CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label bersyukur. Show all posts
Showing posts with label bersyukur. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

I am actually very busy at this very moment, but I feel like I really need to write this now.
Or else, it would disappear from my thoughts.

Dulu, aku seorang yang sentiasa merasa tidak cukup atas apa yang aku ada.
Aku sentiasa mahukan apa yang orang lain ada.
Aku sentiasa rasa tak mahu kalah dengan orang lain.
Dan akibat dari ketamakan aku,
aku sengsara.

Aku rasa duit aku sentiasa tak cukup.
Aku sentiasa nakkan yang lebih.
Aku tak suka kekurangan.
Baik dari segi wang ringgit, harta benda, keadaan fizikal.
Aku nak setanding dengan mereka yang sememangnya mampu.
Yang memang hakikatnya jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan aku.

Bila aku sentiasa merasa tidak cukup akan apa yang aku ada, tanpa aku sedari, aku mula kufur.
Kufur pada nikmat yang Allah bagi selain dari wang ringgit.

Setelah sekian lama, sedikit demi sedikit aku mula belajar untuk menerima segala kekurangan yang aku alami.
Aku belajar untuk cakap 'tak apalah, bukan rezeki aku...'
Aku belajar untuk terima kenyataan yang aku sememangnya tak dapat lebih seperti orang lain yang dapat lebih itu.

Lama-kelamaan, aku mula rasa tenang.
Aku tenang biarpun duit dalam poket sebenarnya tinggal berapa sen cuma.
Aku rasa cukup walaupun aku tak punya harta benda sehebat orang lain.

Sebab aku mula sedar.
Sebenarnya aku sangat kaya.
Aku punya suami yang sangat cool, yang terlalu kasihkan aku. Sayangkan aku.
Yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi aku.
<no, i'm not exaggerating>
Aku punya anak yang sangat kacak, sempurna di mataku.
Aku punya ibu dan ayah yang sentiasa ada untuk aku.
Aku punya ibu dan ayah mertua yang super sporting.
Aku punya keluarga yang meriah. Yang kukuh ikatan kekeluargaan kami.
Aku punya pekerjaan biarpun gaji aku tak sebesar mana.

Disebabkan semua itu, aku sangat bersyukur.
Wang ringgit dan harta benda tidak boleh menggantikan mereka semua.

Dan aku percaya, setiap yang kita alami, setiap yang kita lakukan, ada hikmahnya.
Aku belajar untuk bersabar.
Kerana aku pasti, setiap orang yang bersabar akan ada khabar gembira untuknya.
Itu janji Allah Taala.

Dan hari ini, Alhamdulillah, Allah kirimkan aku satu khabar gembira.
Biarpun tidak sebesar mana, aku tetap rasa kemanisannya.
InsyaAllah, pasti akan ada khabar-khabar gembira untuk kita semua.
Bunyinya memang cliche tapi ya,
bersabarlah atas segala dugaan hidup kita.

=)

Friday, August 10, 2012

Kali pertama aku tak terasa nak beraya...

Hari ini, jam 10 pagi tadi, maka berlepaslah Mak dan Ayah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Alhamdulillah.

Biarpun berlinangan air mata kerana Aidilfitri kami tanpa mereka di sini, 
kami tetap bersyukur.

Kerana Mak dan Ayah berpeluang berhari raya di rumah Allah.
Subhanallah.
Maha Suci Mu Ya Allah.

Terima kasih.







kini, kesunyian mula terasa.
setiap kali air mata mula bergenang, aku bisikkan pada diriku,
Lillahi Ta'ala...
Kerana Allah Ta'ala...
hati akan tenang semula.

ini adalah kali pertama kami adik beradik beraya dengan Mak dan Ayah yang berada jauh beribu batu.
Tak apa.


Allah pasti akan menjaga Mak dan Ayah di sana...
=)

Saturday, July 21, 2012

Bersyukur apa seadanya...

credit to Google

Peredaran masa membuatkan kita saling bersaing untuk dapatkan yang 'the best'.
Kononnya, kalau takde yang 'in' masa kini, kita tak disifatkan sebagai 'cool'.
Betul tak?
Kadang2 kita sendiri pun bila tengok orang pakai handphone yang lama, yang tak canggih, dalam hati mesti terdetik "ek eleh... mana ada orang pakai phone tu lagi zaman sekarang ni..."
Eleh korang jangan nak tipu lah.
Mesti ada korang gelak dalam hati tengok orang pakai phone yang tak canggih.



