CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 10, 2012

Nasib dan Redha

Hidup ini tidak selalunya indah.
Tapi tidak bermaksud kita tidak berhak merasa bahagia.
Kerana bahagia itu pasti ada dukanya.
Dan dalam duka pasti ada bahagianya.

Ada orang yang Allah bagi lebih, hidup senang lenang agar dia boleh berbuat bakti kepada orang lain yang susah dan memerlukan.
Ada orang yang Allah beri sedikit, agar dia sentiasa berusaha dan berdoa, mendekatkan dirinya kepada Allah.

Tetapi tidak semua yang ada lebih itu, pemurah.
Dan tidak semua yang hidup dalam kekurangan itu, redha.

Sifat manusia, pasti ada perasaan cemburu apabila melihat orang lain punya sesuatu yang lebih dari kita.
Bohong kalau dia kata dia tidak cemburu. Pasti ada perasaan itu walau sekelumit cuma.
Walaupun kita cemburu, kita tidak sepatutnya mempersoalkan takdir bukan?
Kerana semua itu sudah tertulis.
Dan kita sebagai hamba Allah yang kena berusaha untuk mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.

Kalau cemburu melihat orang lain yang punya sesuatu yang lebih, jangan ada perasaan dengki.
Sebaliknya, jadikan ia sebagai contoh agar kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini.
Bila sudah tercapai akan kesenangan dan kelebihan yang diimpikan, jangan dilupa mereka yang susah dan memerlukan.
InsyaAllah, lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak pulangan yang Allah berikan.

Sebenarnya aku yang punya perasaan itu sekarang.
Aku cemburu melihat orang lain yang hidup senang, punya duit yang banyak.
Aku iri hati melihat orang lain boleh memiliki rumah yang cantik.
Aku turut mempersoalkan kenapa aku tidak seperti mereka.
Astaghfirullahalazim...

Sebab itu aku tuliskan ini, agar menjadi peringatan kepada semua, jangan mempunyai perasaan seperti aku ini.
Seharusnya aku bersyukur di atas segala apa yang aku ada hari ini, biarpun tidak sebanyak mana.
Kerana ada orang yang lebih susah dari aku.
Kerana ada orang yang lebih menderita dari aku.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah, diberkati dunia dan akhirat.

Aku sudahi tulisan hari ini dengan penuh keinsafan.
Dan setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan padaMu Ya Allah, atas segala kurnianMu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment