CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label nothing much. Show all posts
Showing posts with label nothing much. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Mundane.

Have you ever felt like;
when you've been doing some thing for too long,
and you've become too good in doing that some thing,
and you no longer find the challenges or adventures in doing that some thing,
and you feel like your life is beginning to be too static,
too rigid,
and you have no more motivation to do the thing that you've been doing,
and you feel like you really need to break out of that mundane life.

Have you?
Feel that way?

I have.
In fact I'm feeling it now.
I'm bored--
with my job.
It really bores me down.

I think the time has come--
for a new environment,
for a new challenge.

It's time for a new--
ME!

Thursday, July 26, 2012

Bila dia jauh.

Pelik kan... bila dok dekat, rasa nak gaduh je...
Bila dok jauh, huhu rindu pulak~~
Sampai meleleh air mata bila bye bye dia...

Bila dok jauh, baru tersedar sebenarnya yang kita dok sakit hati tengok tu, yang tu lah yang kita sayang sangat...
Bila dok jauh, barulah rasa memang nak yang tu je.
Tak nak yang lain.

Huhu.
:']
Aku ego sangat kot.
Lindungi dia sentiasa Ya Allah...

Tuesday, July 10, 2012

Kau boleh, orang tak boleh?

what would we feel when we got to know that somebody hates us?

sedih tak?

jadi adil tak kalau kita tak suka orang tanpa rasa bersalah?

bila orang benci kita, tau pun rasa sedih?

habis tu bila kita benci orang, orang tu tak sedih kalau dapat tau kita benci dia?

sebolehnya, don't be too judgemental.

kita tak boleh buat semua orang suka kita bila kita pun tak suka semua orang.


Wednesday, July 4, 2012

Rabu tanpa kata.


Alhamdulillah.

Thank you boss!

=)

Now, what shall we buy with those?

Hmmm a new watch would be nice.

KLCC's Parkson is having sale right now.

Let's go!





(eh, kata Rabu tanpa kata. banyak pulak kata-kata..)

Saturday, June 30, 2012

Siaran tergendala...

Siaran tergendala...

Maaf. 

Off to Cameron Highlands.

=)

shall be continued.


Sunday, June 24, 2012

Lesson learned!

Sebelum ni ada lanyard Roxy.
Gantung pas office, kad LRT and kunci laci and kunci petty cash.
Masa cuti bersalin, petty cash hand over temporarily kat sorang colleague.
So kunci laci & kunci petty cash box pada dia.
Ntah maca mana, satu hari masa masuk office lepas cuti bersalin, tiba2 tak jumpa lanyard Roxy yang ada pas office & kad LRT.
Nasib baik kunci laci & kunci petty cash box masih lagi pada colleague yang aku hand over untuk pegang petty cash masa aku cuti bersalin tu.
Dan nasib baik jugak dia belum lagi hand over balik kat aku.

Dah ganti pas office baru.
Kad LRT pun dah beli yang baru.
Lanyard tak beli baru, amik En Suami punya.
Tapi lanyard tu besar dan warna merah terang.
Walaupun aku suka merah, tapi aku segan nak gantung lanyard tu kat leher sebab dari jauh dah boleh nampak keterangan warna merah itu.
So aku suka pegang and hayun lanyard bila berjalan pegi makan or pegi ke department lain.
Kalau naik LRT hanya keluarkan dari beg masa nak masuk kaunter tu.
Dalam LRT masuk beg balik.
Keluar LRT, keluarkan lanyard, touch kat kaunter pas tu, then masuk balik lanyard dalam beg.
Bila pegi toilet, aku akan sangkut kat hook yang selalu ada kat pintu toilet tu.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku pergi toilet.
Gantung lanyard yang ada pas office, kad LRT, kunci laci & kunci petty cash box (masa ni tugas memegang petty cash office sudahpun di hand over kembali pada aku) kat hook pintu toilet tu.
Oh lupa nak inform, ini adalah tandas cangkung.
Selesai urusan, aku pun seperti biasa tarik flush dan ambik lanyard yang tersangkut kat hook pintu toilet tu.
Ntah macam mana hari tu tiba2 lak lanyard tu boleh terlepas dari tangan aku dan cantik je jatuh ke dalam mangkuk tandas cangkung.
Dah la masa tu air flush tu tengah mencurah dengan laju nye, lanyard tu pun sekali hanyut dibawa arus flush tu.
Hamek kau! Pas office & kad LRT yang aku baru top up pulak tu hanyut sekali dengan lanyard tu.
Yang tu aku okay lagi.
Kunci laci & kunci petty cash box tu pun dibawa arus jugak!
Dan terus masuk dalam lubang, lenyap ditelan air.
aku terkaku. terbeliak bijik mata.
terkejut!
Macam mana boleh jatuh pulak?!?!