Tapi kan satu benda yang aku perasan, disebabkan terlalu nak nampak cool dan 'in', kita sedaya upaya tanpa mengira financial status, nak jugak ada benda2 ni...
(tolong jangan salah faham. yang aku maksudkan adalah orang2 yang seperti aku, yang gaji tak seberapa tapi berbelanja besar lebih dari gaji)

Itu yang aku alami sebenarnya.
Bila nampak orang lain pakai phone lagi best dari aku, mesti rasa nak beli jugak.
Padahal memang nyatalah orang tu mampu kan.
Dan aku ni kalau nak beli phone canggih dan mahal begitu kena asingkan bajet untuk beli phone tu berbulan-bulan barulah aku boleh beli phone tu.

Apa yang aku nak cakap sebenarnya, aku seolah2 tak bersyukur dan tak menghargai apa yang aku ada.
Aku pun ada handphone, walaupun tak canggih dan tak in trend.
Aku pun boleh online walaupun takde ipad.
Tapi hanya kerana nak kejarkan sangat supaya nampak 'hebat' tu, aku sanggup berhabis duit.
Padahal barang2 yang lama masih elok. 
Masih boleh diguna.
Tapi taknak. Sebab dah lama kononnya.
Nak yang baru. 
Barulah rasa konpiden.
Haih...

Tak baik sebenarnya kan...
Memang tak bersyukur betul.
Padahal ada lagi orang yang tak mampu dari aku.
Handphone yang biasa2 pun tak mampu nak beli.
aku pulak, sombong, berlagak.
Nak yang baru je...

Aku macam tertampar diri sendiri masa aku keluar makan dengan seorang teman baik hari tu.
Kalau nak dibandingkan gaji dia memang 2 kali ganda dari gaji aku.
Tapi kan, dia hidup simple sangat.
Kereta masih lagi kereta yang dia pakai since zaman study. (kancil 660 okeh!)
Handphone pun masih lagi guna yang lama, sampai earphone dia dah nampak wayar dah, dia masih guna jugak.
Aku banyak kali cakap kat dia, tukarlah keta ang ni.. tukarlah phone ang..
Setiap kali tu jugak dia akan jawab, elok lagi lah... dia (keta / phone) takde bagi masalah kat aku pun.. tak perlu tukar... aku masih boleh guna lagi...
Itu jawapan dia setiap kali aku bebel kat dia. 
Sebab bagi aku, dia sangat mampu untuk guna barang2 yang jauh lebih mahal dari apa yang dia ada sekarang.

Tapi tidak untuk hari tu.
Hari tu bila aku cakap kat dia, tukarlah keta beb. ang memang mampu apa..
nak tau dia jawab apa kat aku?
"Beb, bersyukurlah apa yang ang ada. InsyaAllah, lagi banyak ang akan dapat."

Nah amek!
Sebijik kena kat aku.
Memang tak sedar diri aku ni kan.
Dahlah memang tak mampu nak pakai barang mahal2 tapi ada hati nak pakai benda2 mahal.
Siap rasa benci lagi kat barang2 aku yang tak canggih n hebat. 

Sejak dari hari tu, aku macam tersedar, apa yang kawan aku cakap tu tersangat betul!
Kenapa perlu dikejarkan sangat semua tu? 
Disebabkan nak kejarkan sangat benda2 tu lah aku selalu rasa duit aku selalu tak cukup.
Ye lah memang lah tak cukup. Berbelanja melebihi apa yang termampu!

daripada mengejar sangat semua tu, baik aku menyimpan untuk masa depan.
untuk anak aku.
lagipun dalam agama dah sebut, membazir itu amalan syaitan.
lagi nak minta macam2.. 
haih memang tak sedar diri betul.
bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
redha dengan kehidupan kita.
dan usaha untuk memperbaikinya.

selamat berpuasa!
jangan membazir. tak baik.