baby Center yang bertajuk (ish macam buat karangan pulak)
"Berapa kali seorang bayi kena tidur dalam sehari"
Tidur di sini adalah 'nap' iaitu tidur untuk beberapa jam di siang hari.

Aku pendekkan je k.

Newborn 
diorang akan tidur selama 2-4 jam untuk satu2 masa, malam dan siang. 
budak baru lahir memang tidur je la kerjanya...
biar je dia tidur, kita pun boleh amik peluang tidur sekali...

6 - 8 minggu
umur ni biasanya budak kurang kerap tidur, tapi bila dia tidur, dia akan tidur lebih lama.
dalam sehari dia mungkin perlu tidur sebanyak 2 - 4 kali atau mungkin lebih dari tu.
(Si Aliff masa umur ni, dia tidur siang sampai 6 jam, bangun menyusu, pastu sambung diulit mimpi balik. Nak mandikan waktu petang pun terpaksa bangunkan. Lepas mandi, bantai tidur lagi. Tapi lepas tu, tepat jam 12 malam, mata dia terbuntang bulat, tak tidur sampai subuh..)

3 - 4 bulan
Biasanya kebanyakan baby waktu umur ni, kita dah boleh bajet time tidur dia.
Senang hati ye... Takde lah pergi kerja asik pikir anak je tidur ke tak.. 
Mengamuk ke..
(hahahaha takde nye tak pikir. Kalau dia ok je pun kat rumah, tetap pikir dia jugak...)

6 bulan
Waktu umur ni, baby mungkin akan tidur 2 - 3 kali, sekali waktu pagi, sekali tengahari dan sekali waktu petang. (Aliff sekarang baru masuk 5 bulan, tapi nampak macam tidur pattern ni. Tapi sekejap2 je. Paling lama dia tidur pun 2 jam lebih.)

9 - 12 bulan
Bila dah umur ni biasanya baby akan tidur dua kali, sekali waktu pagi, sekali waktu tengahari...

18 bulan
Huhu masa ni anak dah berlari-lari dah.. 
Memang suka main je..
So masa umur ni, kebanyakan baby akan tak tidur pada waktu pagi, ye lah dok seronok main kan..
Diorang akan tidur sekali waktu tengahari je.
Pattern tidur macam ni boleh berterusan hingga diorang 3 - 4 tahun.

Tapi tapi tapi... tak semua baby akan ikut pattern tidur macam ni..
Kena sentiasa bersedia lah. 
Ada anak kawan aku, dari baby takde masalah tidur.
Bila dah masuk setahun lebih, dia mula tak tidur malam.
Maknye la kesian, sebab esok tu nak kena kerja.
Husband pulak kerja malam...

Huhu.. walau apapun, take it as an adventure.
Banyak2 bersabar k.
Budak ni memang kita kena try n error..
Macam buat eksperimen pulak..

Penutup hari ni...


Budak 5 bulan yang rasa diri dah bujang.
Tidur siang kejap2 je..
Malam nya bantai tidur sampai pagi..
(eh, anak mama dah tak muat dok dalam car seat.. tgk gambar ni baru ma perasan..)

Apapun, Aliff tetap kesayangan busuk masam Mama!











Wednesday, May 30, 2012

Bad dress day, bad tudung day, it's just a bad day...

Pernah tak jadi kat korang?
Esoknya ada big event yang korang kena attend.
Malam sebelum tu dah set dalam kepala otak nak pakai baju apa, dengan seluar apa, tudung apa..
Nak make up macam mana. Match dengan kasut apa. Handbag apa.
Tapi disebabkan malam tu ko dok settle kan kerja2 rumah, bila dah letih, tak larat dah nak siapkan baju untuk event tu.

Bangun pagi, semuanya berjalan lancar.
Dah siapkan anak, tiba masa untuk ko bersiap pulak.
Baju dah keluarkan dari almari.
Tiba2 masa nak keluarkan seluar, ko dok carik2, selongkar almari, tak jumpa jugak.
Mula panik.
Peluh dah mencurah-curah.
Carik punya carik tak jumpa jugak.
Peluh bertambah2.
Habis moisturizer yang ko tempek kat muka tadi.
Hati mula sakit.
Masa makin laju.
Ko dah makin lambat.

Bila dah berpeluh2 macam tu, nak pakai baju apa pun tak selesa.
Nak kena tunggu badan sejuk dulu.
Dah tu bila dah cool, ko tengok jam dah 8.30am.
Sah memang dah lambat giler.
Make up pun belum.
Nak pilih baju lain, nak kena gosok lagi..
Dah lambat, mood pun dah tak best, last resort,
capai je baju kurung yang tak perlu bergosok.
Tudung pun pakai tudung semalam.
Dah tak sempat make up.
Muka pucat macam mayat.
Mata pulak ada eye-bag, gelap pulak tu, dah rupa panda dah.

Bila pergi kat rak kasut pulak, tak jumpa pulak kasut yang ko plan nak pakai tu.
Sarung je lah apa yang ada.

MEMANG MOOD DAH KE LAUT NAK KE EVENT TU!

Bila dah keluar rumah, naik train, sampai ofis, naik lif,
tengok diri kat cermin lif,
"eh, elok je rupa aku... tak de lah teruk benar.."

Hehehe cuma rasa tak best sebab plan nak pakai baju lain, in the end pakai baju lain pulak...
Orang pompuan, benda tu pun boleh buat dia tak de mood tau.
So jangan heran lah kalau ada yang dah janji dengan awek nak tengok wayang hari tu,
tiba2 awek last minit cancel. Hanya kerana baju tak kena pun dia boleh hilang mood tau.

Cuma sekarang ni aku masih lagi berkira-kira nak pergi event tu atau tak.
Haih orang pompuan, baju, tudung, kasut tak kena pun bad mood...