Hmmmm tu lah kan... lanyard tu dibuat untuk digantung kat leher.
bukannya untuk dihayun kat tangan!
Aku insaf wei!
Sekarang dah beli lanyard baru.
Dan dengan setianya tersangkut kat leher.
Tak mau dah hayun2 kat tangan.
Tak mau dah sangkut kat hook pintu toilet.
Huhuhu mak insaf dek ooii~~

Friday, June 22, 2012

Pardon me.

Reached office 18 minutes late.
Energy level - 64%.

No, I am not complaining.
I love my beautiful life.
And I am so much loved.

It's just that, at this age, I'm still searching for a job that would delight me.
Hahaha a job that would delight me?
XD
What am I thinking?!?!

...................................................................................................


It took me a while to end this post.
Which in the first place I just didn't know what exactly this entry would be about.
And at last, this entry is nothing.

I'm worn out.
Tired maybe.
Again, I am not complaining.
I just need a good rest.
Just wanna lie down and relax.

Dah lah.
Ntah apa aku merepek ni pun aku tak tau.
Aku perlu amik cuti kot.
Fikiran dah tak organized.



Wednesday, May 30, 2012

Bad dress day, bad tudung day, it's just a bad day...

Pernah tak jadi kat korang?
Esoknya ada big event yang korang kena attend.
Malam sebelum tu dah set dalam kepala otak nak pakai baju apa, dengan seluar apa, tudung apa..
Nak make up macam mana. Match dengan kasut apa. Handbag apa.
Tapi disebabkan malam tu ko dok settle kan kerja2 rumah, bila dah letih, tak larat dah nak siapkan baju untuk event tu.

Bangun pagi, semuanya berjalan lancar.
Dah siapkan anak, tiba masa untuk ko bersiap pulak.
Baju dah keluarkan dari almari.
Tiba2 masa nak keluarkan seluar, ko dok carik2, selongkar almari, tak jumpa jugak.
Mula panik.
Peluh dah mencurah-curah.
Carik punya carik tak jumpa jugak.
Peluh bertambah2.
Habis moisturizer yang ko tempek kat muka tadi.
Hati mula sakit.
Masa makin laju.
Ko dah makin lambat.

Bila dah berpeluh2 macam tu, nak pakai baju apa pun tak selesa.
Nak kena tunggu badan sejuk dulu.
Dah tu bila dah cool, ko tengok jam dah 8.30am.
Sah memang dah lambat giler.
Make up pun belum.
Nak pilih baju lain, nak kena gosok lagi..
Dah lambat, mood pun dah tak best, last resort,
capai je baju kurung yang tak perlu bergosok.
Tudung pun pakai tudung semalam.
Dah tak sempat make up.
Muka pucat macam mayat.
Mata pulak ada eye-bag, gelap pulak tu, dah rupa panda dah.

Bila pergi kat rak kasut pulak, tak jumpa pulak kasut yang ko plan nak pakai tu.
Sarung je lah apa yang ada.

MEMANG MOOD DAH KE LAUT NAK KE EVENT TU!

Bila dah keluar rumah, naik train, sampai ofis, naik lif,
tengok diri kat cermin lif,
"eh, elok je rupa aku... tak de lah teruk benar.."

Hehehe cuma rasa tak best sebab plan nak pakai baju lain, in the end pakai baju lain pulak...
Orang pompuan, benda tu pun boleh buat dia tak de mood tau.
So jangan heran lah kalau ada yang dah janji dengan awek nak tengok wayang hari tu,
tiba2 awek last minit cancel. Hanya kerana baju tak kena pun dia boleh hilang mood tau.

Cuma sekarang ni aku masih lagi berkira-kira nak pergi event tu atau tak.
Haih orang pompuan, baju, tudung, kasut tak kena pun bad mood...

Sunday, May 27, 2012

Obviously the more, the merrier!

