CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label hospital bersalin HKL. Show all posts
Showing posts with label hospital bersalin HKL. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Pengalamanku. Bersalin. Part 3.

Kesinambungan dari sini dan sini.

Sayang Mama Aliff....

Hari ni 5 Julai 2012, Aliff genap 6 bulan.
Syukur Alhamdulillah...

Anak Mama ni dari dalam perut lagi tak banyak bagi masalah kat Mama.
Aliff aktif. Suka tendang, tumbuk2 dari dalam perut Mama.
Tapi Mama suka.
Sebab setiap kali Aliff tendang atau tumbuk, Mama rasa happy sangat.
Pernah satu malam tu, Papa balik dari meniaga, seperti biasa Papa akan cakap2 dengan Aliff yang kat dalam perut Mama.
Hahaha Aliff dengar ke suara Papa?
Sebelum tu Papa belum pernah lagi rasa Aliff tendang atau tumbuk dalam perut Mama.
Malam tu, Mama tak ingat Papa cakap apa, tapi lepas tu Papa cakap kalau Aliff dengar, Aliff tumbuk tangan Papa. (masa tu, belum letak nama Aliff lagi. Papa selalu panggil Aliff 'anak Papa')
Sekali, memang betul, Aliff tumbuk betul2 kat tangan Papa tu.
Papa punya suka, dia gelak sampai mengalir air mata...

;')

Pada pagi 5 Januari 2012, Mama bangun awal.
Perut Mama sakit sangat.
Tapi Mama gagahkan jugak pergi mandi, lepas tu breakfast.
Lepas je Mama breakfast tu, nurse panggil Mama suruh Mama ke bilik rawatan.
Dia kata doktor nak cek Mama.

Masa ni setiap 10 minit Mama akan rasa sakit perut, rasa macam anak Mama mengeras kat dalam perut Mama.
Tapi Mama tahan. sebab dalam hati Mama, Mama tau anak Mama tak sabar nak keluar jumpa Mama dan Papa kan...
=)

Doktor cek je, dia terus senyum.
Doktor cakap ok confirm 4cm, pergi labor room ye.
Mama pulak tak tau nak rasa apa.
Takut tapi excited.

Nurse suruh Mama siap2.
Mama capai handphone, terus call Papa.
sementara tunggu nurse nak bawak Mama ke labor room, Mama disuruh duduk kat wheel chair.
Masa tu, Mama sms Pak Long, Cik Nas, Mak Su Mi...
Mama kata Mama nak masuk labor room dah.
Mama minta diorang ampunkan dosa2 Mama, halalkan makan minum Mama.
Kat Atok & Nenek, Mama dah sms malam sebelum tu.
Pun Mama minta ampun jugak. Mama mintak maaf kalau selama membesarkan Mama, Atok & Nenek rasa susah. Mama minta Atok & Nenek halalkan makan minum Mama. Doakan Mama...
T_T

Mama ingat lagi, Mama ditempatkan kat labor room 5.
Mama rasa baru je Mama call Papa, tak sampai 15 minit, Papa dah sampai dah.
Masa kat dalam labor room, Mama diuruskan oleh 'mak bidan' yang baik sangat.
Alhamdulillah...
'Mak bidan' tu jaga Mama, bagi Mama minum...
Papa pulak temankan Mama setiap masa.

Perut Mama sangat sakit sampai Mama rasa sekejap2 Mama akan tertidur sebab terlalu letih menahan sakit.
Mak bidan tu suruh Mama lepaskan ikatan rambut Mama.
Katanya itu nasihat orang-orang tua kalau nak senang beranak, jangan ikat rambut.

Pukul 11.30 pagi, antara sedar dan tidak, Mama rasa sakit perut yang teramat sampai rasa nak meneran.
Mama cakap kat 'mak bidan' tu Mama rasa nak meneran.
'Mak bidan' tu cek Mama, dia kata okay dah boleh teran.
Masa ni Mama tak tau kenapa Mama antara sedar dengan tidak.
Mama rasa macam Mama tengah bermimpi.
Dari pukul 9.30 sejak Mama masuk labor room sampai pukul 12 tengahari, Mama tak sedar langsung masa berlalu.
Setiap kali perut Mama sakit, Mama akan genggam tangan Papa kuat2 sampai merah lebam tangan Papa.
Tapi lepas tu Mama rasa Mama tertidur.
Bila sakit perut lagi Mama tersedar dan genggam tangan Papa lagi.
Mama tanya Papa, Mama tidur ke?
Papa cakap tak... Mama tak tidur pun..
Tapi Mama rasa Mama tertidur. Macam bermimpi.
Sebab sedar2 je Mama tengok jam dah pukul 2.30 tengahari.

