CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 17, 2012

Kota Bharu, kota yang permai

Sebelum ni bila diajak jom ke Kota Bharu, aku akan fikir 3 4 5 6 kali...
hmmm nak buat apa gi Kota Bharu?
bukan ada pun...
bosan je...

itu dulu.

Minggu lepas, aku sekali lagi berpeluang ke Kota Bharu.
Sebab nak menjemput si adik bongsu yang dah tamat pengajian di USM Kubang Kerian.

Tak expect apa pun.
Sebab rasa tak de nak beli apa pon kat Kota Bharu tu.
Pergi satu malam je pon.
So, aku pun berlagaklah cakap kat En Suami, takyah la bagi duit..
Bukan nak gi shopping pon..
<eksyen kemain!>

Sampai Kota Bharu dalam waktu Maghrib.
Si Aliff anak bujangku yang-aku-suka-sangat-nak-gomol-gomol sedap je mentido dalam keta.
Tapi bila tiba time dia lapaq tu, wah... memang tak boleh tunggu nak benti..
Sampai ayahku soh abang aku stop keta kat tepi jalan supaya aku boleh suapkan si Aliff budak-kecik-yang-sangat-manja-kesayangan-atoknya tu makan.
ish ish ish anak aku.
memang kau hero lah!

Ok sambung citer. Kami dok Homestay (alamak aku betul2 lupa nama homestay tu) tak jauh dari Kubang Kerian.
Hanya RM80 sahaja okeh! Untuk family room.
Bilik sangat besar, ada 2 queen bed, attached bathroom, air-cond, siap ada kerusi dan meja yang boleh buat untuk makan breakfast, & TV.
Memang puas hati giler!
Sebenarnya owner homestay tu renovate rumah banglo dia buat bilik2 lagi kat belakang rumah dia.
Cantik, selesa & murah!
Siap dia jemput kami makan kenduri cukur jambul cucu dia lagi.
Baik sangat owner dia. Family dia pun semua ramah.
Alamak aku betul2 lupa lah nama homestay n owner dia...

The next day lepas check out, terus p ronda Kota Bharu.
Oh sekarang banyak naiktaraf yang sedang dijalankan, antara yang obvious aku nampak ialah, pembesaran jalan dan pembinaan fly-over!
Sempat la singgah Pasar Siti Khadijah sebelum balik tu sebab nak beli oleh-oleh untuk keluarga mertuaku.
okay aku memang ketinggalan sebab selama ni aku ingat Pasar Siti Khadijah jual makanan2 serunding keropok n makanan tempatan Kelantan je.
Aku tak tau kat level atas ada jual tudung dan kain dan telekung dan kain pelekat dan baju dan kerongsang  yang cantek2 dan semestinya MURAH!!!
OH TIDAK!!!
dah lah mak berlagak dengan En Suami tak nak duit, sekali mak jumpa pulak barang2 yang mak nak sangat2  dan rasa nak shopping itu membuak-buak.
apakan daya, bajet ciput je.
so ciput je lah barang2 yang dibeli.
yang paling aku tak percaya ialah aku boleh cakap kat mak aku, kita kena datang lagi.
(oh, aku pun tak percaya aku keluarkan statement itu. haaa tu lah, konon ingat Kota Bharu tu bosan...)

Satu yang paling aku suka pasal Kota Bharu, masa sembahyang Jumaat, Giant, Parkson tutup sementara bagi menghormati waktu sembahyang dan memberi peluang para pekerja lelaki beribadah.
yang itu aku memang salute giler!
si adik bongsu kata kadang2 ada beberapa orang lelaki akan buat rondaan sebelum waktu sembahyang jumaat tu untuk pastikan tak ada orang lelaki yang ponteng pergi ke masjid.
kat KL ada?
takde kan...

Apapun, walaupun pergi sekejap je ke Kota Bharu, aku rasa seronok dan bersyukur dapat menjejakkan kaki lagi ke sana.
Ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati sebenarnya tapi kami tak berkesempatan sebab rushing nak balik Seremban.
InsyaAllah, jika diizinkan lagi kita berjumpa lagi ye Kota Bharu...

Last but not least...


budak kecik yang travel jauh...
kesian dia, terus flu sebab sekejap sejuk sekejap panas...
pastu tidur dalam air-cond berjam-jam...


Ada kesempatan, pergilah ke Kota Bharu.
Alami adat dan budaya yang lain dari yang lain...

No comments:

Post a Comment