CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label hati perempuan. Show all posts
Showing posts with label hati perempuan. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Bila komunikasi mati.

Dia marahkan temannya.
Merajuk dengan temannya.

Tapi temannya tak rasa bersalah.
Sebab semua yang temannya buat dan tak nak buat semuanya bersebab.

Tapi dia masih lagi tunjuk protes pada temannya.
Menunggu temannya minta maaf mungkin.

Tapi temannya tetap rasa tak bersalah.
Mana mungkin temannya memohon maaf.
Tambahan pula temannya itu memang dikenali dengan keegoannya.

Bila dia tak nak bercakap dengan temannya, temannya pulak berkecil hati.
Tapi temannya tetap rasa tak bersalah.

Macam mana nak berbaik kalau tak bercakap?
Macam mana temannya nak faham akan kesalahannya kalau tak dibagitahu?

Kesudahannya nanti, perasaan yang terluka tu dipendamkan saja.
sampai satu hari luka tu bernanah, mungkinkah dah terlambat untuk bagitahu temannya akan kesalahan temannya?

Tapi kalau benarpun temannya bersalah, apakah begitu besar kesalahannya hingga tidak dapat dimaafkan.
Kalau sayang, pasti boleh memaafkan bukan?

Atau mungkin dia tak sayangkan temannya?

T_T


Wednesday, May 30, 2012

Bad dress day, bad tudung day, it's just a bad day...

Pernah tak jadi kat korang?
Esoknya ada big event yang korang kena attend.
Malam sebelum tu dah set dalam kepala otak nak pakai baju apa, dengan seluar apa, tudung apa..
Nak make up macam mana. Match dengan kasut apa. Handbag apa.
Tapi disebabkan malam tu ko dok settle kan kerja2 rumah, bila dah letih, tak larat dah nak siapkan baju untuk event tu.

Bangun pagi, semuanya berjalan lancar.
Dah siapkan anak, tiba masa untuk ko bersiap pulak.
Baju dah keluarkan dari almari.
Tiba2 masa nak keluarkan seluar, ko dok carik2, selongkar almari, tak jumpa jugak.
Mula panik.
Peluh dah mencurah-curah.
Carik punya carik tak jumpa jugak.
Peluh bertambah2.
Habis moisturizer yang ko tempek kat muka tadi.
Hati mula sakit.
Masa makin laju.
Ko dah makin lambat.

Bila dah berpeluh2 macam tu, nak pakai baju apa pun tak selesa.
Nak kena tunggu badan sejuk dulu.
Dah tu bila dah cool, ko tengok jam dah 8.30am.
Sah memang dah lambat giler.
Make up pun belum.
Nak pilih baju lain, nak kena gosok lagi..
Dah lambat, mood pun dah tak best, last resort,
capai je baju kurung yang tak perlu bergosok.
Tudung pun pakai tudung semalam.
Dah tak sempat make up.
Muka pucat macam mayat.
Mata pulak ada eye-bag, gelap pulak tu, dah rupa panda dah.

Bila pergi kat rak kasut pulak, tak jumpa pulak kasut yang ko plan nak pakai tu.
Sarung je lah apa yang ada.

MEMANG MOOD DAH KE LAUT NAK KE EVENT TU!

Bila dah keluar rumah, naik train, sampai ofis, naik lif,
tengok diri kat cermin lif,
"eh, elok je rupa aku... tak de lah teruk benar.."

Hehehe cuma rasa tak best sebab plan nak pakai baju lain, in the end pakai baju lain pulak...
Orang pompuan, benda tu pun boleh buat dia tak de mood tau.
So jangan heran lah kalau ada yang dah janji dengan awek nak tengok wayang hari tu,
tiba2 awek last minit cancel. Hanya kerana baju tak kena pun dia boleh hilang mood tau.

Cuma sekarang ni aku masih lagi berkira-kira nak pergi event tu atau tak.
Haih orang pompuan, baju, tudung, kasut tak kena pun bad mood...

Sunday, May 27, 2012

Obviously the more, the merrier!

Aku: Papa call?
Dia: Yes..
Aku: Sorry, tadi dalam train tak dengar bunyi phone... Kenapa Pa?
Dia: Because I miss u...
Aku: auwwww... Mama pun...

okay aku tau korang nak muntah dah. Tapi dia laki aku, biarlah kami nak lovey dovey kat dlm phone pun...
takkan la org bercinta je boleh jiwang karat..
hehehe

sambungan dari perbualan telefon...

