CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label susu formula. Show all posts
Showing posts with label susu formula. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Susu Formula terbaik?

Personally, aku rasa tak ada susu formula yang terbaik.
Sebab susu yang paling baik untuk anak2 kita adalah SUSU IBU.
Tapi dengan penuh rasa terkilan, aku nyatakan, ye, anak aku minum susu formula sejak umur dia 2 hari.
Aku gagal dalam BF.
ok dah noktah. tak payah cerita banyak2 pasal BF.
AKU SEDIH!




Anyhoo...
Masa awal2, Aliff minum Anmum Rumusan Bayi.
Sebenarnya memang tak ada beli apa2 susu formula pun sebagai persediaan sebab aku expect susu formula adalah tidak diperlukan. 
Sebab aku fikir anak aku akan menyusu badan sepenuhnya.
Sekali bila dah discharged dari hospital dan Aliff masih lagi belum dapat menyusu pada hari kedua, bila sampai rumah petang tu dia meraung kelaparan.
Aku cuba BF kan dia lagi. Kakak2 ipar aku pun tunjukkan macam mana.
Tapi gagal. 
Terus cakap kat En Suami, tolong la beli susu formula.
Kesian anak dari lahir tak minum susu langsung.
Masa tu bibir dia dah kering merekah pecah2...

En Suami lagi lah... Tak tahu susu apa yang nak dibeli.
Dia masuk je kedai baby, tanya kat pekerja kedai susu apa yang sesuai untuk baby baru lahir.
Pekerja tu terus suruh dia beli Anmum Rumusan Bayi.
En Suami pulang dengan satu kotak kecik, yang harganya RM15 tak silap aku...




Bila balik Seremban untuk berpantang, mak aku suggestkan untuk bagi Aliff minum S26.
Elok katanya... Okaylah aku pun try lah jugak.
Sebab aku fikir dah lah anak aku tak dapat direct BF, biarlah dapatkan susu formula yang terbaik untuk dia.
Mak aku pergi Giant, aku pesan soh belikan S26.
Satu kotak RM39. eh ke RM40++...
Bila Aliff minum S26 ni, aku tengok ok je. 
Tapi entah kenapa aku pulak macam tak puas hati.

Kakak ipar aku datang melawat, aku tanya kat dia kat hospital biasanya bagi susu apa kat baby? 
(kakak ipar aku tu kerja KPJ Kuching)
Dia soh aku try Enfalac A+.
Dia kata memang bagus. Sebab KPJ Kuching guna susu tu.
Okay, pantang dengar word bagus, aku pesan kat mak aku bila dia keluar.
Yang ni lagi mahal. Tin kecik tu RM42!!!
Bagi je Aliff minum susu ni, tak habis satu botol lagi dia terus muntah.
Siap keluar ikut hidung lagi.
Oh Tuhan! masa tu memang rasa benci sangat kat diri sendiri sebab tak dapat bagi Aliff BM.
benci benci benci!!!

Terus suruh adik aku keluar pergi beli Anmum Rumusan Bayi kotak besar terus.
Dan nekad lepas ni tak nak tukar dah.

Aliff minum susu Anmum Rumusan bayi ni sampai umur dia 3 bulan.
Itupun sebab boss aku bermurah hati sponsor 7 kotak susu Anmum 650g.
Bila stok yang boss aku sponsor tu dah habis, bermulalah detik untuk aku beli sendiri stok susu Aliff.
Aliff sangat kuat menyusu. satu kotak 650g ni harga dia RM49. (round up to RM50 lah ye)
Dalam seminggu, Aliff minum satu kotak.
Sebulan, aku dan En Suami spend RM200 hanya untuk susu dia sahaja!
Hish gila mahal susu budak.

Bila Aliff dah lebih 4 bulan, aku gatai pi beli Dumex Dulac untuk dia.
Sebab susu tu murah. Dan kami dulu membesar dengan Dumex.




Tak ingat pulak berapa harga susu Dumex ni.
Sebab beli sekali je hari tu.
Hari pertama Aliff minum susu ni, nampak ok je.
Hari kedua, aku tengok warna berak Aliff dah kekuningan.
Hari ketiga, Aliff cirit birit, demam, and muka dia naik merah2.

Petang tu jugak terus bawak En Suami ke kedai baby untuk beli susu.
En Suami suruh beli Anmum je.
Tapi aku berkeras tak nak.
Aku cakap mahal... 
Tengah berkira-kira sama ada nak beli Anmum lagi atau tak, aku terpandang susu Dutch Lady.
Terus pop dalam kepala otak, Dutch Lady memang nama yang popular dalam industri susu.
Carik punya carik kat kaunter susu tu, jumpa jugak susu Dutch Lady untuk bayi bawah 6 bulan.



Dutch Lady Langkah 1 (0-12bulan).
Aku terus amik yang 300g, harganya RM10.90 sahaja.
Malam tu bermula lah Aliff minum susu Dutch Lady Langkah 1.
Muka dan badan dia masih lagi merah2 malam tu. Aku rasa susu Dumex Dulac tu panas kot.
Tak serasi dengan Aliff. 
Esoknya, bila kau balik kerja, muka dan badan Aliff dah takde merah2 dah.
Memang totally hilang.
Aku tarik nafas lega.
Alhamdulillah.

Sejak tu, Aliff stick dengan Dutch Lady Langkah 1.
Harga untuk 650g RM16.50.
Harga untuk 1kg RM23.90.
Biasanya yang pek 1kg boleh bertahan sampai 10 hari.
Jauhnya beza perbelanjaan sebulan untuk susu Anmum dan Dutch Lady.
Kalau dulu Anmum, RM200 sebulan. 
Sekarang Dutch Lady, Alhamdulillah hanya lebih kurang RM70++ sebulan.

Pendapat aku dalam memilih susu formula untuk anak, tak kira lah susu mahal atau murah, yang penting halal dan anak membesar dengan sihat.
Lagi satu kena tengok pada financial kita jugak.
Susu murah tak semestinya tak bagus.
Dan susu mahal tak semestinya serasi dengan anak kita.

Apapun, susu ibu tetap yang terbaik.
InsyaAllah, ada rezeki anak lagi, aku akan cuba sedaya upaya untuk BF anak aku.
Gambateh!




Wednesday, April 25, 2012

Suka suki buat eksperimen!

Testing 123...

kesian anak aku, jadi bahan eksperimen susu formula pulak..
bukan aku sengaja tak nak BF anak aku, in fact aku sgt menyokong BF.
cuma aku gagal utk BF anak aku secara eksklusif.

emm tiba2 hilang mood pulak.

sambung lain kali lah..
<hilang mood sbb tiba2 rasa rendah diri sbb xdpt BF anak sendiri>