Aku: Papa call?
Dia: Yes..
Aku: Sorry, tadi dalam train tak dengar bunyi phone... Kenapa Pa?
Dia: Because I miss u...
Aku: auwwww... Mama pun...

okay aku tau korang nak muntah dah. Tapi dia laki aku, biarlah kami nak lovey dovey kat dlm phone pun...
takkan la org bercinta je boleh jiwang karat..
hehehe

sambungan dari perbualan telefon...

Dia: <cerita pasal preparation catering dia>
Aku: <mendengar dengan penuh khusyuk>

then suddenly...

Dia: Mama, kalau kita ada anak perempuan nanti Papa nak nama dia ada Umaira..
Aku: Boleh.. Cantik.. Mama suka..
Dia: <gelak> macam tak sabar je nak ada anak lagi ni...
Aku: <gelak lagi besar> Mama pun sebenarnya.. Tapi sabar dulu Pa.. Aliff baru nak masuk 5 bulan..

I can't stop smiling after the phone call.
Tapi memang, sebenarnya aku sendiri tak sabar rasa nak mengandung lagi.
Memang mengandung buat kita gemuk, stretch mark yang takkan boleh hilang, sakit pinggang, kaki bengkak, belum kira dengan jalan sikit dah penat, mengah, mual, mabuk, tak selera makan, atau terlalu berselera makan, tapi semua tu sangat worth it to go thru, sebaik saja nampak muka anak yang baru dilahirkan.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, aku memang nak anak lagi.

Kan omputeh dah kata, the more the merrier...

=)

Selamat berhari minggu..
Okay nak spend masa puas2 dengan Aliff budak busux yang bau sangat sedap nih!


Friday, May 25, 2012

Negatif.

Semalam rasa tak best.
Sebab kerja banyak.
Dan bila banyak kerja, mulalah hilang fokus.
Mula buat silap.

Aku bukanlah perfectionist.
Tapi aku mahukan kerja yang terbaik.
I really hate it when I made silly mistakes in doing my job.

Focus. Focus. Focus.
Check thoroughly.
Stop making simple mistakes.

Hari ni hopefully lebih bertenaga.
Lebih bermotivasi.
Lebih bersemangat waja.

Bak kata bekas officmate aku,
"BERTEKAD CEMERLANG!"

Fuuuuh!!!
Pergi jauh2 aura negatif!


Wednesday, May 23, 2012

Tak malu, segan je...

Pagi ni, dalam keheningan dan ketenangan pagi, aku duduk dalam komuter dari Seremban ke KL untuk ke tempat kerja. 

Walaupun dah 3 kali tengok movie dia, aku tetap nak baca buku dia.


Perlu diingatkan, aku ni cengeng sikit bila tengok movie yang menyentuh perasaan macamni.
Tapi masa tengok movie ni aku bukannya menangis masa dia berpisah dengan GF dia.
Aku menangis masa ayah dia meninggal.

Padahal dah tengok movie, dah tau jalan cerita kan...
Tapi tetap gak nak baca buku dia. 
Dan pagi ni aku khusyuk betul membaca hingga sampai ke part ayah dia meninggal tu.
Ingatkan kat tempat public, aku boleh ego, kawal perasaan kan...
Hmmm tak.
Air mata berjuraian jugak.
Tapi senyap2 lah.
Sebab orang depan dah pandang2 aku dok lap air mata.
BONGOK! 
Takdelah malu kan, cuma segan lah menangis kat tempat awam macam tu.
Mesti orang ingat aku ni lari dari rumah ke apa.
Hahahahaha...

Penutup, tak ada kena mengena pun dengan tajuk.
Aku dulu tak minat langsung membaca.
Bukan takat novel, suratkhabar pun aku tak baca.
Nak tahu apa yang buat aku berubah?
Bila aku dipanggil untuk temuduga satu jawatan yang agak besar dalam perkhidmatan awam.
Aku speechless.
Dah lah tak baca suratkhabar, buku2 motivasi pun langsung haram tak tau.
Masa interview tu memang malu giler sebab rasa macam aku ni sangat ketinggalan zaman.

Since that, aku sentiasa pastikan aku ada masa untuk membaca.
Dan masa yang paling sesuai ialah dalam train, otw ke office.

Pesanan khidmat masyarakat, membacalah!



