CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 10, 2012

Kes Penderaan Bayi

Semalam, aku sempat online Facebook kat office.
Dan apa yang menggegarkan Facebook semalam adalah sebuah video yang dishare oleh ramai Facebookers tentang seorang perempuan yang memukul bayi yang tidak terdaya berbuat apa-apa.

Aku nampak video itu. Tapi hatiku tak sampai hati untuk melihatnya.
Jadi aku tak tahu the details of the video.
Tapi yang aku tahu, bayi itu dipukul, disepak, ditampar, ditonyoh kepala oleh perempuan itu. (berdasarkan tulisan dan komen2 yang menonton video itu)

Pertama aku nak bilang sama perempuan itu, "KAU BINATANG!!!"

Aku takkan tulis entry ni untuk menghamburkan segala rasa marah, geram dan memaki hamun perempuan tak berotak tu.

Cuma aku nak cakap, ye, memang bukan senang nak menjaga anak kecil, tak kisahlah anak sendiri atau anak orang.
Kenapa aku bilang begitu? Sebab aku sendiri merasakannya.

Dalam pantang, dengan keadaan kita yang masih belum sihat dan kuat sepenuhnya, anak pulak tak berhenti-henti menangis dan meraung. Dah lah kita penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat, pening pulak dengan kerenah anak.
Waktu tu memang tension. Memang rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. Rasa nak lari.
Dan waktu tu lah jugak, hasutan syaitan membara-bara dalam jiwa.
"Pukul je budak tu!"
"Baling je kat dinding biar dia senyap!"

ASTAGHFIRULLAHALAZIM.

Walau apapun yang kau rasa, tolonglah jangan lepaskan kat anak kecil tu.
Budak memang tak tahu apa. Dia tahu menangis je.

Untuk bakal ibu, bersedialah dari segi mental dan fizikal.
Membesarkan anak memang perlukan kesabaran yang jitu.
Memang penat. Memang memeningkan.
Tapi itulah ujian kita sebagai ibu.
Dengan siapa lagi anak kita nak harapkan kalau bukan kita.

Dan kepada penjaga-penjaga anak-anak orang, tolonglah jaga anak tu sebaiknya.
Kalau setakat menjaga sebab nakkan duit, jangan jaga anak orang.
Pergi carik kerja lain.
Kesian anak-anak kecil yang tak berdosa tu.

Aku tak boleh nak sambung lagi sebab aku emosi.
Anak itu amanah Allah.
Tak kiralah anak siapa pun, kita tak ada hak untuk mendera anak kecil.

Kawal emosi. Kawal fikiran.
Kalau rasa tak boleh handle budak kecik, jangan beranak OR jangan pandai2 offer diri nak jaga anak orang.

Please, stop abusing!

Wednesday, May 2, 2012

Tersepit

Aku nak cakap, tapi takut nanti mengaibkan pulak.

Aku nak cakap, tapi tak dapat.
Sebab tu hati sakit sangat.

Tapi apa yang aku alami ni, seolah-olah macam aku tak bersyukur pulak.
Dan aku lagi takut untuk jadi kufur.

Susah.

Semuanya aku terpaksa pendam.
Dengan siapa aku nak luahkan?
Tak ada siapa.

Aku tahu ini ujian aku.
Dan aku seharusnya menerima segalanya dengan redha.

Aku tak benci, cuma aku tak suka.

Aku harap, Allah berikan aku kesabaran yang tinggi.
Ini ujian aku.
Ya, aku tahu itu.

Bersabarlah wahai hati.