CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Helah si Syaitan...


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat Subuh di masjid. 
Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. 
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. 
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. 
Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! 
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. 
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. 
Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu"
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat Subuh bersamanya. 
Lelaki tadi menolak. 
Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. 
Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. 
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. 
Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yang kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut
 

Wednesday, August 1, 2012

Hadapi segala kesukaran dengan cekal hati!

8:46



Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (surah Al-Anfal:46)


Sabarlah menghadapi segala ujian dalam kehidupan.
Walau miskin tak berharta, 
walau hidup tak ternama,
biarlah,
selagi agama berada dalam cengkaman hati,
In syaa Allah, kau tidak akan dipersiakan.

Sabar. 
Cekal.
Tabah.




Thursday, July 19, 2012

Doa untuk teman.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Yang Mentadbir sekalian alam.
Aku hambamu yang miskin.
Yang lemah.
Tiada apa yang dapat aku berikan untuknya melainkan doa tulus yang kupohonkan padaMu.

Kau berikanlah dia kekuatan.
Berikan dia ketabahan dan kesabaran.

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Engakau yang menentukan segalanya.
Ku pohon padamu Ya Allah, semoga anaknya sembuh, diberi peluang untuk membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
Amin Ya Rab bil 'Alamin...







Monday, July 9, 2012

Dugaan. Sabarlah.

Patutlah hati tak tenang masa nak ke office.
Ada sesuatu yang berlaku rupanya.
Ini ujian untuk aku.
Sabarlah wahai hati.

Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).(Surah Asy-Syuura:30)

Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun. (Surah Al-Baqarah:155-156)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon perlindungan.
Demi Engkau Yang Maha Agung, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Mengetahui, tunjukkanlah aku jalan keluarnya Ya Allah...