CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Pentingnya buat laporan kat KKIA lepas bersalin

Ramai yang cakap leceh. Menyusahkan.
Tapi semua tu untuk kebaikan diri kau n baby.

Apa dia?
Setiap kali lepas kau lahirkan anak, suami atau siapa saja wakil mesti laporkan kelahiran ke klinik kesihatan yang berhampiran.
MESTI.

Tau kenapa?
Supaya nanti nurse2 KKIA tu boleh datang ke rumah, tengok keadaan baby dan ibu sekali.
Kenapa kena tengok? Sebab takut ada masalah pada baby atau ibu, dan paling ditakuti adalah JAUNDICE.
Atau orang kita sebut kuning.

Aku lahirkan Aliff kat HKL hari Khamis.
Hari Jumaat petang dekat pukul 5 baru discharged.
Obviously KKIA dah tutup masa tu.
The next day Saturday, aku terus balik Seremban untuk berpantang di rumah mak.
Dan Sabtu n Ahad, KKIA tak bukak.
So En Suami hanya boleh melapor tentang kelahiran anak aku pada hari Isnin.
Dia lapor kat dua2 KKIA iaitu KKIA Gombak (tempat aku check up setiap bulan masa pregnant) dan KKIA Senawang (tempat aku berpantang).

Esoknya, Selasa pagi2 dah ada nurse dua orang datang naik motor terpacak kat depan rumah.
Nasib baiklah masa tu dah siap mandi n wangi.. hehehe

Bila nurse tengok anak aku, dia terus bawak Aliff ke luar rumah.
Dia panggil aku dan mak aku.
Dia kata, "lepas saya balik je nanti, bawak terus budak ni ke KKIA untuk cek kuning dia. Sebab dia ada kuning ni.."
Dia tekan pipi Aliff, tak nampak merah. Nampak kuning dulu then baru merah.
<oh selingan, kalau nak cek anak ada kuning ke tak, boleh tekan kat pipi dia, tengok kalau terus merah maksudnya takde kuning. Tapi kalau tekan, nampak kuning pastu baru merah, maksudnya ada kuning>

Mak aku terus naik atas kejutkan En Suami.
Masa tu aku baru 5 hari berpantang.
Dan Aliff baru berusia 5 hari.

Terus bawak Aliff ke KKIA Senawang.
Luckily bila cakap kami nak cek kuning anak, kami tak perlu amik nombor.
Terus je diarahkan ke bilik no berapa tah, aku tak ingat.
Amik darah anak. Dan hantar ke lab.
Nurse tu siap suruh aku balik rumah dulu sebab keputusan darah tu lambat. Dalam satu jam.
Ye lah, aku dalam 5 hari berpantang.
Badan masih lagi lemah.
Jalan pun masih terasa ngilu kat tempat jahit tu.

Bila result keluar, sah Aliff kena masuk wad.
Terus hantar Aliff ke HTJ Seremban.

Sampai je kat HTJ, hanya ibu dan ayah je yang boleh masuk.
Masa tengah tunggu diorang untuk cek Aliff, Aliff menangis sekuatnya nak susu.
Aku sumbat botol susu (kan aku tak dapat direct BF anak aku).
Datang sorang nurse, "Puan, kat sini tak boleh pakai botol susu.."

Tensionnya masa tu. Aku terus selak baju, cuba untuk BF kan Aliff yang tengah meraung tu.
Tapi tak dapat. Makin kuat Aliff mengamuk.
Dengan aku2 sekali menangis kat situ.
Aku kesiankan dia yang lapar...

Cut the story short, Aliff kena tahan wad 3 hari 2 malam.
Bila tengok dia ditutup mata dengan kapas, hanya pakai pampers je, letak kat bawah blue light tu, Ya Allah, Tuhan je tahu perasaan seorang ibu masa tu.
Paling menyeksa jiwa aku, wad sangat penuh masa tu. Aku tak dibenarkan untuk temankan dia kat wad.
Dengan berat hati yang teramat sangat, aku dan En Suami tinggalkan Aliff dengan baby2 yang kena jaundice yang lain.
Air mata memang dah tak boleh tahan. Ye lah, gila kau.. Nak kena tinggalkan anak yang baru lahir 5 hari kat hospital. Tak tau nanti dia diberi susu tak. Kalau dia menangis, sapa nak pujuk dia. Sapa nak dukung dia?
Ish aku tak boleh kenang saat tu. Mau menangis lagi dibuatnya.
Siap masa nak balik tu, nurse tu nampak aku menangis, dia terus pegang bahu aku,"laaa.. jangan la nangis.. ini untuk kebaikan dia jugak..."

Masa tu lah baru terfikir untuk pam susu aku.
(ye, aku sangat bodoh aku ingatkan pam tu tak perlu. sebab tu aku tak beli)
Dengan hujan lagi, hari pulak dah malam, tak tau mana nak carik pam susu.
Nampak satu farmasi, redah jugak hujan, masuk farmasi tanya ada pam susu tak?
Jumpalah satu Pureen manual pump.
Dan sebab terdesak aku suruh je En Suami beli pam tu.