Masa ni ada sorang doktor laki, sorang doktor pompuan, dan 3 orang nurse termasuk 'mak bidan' tu.
Perut Mama sangat sakit, Mama rasa Mama tak berhenti2 meneran.
Tapi masih lagi Mama rasa macam berhalusinasi.

Tiba2 sorang nurse panggil Papa, tanya Papa nak tengok kepala anak awak tak?
Papa pergi tengok.
Mama ingat lagi Papa sebut "Ya Allah..."
Terus Papa pergi kat Mama, Papa kata, Papa nampak kepala anak Mama.
Papa suruh Mama teran kuat2 lagi.

Tapi Mama rasa Mama dah takde tenaga dah.
Mama rasa macam di awang-awangan.
Mama cuba teran dengan kudrat tenaga yang tinggal tak seberapa ada pada Mama.
Tetap perut Mama sakit teramat.

Dah pukul 3.30 tengahari, doktor pompuan tu kata, tak boleh jadi.
Kena vakum macam ni.
Jantung baby dah lemah.
Masa ni doktor suruh Papa tunggu kat luar.
Papa tak boleh temankan Mama bila diorang vakum.

Mama memang takde tenaga langsung dah masa tu.
Doktor tu bagitau Mama, dia akan guna vakum.
Tapi guna vakum pun, dia nak Mama teran jugak.
Mama angguk lemah.

Masa doktor nak masukkan vakum tu, Mama nampak doktor amik gunting, dan tak lama lepas tu Mama dengar 'zap zap zap'...

Vakum dah dimasukkan, doktor suruh Mama teran.
Doktor cakap 'push! push! push!'
Dengan tak ada tenaga, Mama tarik nafas panjang2 dan teran untuk terakhir kali sekuat yang Mama boleh.
Tepat jam 3.45tengahari, anak Mama selamat dilahirkan.

Bila anak Mama ni keluar, doktor terus letak anak Mama kat atas dada Mama.
Mama nampak anak Mama ni mengiring, membelakangkan Mama.
Mama nampak belakang Aliff.
Tapi anak Mama tak menangis.
'Mak bidan' tu terus tepuk2 belakang anak Mama, dia cakap come on, come on baby... cry...
Tak lama lepas tu, terdengar suara anak Mama menangis memecah keheningan dalam labor room tu.
Mama tak sedar air mata Mama mengalir masa tu.
Masa sakit meneran, Mama tak menangis langsung.
Tapi sebaik je dengar suara anak Mama menangis, Mama rasa sebak sebab Mama tak percaya Mama berjaya lahirkan anak Mama...

Mak bidan tu tanya Mama, anak awak anak apa?
Mama cakap saya tak tau.
Huhu, ye, anak Mama ni sejak Mama mengandung sampai lah doktor scan sebelum Mama bersalin, tak boleh tau jantina dia..
saje nak buat surprise kat Mama dan Papa ye..
Bila Mama cakap Mama tak tau, mak bidan tu senyum, terus pusingkan anak Mama kat Mama..
hehe anak Mama boy rupanya...
Alhamdulillah...

Lepas tu nurse terus bawak anak Mama untuk dibersihkan.
Mama terbaring lesu kat katil tu.

Lepas doktor siap jahit Mama, nurse bawak anak Mama untuk bagi susu.
Tapi anak Mama menangis sekuatnya sebab Mama tak pandai nak bagi susu badan, dan anak Mama tak boleh nak latch on.

Lepas tu nurse bawak anak Mama keluar balik.
Bila Papa masuk, Papa terus pergi kat Mama, peluk Mama dan kiss dahi Mama.
Lepas tu Papa pergi ambil Aliff dan bawak masuk labor room tu balik untuk azankan Aliff.

Masa Papa bawak Aliff masuk ke labor room tu, Aliff masih lagi menangis sekuatnya.
Kesian anak Mama... mungkin anak Mama lapar kot.
Tapi bila Papa mulakan azan, Aliff terus senyap, pandang Papa tak berkelip.
Air mata Mama dan Papa tak berhenti mengalir.
Kami sangat bersyukur sebab Allah hadiahkan Aliff untuk kami...


Kalau Aliff nak tahu, nama Aliff ni Atok Seremban yang bagi.
Mama pulak memang nak letak nama anak Mama kena ada Uthman kalau lelaki, supaya lengkap nama 4 sahabat dalam nama Aliff, nama Papa dan nama Atok Gombak.

