Al Mustadh'afu merupakan istilah yang diberikan kepada pengikut Rasulullah s.a.w di Mekah. Mereka orang-orang yang lemah tetapi kesetiaan yang diberikan kepada Allah dan RasulNya tidak berbelah bagi biarpun mereka diseksa dan diancam dengan begitu teruk sekali. Penyeksaan yang dihadapi sangat azab tanpa perikemanusiaan namun tidak sedikit pun keimanan mereka luntur. Masyarakat Quraisy menganggap golongan ini sebagai hamba-hamba yang hina dan tidak mempunyai keluarga terhormat. Namun sebenarnya di sisi Islam mereka adalah orang yang dan kaya dengan iman.
Pada suatu ketika sedang Rasulullah s.a.w berada di lingkungan Ka'bah, baginda didatangi oleh Khabab bin Arranti yang dalam keadaan kepedihan kerana diseksa oleh tuannya. Khabab menanyakan Rasulullah s.a.w,
"Adakah engkau tidak akan berdoa kepada Allah?"
Pertanyaan itu jelas menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dialami oleh Khabab kerana memeluk Islam dan beliau merasakan apakah belum waktunya mengharapkan bantuan dari Allah. Inilah yang terlintas di hati Khabab, apatah lagi beliau pernah diseksa oleh tuannya dengan besi panas.
Mendengarkan kata-kata Khabab itu, baginda Rasulullah s.a.w terus terduduk dan wajah baginda berubah merah menandakan baginda tidak berkenan dengan anjuran Khabab itu. Baginda menjawab,
"Wahai Khabab, orang-orang terdahulu sebelum kamu ini mengalami seksaan yang lebih teruk. Ada yang dicakar tubuh mereka dengan besi, dan juga daging dan urat saraf mereka. Tetapi, pendirian mereka tidak berubah. Ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, namun beliau tidak berpaling dari agamanya."
"Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehingga orang-orang yang berkenderaan dari Sana ke Hadramaut, tidak ada yang ditakutinya kecuali Allah; dan juga serigala ke atas kambing. Tetapi kamu Khabab! Ingin cepat saja datangnya semua itu."
Walau apapun dugaan yang diberikan, seberat mana pun ia, hadapilah ia dengan penuh kesabaran dan tawakal.
InsyaAllah, Allah akan menunjukkan jalan keluar bagi setiap permasalahan kita.
Bersabarlah.
And stop complaining about life.
Salam Jumaat semua. Semoga kita beroleh keberkatan...
No comments:
Post a Comment