Balik tu 1st time pam, dapat terus 3oz.
Aku simpan dalam freezer esoknya bawak p hospital.
The next day pam lagi, dapat la 1oz lebih.
Pun hantar p hospital jugak.

Kenapa? Sebab kalau nak jaundice cepat turun, hanya dengan susu badan.
Provided ko tak makan halia, kunyit or benda2 yang kuning.
Sebab semua tu boleh buat kuning budak makin bertambah.
Jangan sesekali bagi anak kau minum susu kambing, sensei ke apa ke.. Sebab doktor kat HTJ bagitau, semua tu boleh buat jaundice makin tinggi.

Masa aku dok bertangga kat hospital tengok Aliff yang dok dalam incubator tu, bila Aliff menangis, nurse tu terus suruh aku amik dia untuk BF dia.
Aku cakap aku tak dapat BF dia.
Dia kata, cuba buat saya tengok.
Aku pun buatlah.
Dan agaknya dia ingat aku saja2 tak nak BF anak aku, Aliff mengamuk sekuat hati bila dia tak dapat latch on. Dia siap ajar aku macam mana nak pegang, macam mana nak masukkan. but still to no avail.
Sampai in the end, dia kata takpe lah, pam je lah bagi dia minum.. Agaknya dia dah tak tahan tengok Aliff meraung mulut terketar-ketar.
I told you aku tak dapat BF. Ingat aku saja2 ke tak mau bagi anak menyusu badan?

Alhamdulillah, pada hari ketiga Aliff kat wad, jaundice dia turun.
Dua kali cucuk tangan dia untuk amik darah.
Sedangkan kita pun terasa sakit bila kena cucuk amik darah, apatah lagi budak kecik yang baru lahir 5, 6 hari...
Aku pegang tangan Aliff yang bertampal plaster kesan kena cucuk tu, aku usap2 tangan dia, menitis air mata aku sebab aku rasa salah aku Aliff jadi macam tu...

Sebab tu, penting sangat untuk kita laporkan kat KKIA berdekatan bila kita dah beranak.
Walaupun kau buat check up kat private klinik sekalipun, sebaik saja baby lahir, MESTI MESTI MESTI buat laporan kelahiran bayi kat KKIA berdekatan dengan rumah.
Itu sangat penting tau.
Jangan amik mudah benda tu.
Nak tau apa komplikasi kalau jaundice budak makin tinggi?
Dia boleh kena penyakit hati.
Worst, dia kena tukar darah.
Ingat tukar darah tu senang?
Cucuk wayar sana, cucuk wayar sini. Kat budak kecil yang baru lahir okay.
Pastu blue light tu, atas bawah, kiri kanan. Ko ingat tak panas ke dok bawah lampu tu?
Kesian kat budak... Dah tu kalau tukar darah, kena tengok darah tu serasi dengan organ budak ke tak..
Kalau darah tu tak serasi? Dia kena ulang balik semua proses cucuk sana cucuk sini, keluarkan darah lama, masukkan darah baru tengok serasi ke tak..

So please, jangan amik mudah k.
Buat laporan kelahiran kat KKIA.
Nurse tu bukan je cek baby bila dia datang rumah, dia akan cek ibu jugak.
Sampai jahitan kat V pun dia cek jugak takut tak elok ke, kena jangkitan kuman ke...
Semua tu untuk kebaikan kita jugak. Paling lama pun nurse akan datang sampai umur anak masuk hari ke10. Pastu hari ke20. Bila semua okay, dia tak datang dah.
Sekejap je pun sekali datang. Dalam 15 minit je paling lama.

Oh dan lagi satu, beli pam susu!
Itu pun sangat penting jugak.
Jangan jadi bodoh macam aku yang rasa benda tu tak penting.
sekali amek, aku tak dapat BF.

Panjang lebar pulak entry hari ni...


Wednesday, April 25, 2012

Suka suki buat eksperimen!

Testing 123...

kesian anak aku, jadi bahan eksperimen susu formula pulak..
bukan aku sengaja tak nak BF anak aku, in fact aku sgt menyokong BF.
cuma aku gagal utk BF anak aku secara eksklusif.

emm tiba2 hilang mood pulak.

sambung lain kali lah..
<hilang mood sbb tiba2 rasa rendah diri sbb xdpt BF anak sendiri>

Friday, March 9, 2012

Breastfeeding... =(

Kalau bercerita mengenai breastfeeding, akulah orang yang paling gagal. Dan itulah yang buat aku kecewa teramat sangat.

Di negara kita, especially hospital kerajaan (oh ya, aku bersalin di HKL), selesai je bersalin, bayi akan terus diberikan kepada ibunya untuk dijaga. Tak ada nurse yang akan tolong jaga anak kita. Dalam keadaan yang masih lemah, masih lagi berhalusinasi (itu yg terjadi pada aku), bayi adalah di bawah pengawasan ibunya 24 jam. Even hospitals in UK pun mengamalkan benda yang sama.