Aliff Uthman b. Ali Umar
Day 1
(Aliff=sahabat karib, Uthman=yang sentiasa menjaga maruah diri)

Sekarang Aliff dah 6 bulan.
Mama doakan semoga Aliff akan jadi anak yang soleh.
Mama dan Papa akan cuba bagi yang terbaik untuk Aliff.
Biarlah Mama dan Papa bersusah sikit, asalkan Aliff membesar dengan baik, dibekalkan dengan bimbingan yang berguna.


"Hi Mama!"
Day 3


Aliff 2 bulan lebih...


Aliff at 3 months...


Aliff 4 bulan...


Aliff 5 bulan lebih...


Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati anak Mama & Papa, Aliff Uthman...
sayang Aliff sehabis nyawa!













Monday, July 2, 2012

Pengalamanku. Bersalin. Part 2.

Kesinambungan dari sini...


03.01.2012 - Selasa
Aku belum bersalin lagi.. ngehhh...  XD

Masih lagi tersadai kat wad bersalin dengan ibu2 boyot yang lain.
Sakit perut?
Sakit sangat. Contraction setiap 20 minit.
Tapi masih boleh tahan lagi.
Setiap kali contraction, berkerut la jugak muka.
Tapi masih steady lagi.. chey..

Bosan giler dok kat wad.
Aku berjalan pusing-pusing kat wad tu.
En Suami datang waktu melawat.
Dudukla kat situ temankan aku, baca paper, siap dia tapau nasik makan dengan aku kat dalam wad.
Kalau tak silap aku, lauk makan tengahari hospital hari tu adalah nasi beriani.
Amek kau! Licin aku makan!
sebab kebosanan.
(lagi nak cover. cakap je la ko memang kuat makan pun)..
Hahaha ye, sakit perut pun boleh makan sampai licin.



04.01.2012 - Rabu
Belum bersalin jugak...
Huhu~

Tapi menjelang tengah malam hari Rabu malam Khamis tu, contraction makin kerap.
Dan tahap sakit dia bertambah.
Kali ni contraction setiap 15 minit.
Dan bila contraction datang, MasyaAllah, dah tak boleh steady lagi dah.
Kali ni berkerut muka tambah dengan genggam besi katil kuat2 menahan sakit.
Bayangkanlah sakitnya macam mana.
(ibu2 mengandung taulah rasa tu macam mana. yang belum mengandung tu, tunggulah ye, InsyaAllah akan berpeluang jugak merasa... hehehe)

oh selingan... sebab aku pecah darah, bukan pecah air, orang kata memang sakit.
kalau pecah air ketuban, tak sakit sangat.
tak tau ler. yang aku tau, memang sakit tahap satria baja hitam.

Masa ni memang tak boleh tidur dah.
Tengah2 malam tu jugak aku berjalan-jalan, mundar mandir dengan amat perlahan (memang gaya mak mengandung la. jalan tangan kat bawah perut) dalam wad tu.
Sampai nurse yang jaga kat kaunter tegur, "Puan Ainul... sakit sangat ke?"
Aku cakap ye.
Dia terus suruh aku masuk bilik rawatan, dia nak cek bukaan.

Oh cek bukaan memang sangat tak best ye puan-puan dan tuan-tuan.
Sebab nurse or doktor akan seluk V guna jari (bukan 1 jari. 2 atau 3 jari masuk sekali)
sangat tak suka.
Tapi dah sakit tu, dah tak ingat apa dah.
Redha je lah...


Bila nurse cek, masa tu pukul 3pagi, baru bukak 3cm...
Nurse tu kata, "esok pagi2 lepas breakfast, jalan banyak2 ye.
insyaAllah lebih cepat bukak sampai 4cm."
Kat HKL bila dah bukak 4cm barulah ko akan ditolak ke labor room.


Aku frust sikit pun ada.
sebab aku rasa alamak perut sakit teramat macam ni baru bukak 3cm???
dugaan dugaan...


Lepas cek bukaan tu, aku memang tak boleh tidur.
Tidur kejap, contraction datang.
berpeluh-peluh aku dibuatnya...

tapi tu lah kan, dugaan nak jadi ibu.
kau kena harungi semua perit sakit seksa semua, tapi sebaik saja kau bersalin Allah ampunkan dosa kau.
Subhanallah. Maha Suci Allah.

hah? nak baca lagi kisah aku bersalin.
huhu tunggu part 3 la ye.
nanti entry ni panjang sangat, korang boring pulak baca.

till then, take care all my beautiful readers!

Friday, June 29, 2012

Pengalamanku. Bersalin. Part 1.

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa, aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga...
Seperti yang pernah aku tulis, sebelum dikurniakan Aliff, aku keguguran sebanyak 2 kali.
Memang sedih. Patahnya hati aku dan En Suami hanya kami dan Allah saja yang tahu.
Tapi kami tetap redha.