Dia: <cerita pasal preparation catering dia>
Aku: <mendengar dengan penuh khusyuk>

then suddenly...

Dia: Mama, kalau kita ada anak perempuan nanti Papa nak nama dia ada Umaira..
Aku: Boleh.. Cantik.. Mama suka..
Dia: <gelak> macam tak sabar je nak ada anak lagi ni...
Aku: <gelak lagi besar> Mama pun sebenarnya.. Tapi sabar dulu Pa.. Aliff baru nak masuk 5 bulan..

I can't stop smiling after the phone call.
Tapi memang, sebenarnya aku sendiri tak sabar rasa nak mengandung lagi.
Memang mengandung buat kita gemuk, stretch mark yang takkan boleh hilang, sakit pinggang, kaki bengkak, belum kira dengan jalan sikit dah penat, mengah, mual, mabuk, tak selera makan, atau terlalu berselera makan, tapi semua tu sangat worth it to go thru, sebaik saja nampak muka anak yang baru dilahirkan.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, aku memang nak anak lagi.

Kan omputeh dah kata, the more the merrier...

=)

Selamat berhari minggu..
Okay nak spend masa puas2 dengan Aliff budak busux yang bau sangat sedap nih!


Sunday, May 20, 2012

Cik ke Puan?

Korang biasa tak jawab call kat office, orang tu tanya
"errr... Cik ke Puan ye?"

Aku selalu sangat.
Lebih2 lagi sejak kahwin.
Tak tahu kenapa, aku sakit hati bila orang tanya macam tu.
Kenapa kena tahu?
Bagi aku, ko panggil CIK je, confirm yang PUAN pun akan senyum gembira...
Kalau dia tak gembira, dia mesti akan bagitahu, oh saya Puan dot dot dot...

Aku sebenarnya tak kisah kalau orang panggil aku Puan..
Dah memang hakikatnya aku ni isteri orang kan.
Dah jadi mak orang dah pun.

But still...
Tak perlu tanya macam tu.
Lagi sakit hati nak jawab.
Aku rasa pasti ada antara korang yang rasa macam aku ni kan.

So, ini tips ye, kalau buat formal call to a lady,
JANGAN TANYA DIA CIK ATAU PUAN.
Sebab kalau dia tak kahwin lagi dia mesti akan sakit hati sebab bila tanya macam tu dia ingat orang ingat dia dah tua.

So please, STOP asking that question.
I know u're trying to be polite, but just stop it already okay.

ok dah.
lega.

selamat berhari minggu.
hari bermalasan.
heh heh..

Thursday, May 17, 2012

Perempuan & Marah

Assalamualaikum.

Perempuan pemarah...
<mengeluh>

Itulah aku.
Huhu~
Aku tak taulah kenapa aku ni cepat sangat naik darah.
Kadang-kadang perkara kecik pun boleh buat aku naik darah.
Tapi takdelah setiap kali tersinggung, tersalah langkah, aku terus nak mengamuk...
Ikut hari dan ikut mood jugak.

Tapi sebenarnya, buruk kan perempuan yang pemarah ni.
Nak nak pulak yang bila marah, mulut tak berbunyi, tapi muka masam mencuka muncung mengalahkan Donald Duck, tangan hempas2 barang (tunjuk perasaan la tu).
aiiii...
<mengeluh lagi>
Itulah aku.

Eiii buruk perangailah.
Aku sendiri tak suka diri aku yang ini.
Aku marah. Pastu aku akan rasa bersalah sendiri bila marah kat orang tu.
Bongok je aku rasa.
Tapi nak marah jugak.
Ish burok lah!

Tarik nafas panjang2...
Jangan layan sangat marah tu...
ish ko ni, sikit2 nak marah...
Sabar...


haa itulah perkara biasa yang orang cakap bila kita sedang marah, betul tak?
Tapi kalau dah nak marah tu, tetap akan marah jugak..
hahahaha

Bila tengok perempuan lain yang marah2, aku nampak diri aku kat perempuan itu.
Dan aku nampak betapa buroknya seorang perempuan yang suka marah2.
Walaupun dia cantik, tapi bila marah2, ish memang terus tak cantik.
Siapa tahan dengan perangai burok macam tu. Kan?