Aliff diserahkan kepada aku semasa aku dalam labor room lagi. Aku baru saja selesai dijahit, tak sempat nak lelap, nurse terus bagi anak aku untuk disusukan. Dan di situlah bermulanya kegagalan aku.

Bila nurse serahkan Aliff, aku masih lagi lemah, kehabisan tenaga, dan terbaring. Aku tak dapat nak tegakkan badan untuk duduk sekalipun. Dalam keadaan terbaring dan mengiring, aku cuba menyusukan Aliff. First time, aku rasa susah gila. Dengan keadaan fizikal payudara yang menambahkan lagi kesulitan untuk menyusukan anak, dan suara raungan tangisan anak aku, pengalamanku untuk menyusukan anakku buat pertama kali dalam usia seawal beberapa jam selepas dia dilahirkan, GAGAL. Aliff menangis, no, meraung to be exact. Kesian anak aku, lapar. Dengan aku sekali menangis bila dia menangis sebegitu sekali.

So, cubaan pertama menyusukan anak - GAGAL.

Bila dihantar balik ke wad, Aliff tidur. Sempat lagi aku gunakan masa itu untuk makan sup ayam yang mak aku bawak. Few hours lepas tu, baru je aku nak lelapkan mata, Aliff dah menangis nak menyusu. Okay, masa ni memang rasa kekok sebab kita tak pernah nak bukak baju di khalayak ramai, apatah lagi nak tayang payudara kat orang. Dengan tak ada tunjuk ajar dari nurse, aku cuba lagi. Dengan Aliff yang kelaparan menangis sekuat hati, aku cuba jugak susukan dia. Tapi Aliff tak dapat latch on. Aku cuba lagi, makin kuat dia meraung. Sampai keluar air mata. Akhirnya, aku cuba tenangkan dia dengan berzikir. Dan Aliff tertidur dengan perut kosong.

Cubaan kedua - GAGAL.

Bila nurse datang, aku bagitau yang aku tak dapat nak menyusukan anak aku. Dia kata kena jugak susukan walau macam mana sekalipun. Dan setiap kali Aliff menangis, setiap kali itulah aku cuba. dan setiap kali itulah Aliff akan tertidur sebab penat menangis dan kelaparan. Aku pandang ibu-ibu lain, senang je nak susukan anak mereka. Ada yang bagi susu badan sambil mengiring lagi. Aku jealous gila!

Cubaan-cubaan yang lain di hospital - GAGAL.

Aku bernasib baik sebab aku dan anak dibenarkan balik pada keesokan harinya. Bayangkan aku bersalin jam 3.45pm hari Khamis, pulang pada jam 3pm hari Jumaat, Aliff hanya dapat menyusu beberapa titik susu badan je. Itupun aku picit, masukkan dalam mulut dia ketika dia tidur.

Sampai je di rumah, aku bagitau kakak-kakak iparku yang aku tak dapat nak bagi susu kat anak aku. Dalam bilik, kakak-kakak iparku bagi tunjuk ajar. Macam mana pegang Aliff, macam mana nak masukkan puting dalam mulut Aliff. Dan Aliff yang kelaparan setelah 24 jam tak menyusu, meraung sekuat hati. Tak sabar nak menyusu, tapi upset sebab dia tak dapat susu. Dan untuk kesekian kalinya, aku GAGAL lagi.

Kasihan melihat anak aku yang kelaparan, aku cakap kat Suami, tak boleh tangguh ni. Kesian anak menangis sampai tak keluar suara, mulut terketar2. Aku suruh Suami keluar pergi beli susu formula. Last resort.

Hingga ke hari ini, aku masih lagi berusaha untuk breastfeed anak aku. Dan aku masih lagi belum berjaya. Aku rasa kegagalan aku ni berpunca daripada keadaan fizikal payudara aku. Tapi payudara memang Allah ciptakan untuk menyusukan anak, jadi walau bagaimana sekalipun, sepatutnya perkara itu tidak mendatangkan masalah kan. InsyaAllah, aku tidak akan give up. Aku akan beri walaupun Aliff hanya dapat sedikit sahaja daripada susu badan aku.

Few tips sebagai persediaan breastfeeding:-
- masa pregnant, kena rajin tarik puting supaya senang anak nak latch on nanti.
- masa lepas bersalin, ada sesetengah orang yang mengurut, mereka pandai urut untuk banyakkan susu.
- masa berpantang, banyakkan makan lobak putih, bawang putih, sawi. Ini yang nurse kat klinik kesihatan bagitau aku. Aku makan, memang susu banyak, tapi Aliff tak dapat nak hisap. So aku pump. Bila pump, dapat few ounce je dan semakin sikit semakin sikit.
- tapi apapun, jangan putus asa. Dan jangan rasa breasfeeding tu menyusahkan. Kalau diberi dan dilakukan dengan kasih sayang, bonding yang terbina antara ibu dan anak tu sangat indah. Sebab bila dah tak dapat nak menyusukan anak seperti aku, kamu akan rasa terlalu banyak kekurangan dalam membesarkan anak kamu.

Jadi, sama-samalah kita mencuba k. Majulah breasfeed untuk bangsa dan negara!

=)