Wednesday, May 2, 2012

Tersepit

Aku nak cakap, tapi takut nanti mengaibkan pulak.

Aku nak cakap, tapi tak dapat.
Sebab tu hati sakit sangat.

Tapi apa yang aku alami ni, seolah-olah macam aku tak bersyukur pulak.
Dan aku lagi takut untuk jadi kufur.

Susah.

Semuanya aku terpaksa pendam.
Dengan siapa aku nak luahkan?
Tak ada siapa.

Aku tahu ini ujian aku.
Dan aku seharusnya menerima segalanya dengan redha.

Aku tak benci, cuma aku tak suka.

Aku harap, Allah berikan aku kesabaran yang tinggi.
Ini ujian aku.
Ya, aku tahu itu.

Bersabarlah wahai hati.

Wednesday, April 18, 2012

Kisah eksperimen puting botol susu

Assalamualaikum...

AMARAN: INI BUKAN ENTRY MEMPROMOSI PUTING BOTOL.
SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK UNTUK ANAK ANDA.

Aku kena cakap macamtu nanti orang ingat aku tak support BF pulak.
Aku support cuma aku tidak begitu bernasib baik bila masuk bab BF. Kan sudah ku bilang pada entry yang lepas, aku tak berjaya BF anak aku. (ok don't want to ponder too much on my BF experience).

Pada awal2 Aliff mula menggunakan botol susu, dia ok je.
Sampailah satu hari tu, setiap kali dia hisap botol, dia mesti meraung sekuat hati.
Ingatkan susu terlalu panas. Or dia sakit perut. Or dia tak suka susu tu.
Dua hari gak dia begitu.
Hinggalah satu hari En. Suami ternampak sesuatu kat lelangit dia masa Aliff menjerit waktu menyusu tu.
Rupanya ada ulcer besar kat lelangit dia berhampiran dengan tekak dia.
Kesian anak Mama... Patutlah dia meraung kesakitan.

Terus cepat2 bawak dia jumpa Doktor.
Lepas doc tengok, doc advise guna puting botol yang lebih lembut.
Dia siap recommend "Doctor Baby".
Keluar je dari klinik, lepas hantar aku pulang (sebab aku masih lagi berpantang masa tu), En. Suami terus keluar carik puting Doctor Baby.
Dan pulang dengan tangan yang tidak kosong...    =)


Bila Aliff guna puting DB ni, takde lagi dia meraung masa hisap botol susu. 
Ulcer dia pun dah sembuh, doc bagi ubat sapu untuk buat dia rasa kebas.
Tapi yang aku perasan, setiap kali Aliff menyusu, dia mesti terbatuk-batuk.
Macam tersedak.
Pernah sekali dia terbatuk-batuk sampai termuntah.
So aku sangat fobia bila dia batuk masa tengah menyusu.

Hinggalah satu hari, ada kawan En. Suami datang ke rumah bersama dengan isteri dan anak dia yang baru berumur 1 tahun lebih.
Aku ternampak isteri dia bancuh susu untuk anak dia dan terus sibuk bertanya anak dia pakai botol susu apa?
Dia kata NUK. Yang ni bagus katanya, budak tak tersedak.
Oh aku sangat suka statement itu.

Maka bermulalah pencarianku untuk mendapatkan botol susu NUK.
Survey punya survey aku jumpa ada jual puting botol NUK sahaja. Aku fikir baik beli puting dia je sebab botol susu dah ada.
Dan semalam Aliff mula menyusu menggunakan NUK latex teats size 1 (slow flow).



Mula-mula kesian jugak tengok Aliff berusaha bersungguh-sungguh nak hisap sebab sebelum ni dia dah biasa dengan puting DB yang lubang dia agak besar dan flow pun laju.
Bila guna NUK ni, flow dia slow sikit. (yelah nama pun guna size 1 untuk slow flow).
Tapi dari pemerhatian aku, bila guna NUK ni Aliff takde terbatuk-batuk waktu menyusu walau sekali pun.
Sebab lubang puting ni dikawal oleh lidah baby tu. Kalau baby tu tak hisap, air susu takkan keluar.
Harap-harap Aliff okay guna puting NUK ni.
Aku risau kalau dia selalu sangat tersedak, takut air susu termasuk dlm paru2 ke or anything.
So far, Alhamdulillah, bila guna NUK ni, aku tengok Aliff takde tersedak.

