CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label luka jahitan. Show all posts
Showing posts with label luka jahitan. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Menjaga bekas jahitan selepas bersalin...

So, setelah dekat nak 7 jam bertarung nyawa, berhempas pulas menahan sakit nak beranak, aku selamat melahirkan anak lelaki sulungku dengan cara vakum.

Oh, vakum... Sedangkan yang bersalin normal tak guna vakum pun sakit, inikan pulak dimasukkan vakum kat dalam 'tu' untuk tarik baby keluar.

Pintu rahim aku buka fully pada pukul 2.30pm. Dari 9.30 pagi buka 4cm, pukul 2.30 baru dia buka sampai 9cm. Macam agak lama nak tunggu dia buka fully tu, tapi aku bersyukur sebab ada orang lagi lama dari aku. Berbelas-belas jam... Tapi bila dah fully buka tu, dan aku dah meneran selama 1 jam, kepala anak aku tak turun2. Dia dok je kat situ. Sebab tu lah doctors buat keputusan untuk vakum sebab jantung baby dah lemah.

Aku dok bayangkan vakum tu halus dan panjang sebab nak dimasukkan melalui lubang 'tu'. Oh, sangkaanku salah. Vakum tu rupanya macam tempurung kelapa yang bersaiz kepala baby. Tapi masa tu dah tak kisah sebab perut sakit sangat2 dan redha je apa doctors nak buat. Nak masukkan vakum tu, astagfirullah... Bukannya masuk macam tu je. Doctor kena masukkan tangan, (ye tangan, bukan jari) pusing2kan tangan dia kat dalam 'tu' untuk besarkan lubang supaya vakum boleh masuk. Masa tu, kaki memang dah rasa nak naik kat muka doctor tu. Tapi tak, aku boleh sabar lagi. Buatlah apa saja, asalkan anak aku selamat dilahirkan.

Ok, cut the story short, tepat jam 3.45pm, anak aku selamat dilahirkan secara vakum. Nak tahu berapa banyak jahitan aku, hmmm aku pun tak tahu sebenarnya. Yang aku tahu, sebaik baby keluar je pukul 3.45pm tu, doctor terus mula dengan operasi menjahit. Dan nak tahu pukul berapa baru aku selesai dijahit? Pukul 5.30pm. Bayangkan berapa banyak jahitan yang aku dapat...

Aku rasa masa berpantang, jahitan tu yang buat rasa tak selesa sikit. Dah la aku tak pernah dijahit seumur hidup, sekali dapat jahitan dekat tempat yang paling mengerikan...

Beberapa cara yang aku amalkan dalam menjaga bekas jahitan dalam berpantang tu...

1) Jalan perlahan-lahan. Duduk perlahan-lahan. Bangun perlahan-lahan.
2) Selesai mandi, aku akan campurkan 1 penutup Dettol dan segayung air, bilas kat tempat jahitan. Ye, memang pedih. Tapi kena buat jugak sebab nak pastikan ianya bersih dan cepat sembuh.
3) Dah bilas tu, aku lap kering2. Pun kena buat perlahan-lahan. Jangan ganas2, nanti terkoyak lagi, naya je..
4) Bila dah kering, aku sapu tempat jahit tu dengan gel gamat.
5) Lagi satu, setiap kali lepas buang air, aku akan lap dengan tisu supaya ia sentiasa kering. Nurse pun ada pesan, jangan biar luka jahitan basah. Nanti lambat sembuh.

Alhamdulillah, dengan mengamalkan cara-cara ni, luka aku sembuh dalam masa 2 minggu. Mungkin ada yang lukanya lebih cepat sembuh, tapi bagi aku 2 minggu tu pun dah cepat jugak.

Ada lagi satu petua yang sepupu aku kongsikan, keringkan dengan menggunakan hair dryer. Cara ni lagi cepat sembuh katanya. Tapi aku tak amalkan, sebab aku tak ada hair dryer. Maybe kamu-kamu boleh cuba.

Apapun caranya, insyaAllah kalau dijaga dengan elok, pun akan sembuh jugak. Asalkan jangan buat aktiviti lasak2...