Memang tak dinafikan, marah itu adalah sebahagian dalam hidup kita.
Siapa yang tak pernah marah? Memang tak normal lah orang tu kalau dia tak pernah marah.
Tambahan pulak kalau memang salah orang yang kita marah tu.

Janganlah suka marah2 ye..
Memang tak molek rupenye..
(pesanan lebih kepada aku sebenarnya)

Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi) 
Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka. 
Okay, harap kita sama2 dapat pengajaran & iktibar k.
Senyum selalu.
=)




Monday, May 14, 2012

Spreading love to all MOTHERS...

Masuk ofis pagi tadi, officemate tanya, "semalam g mana beb?"
Aku jawab,"tak ke mana, dok umah je.."
Officemate sambung,"eh, semalam kan Mother's Day... tak gi mana2 ke?"
Aku jawab lagi,"oh.. tak.. mak ayah aku p kenduri banyak semalam..."

Bagi aku, setiap hari adalah Hari Ibu...
Cuma masa Mother's Day ni lah kita nak raikan kaum ibu.. Betul tak?

Walaupun tanpa hidangan yang mewah dan besar, ibu tetap di hati kita.
Dari kecik hingga ke besar, tak henti2 berkorban untuk kita.
Siang malam sentiasa memikirkan pasal kita.
Untuk semua ibu2, aku ucapkan Selamat Hari Ibu.
Tak kiralah harta setinggi langit atau cuma sekangkang kera, memang tak boleh lawan kayanya kasih sayang seorang ibu...

On the other happy note, Aliff officially dah dapat fully meniarap semalam (13.05.2012)...
Sebelum ni dia hanya memusingkan badan dia (dari berbaring ke separa meniarap), tangan kiri masih lagi kat bawah badan.
Semalam, dia akhirnya berjaya melepaskan tangan kirinya dari bawah badan bila dia meniarap. Fully meniarap, dan boleh mengangkat kepala.. Yay!!

Disebabkan bulan ni En. Suami sibuk dengan urusan catering majlis perkahwinan, aku dan Aliff terpaksa dok Seremban sebab siangnya masa aku kerja tak ada orang nak jaga Aliff. So, dok Seremban supaya mak ayah aku boleh tolong jaga Aliff. Dan aku berulang-alik naik komuter setiap hari pergi kerja.

Pagi tadi, En. Suami call.
En. Suami: Mama, happy belated mother's day...
Aku: <gelak tak berhenti>
En. Suami: Sorry ma.. Papa semalam memang tak ingat langsung..
Aku: Tak ada apa lah..
En. Suami: Ye lah, mama kan dah jadi mak orang sekarang.. Selamat hari ibu ye...

Huhu~ comel!

Memandangkan tahun ni adalah tahun pertama aku sebagai seorang ibu (oh, masih lagi tak percaya sebenarnya) jadi aku tak terasa pun bila En. Suami tak wish semalam.
Sebab bagi aku, asalkan anak aku membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, tahu menjaga maruah diri keluarga dan agama, itu adalah hadiah paling bermakna untuk aku nanti.

Jadi, jangan pernah berhenti berdoa untuk kedua orang tua kamu. Sebab mereka juga sebenarnya tidak pernah berhenti mendoakan segala yang baik untuk kamu.

Percayalah.
Aku kan dah jadi ibu... Jadi aku tau lah apa yang aku rasa terhadap anak aku...
=)

Wednesday, May 2, 2012

Tersepit

Aku nak cakap, tapi takut nanti mengaibkan pulak.

Aku nak cakap, tapi tak dapat.
Sebab tu hati sakit sangat.

Tapi apa yang aku alami ni, seolah-olah macam aku tak bersyukur pulak.
Dan aku lagi takut untuk jadi kufur.

Susah.

Semuanya aku terpaksa pendam.
Dengan siapa aku nak luahkan?
Tak ada siapa.

Aku tahu ini ujian aku.
Dan aku seharusnya menerima segalanya dengan redha.

Aku tak benci, cuma aku tak suka.

Aku harap, Allah berikan aku kesabaran yang tinggi.
Ini ujian aku.
Ya, aku tahu itu.

Bersabarlah wahai hati.