CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Kota Bharu, kota yang permai

Sebelum ni bila diajak jom ke Kota Bharu, aku akan fikir 3 4 5 6 kali...
hmmm nak buat apa gi Kota Bharu?
bukan ada pun...
bosan je...

itu dulu.

Minggu lepas, aku sekali lagi berpeluang ke Kota Bharu.
Sebab nak menjemput si adik bongsu yang dah tamat pengajian di USM Kubang Kerian.

Tak expect apa pun.
Sebab rasa tak de nak beli apa pon kat Kota Bharu tu.
Pergi satu malam je pon.
So, aku pun berlagaklah cakap kat En Suami, takyah la bagi duit..
Bukan nak gi shopping pon..
<eksyen kemain!>

Sampai Kota Bharu dalam waktu Maghrib.
Si Aliff anak bujangku yang-aku-suka-sangat-nak-gomol-gomol sedap je mentido dalam keta.
Tapi bila tiba time dia lapaq tu, wah... memang tak boleh tunggu nak benti..
Sampai ayahku soh abang aku stop keta kat tepi jalan supaya aku boleh suapkan si Aliff budak-kecik-yang-sangat-manja-kesayangan-atoknya tu makan.
ish ish ish anak aku.
memang kau hero lah!

Ok sambung citer. Kami dok Homestay (alamak aku betul2 lupa nama homestay tu) tak jauh dari Kubang Kerian.
Hanya RM80 sahaja okeh! Untuk family room.
Bilik sangat besar, ada 2 queen bed, attached bathroom, air-cond, siap ada kerusi dan meja yang boleh buat untuk makan breakfast, & TV.
Memang puas hati giler!
Sebenarnya owner homestay tu renovate rumah banglo dia buat bilik2 lagi kat belakang rumah dia.
Cantik, selesa & murah!
Siap dia jemput kami makan kenduri cukur jambul cucu dia lagi.
Baik sangat owner dia. Family dia pun semua ramah.
Alamak aku betul2 lupa lah nama homestay n owner dia...

The next day lepas check out, terus p ronda Kota Bharu.
Oh sekarang banyak naiktaraf yang sedang dijalankan, antara yang obvious aku nampak ialah, pembesaran jalan dan pembinaan fly-over!
Sempat la singgah Pasar Siti Khadijah sebelum balik tu sebab nak beli oleh-oleh untuk keluarga mertuaku.
okay aku memang ketinggalan sebab selama ni aku ingat Pasar Siti Khadijah jual makanan2 serunding keropok n makanan tempatan Kelantan je.
Aku tak tau kat level atas ada jual tudung dan kain dan telekung dan kain pelekat dan baju dan kerongsang  yang cantek2 dan semestinya MURAH!!!
OH TIDAK!!!
dah lah mak berlagak dengan En Suami tak nak duit, sekali mak jumpa pulak barang2 yang mak nak sangat2  dan rasa nak shopping itu membuak-buak.
apakan daya, bajet ciput je.
so ciput je lah barang2 yang dibeli.
yang paling aku tak percaya ialah aku boleh cakap kat mak aku, kita kena datang lagi.
(oh, aku pun tak percaya aku keluarkan statement itu. haaa tu lah, konon ingat Kota Bharu tu bosan...)

Satu yang paling aku suka pasal Kota Bharu, masa sembahyang Jumaat, Giant, Parkson tutup sementara bagi menghormati waktu sembahyang dan memberi peluang para pekerja lelaki beribadah.
yang itu aku memang salute giler!
si adik bongsu kata kadang2 ada beberapa orang lelaki akan buat rondaan sebelum waktu sembahyang jumaat tu untuk pastikan tak ada orang lelaki yang ponteng pergi ke masjid.
kat KL ada?
takde kan...

Apapun, walaupun pergi sekejap je ke Kota Bharu, aku rasa seronok dan bersyukur dapat menjejakkan kaki lagi ke sana.
Ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati sebenarnya tapi kami tak berkesempatan sebab rushing nak balik Seremban.
InsyaAllah, jika diizinkan lagi kita berjumpa lagi ye Kota Bharu...

Last but not least...


budak kecik yang travel jauh...
kesian dia, terus flu sebab sekejap sejuk sekejap panas...
pastu tidur dalam air-cond berjam-jam...


Ada kesempatan, pergilah ke Kota Bharu.
Alami adat dan budaya yang lain dari yang lain...

Tuesday, July 3, 2012

Cuti-cuti Malaysia. Cameron Highlands.

Seumur hidup aku, 30.06.2012 adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.
Haha pathetic tak...

My first impression?
Cameron Highlands adalah sangat membosankan.
dahlah first time pergi, dah tu impression tak best pulak...

