CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 20, 2012

Kasihkan anak...

Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha Halus dan menyukai kehalusan. Dia memberikan sesuatu dengan kelembutan dan Allah tidak memberikan sesuatu dengan kekerasan." (HR. Muslim)

Dari Hasan dan Rasulullah saw, baginda bersabda, "Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa serta kasih sayang sesama Muslim."

Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi. Dan siapa yang tidak memaafi, tidak akan dimaafi."




Anak itu adalah amanah dari Allah.
Membesar dan mendidik anak sangat besar tanggungjawabnya.
Biarpun merasa susah dan kadang2 tertekan membesarkan anak, Alhamdulillah Allah terbitkan rasa kasih yang sangat agung di hati dan jiwa ibu bapa untuk dicurahkan kepada anak-anak.

Sejak ada anak ni, barulah aku faham erti pengorbanan insan yang bergelar ibu dan bapa.
Biar penat mengerah tulang empat kerat, tidak dihirau, asalkan anak dapat segala yang diperlukan.

Dan sejak ada anak jugak, aku lebih menghargai kedua ibu dan ayahku.
Perasaan kasih dan sayang itu semakin berkobar.
Dapat aku bayangkan bagaimana kasihnya ibu dan ayah kita terhadap sepertimana kita mengasihi anak kita sekarang ini.

Tapi yang sedihnya, tidak semua orang berperasaan sebegitu.
Baru-baru ini, kita dikejutkan lagi dengan berita seorang bayi berusia lima bulan, koma sejak sebulan yang lepas kerana dipercayai didera oleh pengasuh.

... speechless ...

sedih sangat bila tengok wajah kedua ibu dan ayah bayi tu.
Kita yang ada anak ni mesti boleh rasa apa yang mereka rasa.
Sedangkan aku dulu Aliff dok kat wad sebab jaundis pun aku dah sedih giler, inikan pulak anak koma.
masyaAllah.
betapa seksanya perasaan kita kalau anak kita ditimpa nasib sedemikian.
semoga Allah memberikan mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi.


Anak teman baikku yang baru berusia sebulan 2 minggu baru sahaja menjalani pembedahan jantung kerana jantung berlubang.
Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.
Dan semoga Allah merahmati semua yang telah memberikan sumbangan kepada anaknya untuk menjalani pembedahan.
Subhanallah. Begitu besar rahmanMu Ya Allah.
Kebanyakan yang memberi sumbangan rata-ratanya orang yang tidak dikenali.
Sehingga akaun temanku diblock kerana pihak bank menyangka akaun itu fraud.
Tapi Alhamdulillah, biarpun menempuhi dugaan, anaknya selamat menjalani pembedahan.
Sabar ye Fina. Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar.

......................................................

p/s: kasihi umat manusia yang lain, InsyaAllah kau pun akan dikasihi jugak. 
Kalau rasa tak boleh jaga anak orang, jangan.
Kesian budak tu tak bersalah kau buat macam tu...






 
 
 
 

No comments:

Post a Comment