Pada hari Khamis, 5 Januari 2012, tepat jam 3:45pm aku telah selamat melahirkan putera sulung kami, Aliff Uthman b. Ali Umar.
Setelah 2 tahun lebih menanti, kami dikurniakan anak yang sempurna bagiku.

Sepanjang tempoh mengandung, Alhamdulillah, aku takdelah begitu teruk dilanda mabuk sampai hilang selera makan. 
Cuma aku cepat mengah, berat badan naik melampau (hehhhhh  =D), kaki bengkak, kuat tidur, dan sakit pinggang bila tidur malam (especially masa dah 7 bulan ke atas).


melebar dan mengembang!
9 months

Sepatutnya aku due pada 10.01.2012.
Tapi pada malam 2.1.2012, jam 2 pagi, aku rasa sakit perut sangat.
Baring salah. Mengiring salah. Menonggeng salah. Sakit tu tak hilang2.
Bila rasa lega sikit, aku bangun dari katil. Cuba nak jalan2 dalam bilik tu.
Masa aku bangun tu, tiba2 aku rasa ada cecair mengalir keluar dari V.

Cepat2 pergi toilet.
Bila cek, tengok ada darah.
Cuak gak masa tu.
Then teringat pesanan nurse kat KKIA, kalau keluar air atau darah, terus pergi hospital.

Kat hospital, doktor cek, bukaan baru 2cm.
Tapi disebabkan contraction aku kuat, aku kena admitted malam tu jugak.
Aku tanya doktor, memang kena masuk wad jugak ke?
Doktor cakap boleh je kalau aku nak balik, tapi sebab contraction aku kuat, 
dia nasihatkan supaya aku stay kat wad.
Okay, dengar cakap doktor...
Jangan nak memandai-mandai ye dak...

Selesai pendaftaran, En Suami hantar sampai ke wad.
Dia simpankan pakaian aku.
Kemaskan almari kecik kat sebelah katil aku.
Toiletries kat sini. Moisturizer kat sini. Sikat kat sini...  =)

Sebab dah tengah malam, En Suami tak boleh stay kat wad tu lama2.
Tiba2 aku rasa takut.
Nanti kalau terberanak macam mana?
Kalau sakit, nak buat apa?
Terus En Suami usap kepala aku, suruh aku tenang, jangan takut.
En Suami kata, yang dalam wad semuanya sama macam aku.
Semua pun takut. Tapi kena hadapi jugak.
En Suami siap cakap ini adalah ujian pertama aku untuk jadi seorang ibu.
T_T

En Suami tinggalkan aku dengan kata-kata ampun dari dia...
"Mama, Papa ampunkan segala dosa Mama.
Papa halalkan semua makan minum Mama...
Papa doakan Mama selamat melahirkan anak kita ye..."

Patutnya aku yang minta ampun.
Ini En Suami yang bagi tanpa aku minta.
T__T

Malam tu, aku tak berapa lena tidur.
Contraction datang setiap 30 minit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
to be continued...
























Friday, May 18, 2012

Bersalin di Hospital Bersalin HKL

Dulu masa aku pregnant, seawal 3 bulan, ramai yang dah tanya, "nanti bersalin kat mana?"
Aku pun jawablah,"HKL..."
Respon yang aku dapat rata-ratanya, "oh.." 
(dan reaksi wajah seolah-olah berkata-kata dalam hati eiii nak bersalin kt HKL???)

Pelik.
Salah ke aku nak bersalin kat HKL?

Dan ramai jugak yang lebih berani, terus cakap,"eh kenapa nak bersalin kat HKL? Pergilah private. Selesa.."
Aku senyum je. Dalam hati aku, sape yang nak beranak sekarang ni?
Duit kau ke yang nak kuar?

Hehehe takdelah.
Biarlah orang nak cakap apa.
Biasalah mulut orang, nak tutup macam mana. Kalau mulut tempayan, boleh gak tutup dengan kain ke, penutup periuk ke.

Okay melalut.
U-turn balik.

Di HKL ni, wad bersalin dia ada bangunan sendiri yang dinamakan Hospital Bersalin HKL.
Seperti biasalah, ada wad kelas 1, 2 & 3.
Masa aku bersalin hari tu, aku dok kelas 3.
En. Suami tanya nak 1st atau 2nd class tak?
Aku kata tak mau. Kalau 1st class, takut nanti bilik tu dok sorang2.
Takpe, biar dok 3rd class je, ramai sikit orang. Takdelah seram bila malam kan..