The only thing that makes me happy is the fact that I went there with my family and beloved Aliff...
Huhu budak baru bangun tidur dapat topi baru dari Atok nya!


Mungkin aku letak high expectation sebelum pergi Cameron kot.
But end up, semuanya tak seperti yang aku bayangkan.
Frust sikit.

Makan, memang fail.
Malam tu nak makan, pergi kedai tomyam, orang kedai tu kata nasik dah habis.
Kedai lain banyak dah tutup.
At last, menapak ke kedai mamak 24 jam.
The only kedai mamak yang bukak 24 jam kat Brinchang.
Tapi... haish... inilah pertama kali aku makan kat kedai mamak yang sistem dia ke laut.
Tak pernah aku makan kat kedai mamak, order lambat sampai.
Kedai mamak yang ni, tunggu 40 minit, jangan kata makanan, air pun tak sampai lagi!
Dah tu, bila tanya mana air, dia boleh tanya kita balik, tadi order apa ye???
aduh. sakit kepalo den!
Dan inilah kedai mamak yang pertama buat teh tarik tak sedao langsung!
Dah tau weekend, orang sangat ramai, patut kena prepare lah ye dak.
Ini kedai tomyam pun nasik habis?!?!
Apa kes?!

Tapi aku sempat la merasa jagung bakar (sangat manis dan sedap!!!), ubi madu rebus (pun sangat manis dan sedap!!!) dan apa lagi ye?
Hmmm strawberry la..
Memang kat situ penuh dengan strawberry.
Cuma aku tak merasa strawberry coklat je.. 
alah strawberry dip dengan coklat tu.
Padahal banyak je orang jual kat pasar malam tu.
Aku boleh tak beli.
Padahal teringin.
kononnya esok lah nak beli.
Sekali balik, amek! Tak jumpa langsung orang jual strawberry dip coklat tu.
T__T

Kami balik ikut Tapah.
Tak sanggup nak ikut Simpang Pulai sebab jam teramat teruk dari Brinchang tu.
Masa datang kami ikut Simpang Pulai, jarak 45km, 3 jam pun tak sampai2 Brinchang.
Mamang sangat banyak kereta dan penuh dengan manusia.
CROWDED!

Balik ikut Tapah, walaupun jalan macam ular kena pukul, serius berselekoh sampai aku dok menahan diri dari muntah, kami singgah ke Bharat Tea Plantation.
Beli teh sebagai oleh-oleh.
Dan apalagi, pekena teh tarik la!


Ini adalah perkara kedua yang buat aku happy masa kat Cameron Highlands!
(padahal aku tak minat teh tarik pun)


Dengan udara yang dingin dan sejuk, pemandangan ladang teh yang menghijau nan damai, sambil menghirup teh tarik panas...
Fuhhh. Memang layan!


Bharat Tea Plantation

Sebenarnya, Cameron Highlands okay je..
Kalau nak pergi tenangkan fikiran, boleh pergi sini.
Cuma bagi aku, Cameron Highlands ni bukan termasuk dalam destinasi percutian pilihan aku.
Kalau nak relax je, tak nak buat apa, boleh kot kalau nak datang lagi.
Tapi aku akan pilih untuk stay kat Tanah Rata.
Bagi aku Tanah Rata tu cantik. Dan tenang.
Tak crowded macam Brinchang.
Cuma yang peliknya kan, walaupun aku rasa Cameron Highlands tu membosankan, pagi ni tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kedinginan dia, ketenangan pemandangan gunung-ganang dia...
Mungkin bila dah balik KL serabut tengok sesak sana sini kot... 
Tu yang rindu tiba2 kat Cameron Highlands.

Kalau diajak nak pergi lagi tak?
Emmm, boleh dipertimbangkan.
Tapi tak nak stay kat Brinchang.
Nak stay kat Tanah Rata. 
Pastu nak stay kat hotel 5 star supaya aku tak payah kuar bilik.
Duduk je berhibernasi kat dalam bilik hotel yang sangat cosy.
Bha ha ha!

Ini budak sangat suka jalan2.
Tapi dengan syarat, bila dia dah mengantuk, janganlah nak berhenti ke, duduk ke, memang dia akan melentik2 badan nak soh kita bangun.

Itu lah saja cerita kami ke Cameron Highlands.
Tak ada apa sangat yang menarik.
Cuma cuaca yang sejuk (hotel pun tak ada aircond & kipas), pemandangan yang tenang dan indah, dan teh tarik!
=)

Tapi jangan order teh tarik kat kedai mamak 24 jam kat Brinchang tu.
Tak sedap langsung!