Hahaha puting botol susu pun boleh jadi cerita kan.
Tapi tapi tapi, ingat tau, breastfeeding jugak adalah yang TERBAIK untuk anda dan anak anda.
Keep it up okay!

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum...

Hari ni kesihatan tidak begitu baik. Batuk + selsema. Pakej.
Oh nak cerita kisah semalam masa pergi birthday party anak jiran.
Jiran ni baru je melahirkan seorang baby girl (masih lagi dalam pantang), dan birthday party semalam tu untuk anak sulung dia yang umur 2 tahun.

Jiran: Eh, dia tak botak lagi ke? (sambil tunjuk kat Aliff)
Aku: Tak... nanti kat Seremban Atuk dia nak buat cukur jambul lagi masa Aqiqah dia...
Jiran: Aku dulu cukur sendiri aja. Dalam bilik air. Buat sorang-sorang..
Aku: Oh ye ke... saya tak berani nak cukur kepala dia..
Jiran: Pakei baby oil.. licin.. (oh lupa nak cakap, jiran kami ni Indonesian)
Aku: Anak tidur malam tak? (sambil tunjuk kat baby girl yang baru lahir tu)
Jiran: Tidur... tapi tidur-tidur gitu aja. Sejam dua bangun lagi..
Aku: Biasalah tu.. dulu Aliff ni langsung tak tidur malam waktu dalam pantang. Tapi bila siang, tidur memang hanyut..
Jiran: Oh ini sama kayak si Fahri. Dulu pun nggak tidur malam jugak. Bagi susu badan?
Aku: Masa pantang je dapat bagi. Itupun pam, bagi pakai botol. Sekarang dah tak ada..
Jiran: Oh ya ka? Tapi badannya buruk ya...
Aku: <tertawa kecil>

Jangan salah sangka...
Dulu masa aku kat Sarawak, bila makcik-makcik aku lahirkan anak, dan aku sebagai sepupu anak-anak mereka yang dah besar sikit akan tolong menjaga mereka masa cuti sekolah.
Masa tu nenek selalu pesan, kalau nampak baby sihat tembam berisi, jangan tegur direct..
Maksudnya jangan cakap "eeeiiii berisinya.. tembamnya.. sihatnya..."
Tak boleh.
Nenek kata mesti cakap yang sebaliknya, "eeiii jaik badan.." (jaik dalam bahasa Sarawak adalah buruk dalam konteks ayat ini).
Sebab nenek kata kalau cakap yang betul macam "eeeiiii berisinya.. tembamnya.. sihatnya..." takut nanti badan budak tu merajuk, tak nak membesar lagi. Daripada tembam comey berisi terus jadi kurus kering..
Macam tu lah lebih kurangnya pemahaman aku..

So, bila jiran aku cakap badan Aliff buruk, aku tak ambil hati. Sebab ni first time aku dengar orang cakap macam tu selama aku dok kt KL ni.
Kalau dulu, hanya orang Sarawak je yang akan cakap macam tu.
Aku tak ambil hati sebab aku tau maksud dia bukanlah badan Aliff tu buruk. Maksudnya badan Aliff nampak berisi. (Oh anak aku tak tembam, cuma dia nampak tegap dan tinggi).
Jadi, kalau ada yang kata anak kamu badan buruk, jangan ambil hati ye.. Sebab maksudnya adalah sebaliknya...

Happy MONDAY everybody!
Dah, jangan malas buat kerja. Nanti syaitan berjoget-joget kegembiraan.

Friday, April 13, 2012

Nothing much...

Malas betul nak kerja hari ni..
Semalam cuti, itulah yang buat malas sangat nak kerja.
Hish tak baik malas2, nanti syaitan berjoget kegembiraan...

Nothing much to write.
Cuma nak bagitau InsyaAllah, Sabtu ni 14/4 kami akan buat majlis cukur jambul Aliff.
Huhu 1st time nak buat kenduri utk anak ni. Aku tak prepare apapun lagi.
Yelah sbb En. Suami yang sibuk prepare.
Semalam cuti habiskan masa 1 hari menjemput orang untuk kenduri cukur jambul Aliff.
Macam menjemput untuk kenduri kahwin pulak aku rasa.

Okalah, InsyaAllah nanti update majlis dia.
Till then, happy working everybody!