Sebenarnya, masuk bersalin, dah 3 kali aku bermalam di Hospital Bersalin HKL ni.
Kali pertama, Mac 2010. Buat D&C sebab keguguran.
(D&C tu orang kita kata 'cuci')
Kali kedua, Disember 2010. Buat D&C jugak sebab keguguran.
Siap masa discharged kali kedua tu, En. Suami cakap kat nurse2 tu, nanti kali ketiga kami datang sebab dia nak bersalin.
Dan Alhamdulillah, kali ketiga aku dok sini sebab nak bersalin.

So, kenapa aku pilih HKL?
1) Sebab aku dah ada 2 kes keguguran sebelum ni. Dan kedua-dua D&C buat kat sini. So, kalau ada apa-apa complication masa bersalin, senang pihak hospital nak refer kes aku dulu.

2) Bagi aku, staff nurse & doktor dia baik. Sepanjang 3 kali aku kat situ, tak pernah pulak aku jumpa nurse yang kasar, sombong. Doktor pun baik. Mungkin yang attend aku semua doktor muda2 lagi kot. Tapi dari segi pemerhatian aku, yang doktor senior kat situ, muka memang nampak sombong n macam nak makan orang, tapi bila cakap dgn patient, okay je. 

3) Sebab aku cakap dengan En. Suami, tak payah lah nak bazir duit pergi hospital swasta. Kami kan baru nak dapat anak, perlu pakai duit banyak untuk benda2 lain. Lagipun, memang tak mampu nak pergi hospital swasta sebenarnya... 

Wad kelas ketiga, bagi aku sebenarnya okay je (maybe aku ni tak memilih sangat kot), ada katil, ada kipas, ada bilik air, ada toilet. Cuma wad kelas 3 ni nampak crowded sikit. Tapi hey, namapun hospital gomen kan. Takkan la ko nak duduk bilik yang ada paling ramai pun 8 orang je satu wad tu. Berapa sangatlah pun bayar kat hospital gomen ni... Jadi, janganlah meletak expectation yang terlalu tinggi bila dok kat hospital ni. 

Dari segi makanan pulak, huhu aku pun rasa okay jugak. Cuma aku tak suka breakfast dia bila dia bagi roti sapu jem dan air milo. Roti tu sebab dah lama sangat terdedah, dia keras. Huhu~ Yang lain2, makan tengahari, dan makan malam, aku suka. eh, suka? hehehehe suka la kot, sebab boleh makan habis. Sedap la tu. Ye, siap ada satu hari tu masa aku menunggu hari untuk bersalin, makan nasi briyani lagi. Ha kau...

Dalam banyak2 benda kat hospital ni, aku sebenarnya paling sukakan labour room dia. Yes. Dulu aku dok bayangkan labor room dibahagi2 dengan kain langsir sahaja! Tapi sangkaanku salah sama sekali sebaik sahaja aku disorong ke dalam labor room. Rupa2nya labor room dia, bilik yang sorang satu bilik. Dan yang paling best, ada AIR-COND! hahahahaha kesian sebab dok dalam wad, panas je rasa... Bagi aku, labor room HKL ni setanding dengan labor room di private hospital. eh ye ke? Tapi tak pernah masuk mana2 labor room kat private hospital pun.

I wish I had pictures to show you. But I just don't. Masa dok kat wad hari tu, tak bawak camera. Ada camera phone pun tak amik gambar langsung. 

Bagi aku, tak kisah nak bersalin gomen or private, yang penting selamat bersalin. Dan kalau nak bersalin kat private, biarlah betul2 ada budget. Jangan lah sebab orang lain beranak kat private, kita pun nak beranak kat private jugak walaupun dalam savings cuma ada berapa sen je... 

Cuma nak pesan, kalau pilih nak bersalin kat hospital gomen, terimalah keadaannya seadanya. Berapa sen sangatlah kita bayar untuk perkhidmatan di hospital gomen, so tak perlulah untuk demand itu demand ini, complain itu, complain ini. Kalau nak complain pun, maybe boleh tulis komen untuk mereka supaya pihak Kerajaan boleh mengambil langkah2 yang perlu untuk menaiktaraf hospital2 gomen. But trust me, sekarang ni pun pihak Kerajaan sedang berusaha untuk memajukan sistem perubatan di negara kita. So, bagi peluang kepada mereka k.

So, nak tahu berapa En. Suami bayar untuk aku bersalin di hospital bersalin HKL ni? Okay, aku dok wad 4 hari 3 malam, makan 4 kali sehari, aku bersalin vacum, dan termasuk caj rawatan ibu n anak, semua sekali...


RM64.00 sahaja!

=)