CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 15, 2012

Mereka itu Syurga kita

Dulu, aku akui, aku budak jahat.
Ayah bising suruh pakai tudung, aku tunjuk muka takde perasaan.
Bila dah pakai tudung, ayah bising lagi sebab pakai baju singkat, seluar ketat.
Aku sakit hati.
Sampai satu ketika, aku benci ayah aku sebab tak macam ayah orang lain.
Yang tak kisah anak perempuannya tak pakai tudung.
Yang tak kisah anak perempuannya pakai baju takde lengan, skirt pendek, hot pants.
Sampai aku cemburu dengan anak-anak perempuan yang ayah mereka cool begitu.

Astaghfirullahalazim.
Aku tak sedar bila aku mula menyarung tudung atas kerelaan hati sendiri.
Aku tak sedar bila aku mengenakan baju longgar dan labuh menutup punggung atas kerelaan aku sendiri.
Cuma yang aku sedar, rupa-rupanya dulu ayah begitu bertegas suruh anak perempuannya jaga aurat adalah untuk kebaikan aku sendiri.

Dan aku bersyukur kerana lahir dari seorang ayah yang terlalu menjaga kepentingan beragama.
Kerana kalau aku dilahirkan dari seorang ayah yang super cool yang tak kisah aku pakai tudung atau tidak, yang tak kisah kalau aku pakai skirt pendek atau baju singkat, aku pasti, aku akan jadi perempuan liar.
Betul, aku tak tipu. Aku tahu diri aku sendiri.
Dan sejak aku tersedar dari tindakan rebellious aku tu, aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati ayah aku.
(Dengan ibu, aku memang rapat. Cuma dengan ayah je aku agak kurang rapat. Mungkin sebab dulu ayah garang dan tegas membuatkan aku menjauhkan diri darinya).

Cuma aku kesal sebab masih ada insan-insan di luar sana yang tidak menghargai ibu dan ayah mereka.
Yang masih lagi bercakap kasar dengan ibu dan ayah mereka.
Yang masih melawan cakap ibu dan ayah biarpun diri sendiri sudah punya anak dua.

Diorang tak tahu ke betapa susahnya mak dan ayah kita melahir dan membesarkan kita?

Ye, aku tahu ayat itu memang cliche.
Sebab dulu aku pun tak faham erti pengorbanan ibu dan ayah.
Dulu, aku suka hati je minta itu dan ini dari mak ayah aku.
Walaupun ada yang aku minta tu tak dapat, but still, mak ayah aku akan cuba juga dapatkan untuk aku.

Sejak ada anak, aku semakin faham kenapa dulu ayah aku banyak berkata tidak atas permintaanku.
Masa sekolah rendah aku sangat minat menari, ayah terus hantarkan aku ke sekolah agama supaya aku tak boleh teruskan minat aku. <BENCI>
Lepas habis sekolah, aku bilang sama ayah aku nak further study kat oversea (konon glamor n best lah dok oversea tu). Ayah kata tak boleh, ayah tak percayakan aku. <KECEWA>

Tapi aku tahu dia buat semua tu sebab nak elak aku dari tersasar dari pegangan agama dan hidup. (Kan aku dah cakap, kalau tidak kerana ayah mungkin aku dah jadi perempuan liar...)

Apa sebenarnya aku nak cakap ni?
Tak, sebenarnya aku nak cakap tolonglah jangan lukakan hati mak dan ayah kita.
Kita tak tahu betapa sedih dan terlukanya hati diorang bila kita lawan cakap diorang.

Bagi yang dah ada anak macam aku, pasti faham perasaan sebagai ibu bapa.
Betapa melautnya kasih dan sayang yang kita rasa untuk anak kita tu.
Sampai rasa nak menitis air mata bila terpandangkan wajah anak yang sedang tidur sebab terlalu kasihkan dia.
Setiap saat kita sentiasa risau akan anak kita.
Setiap saat berdoa supaya Allah sentiasa melindungi anak kita.
Dan terlalu banyak harapan yang dipertaruhkan untuk anak kita.
Bila dah terlalu kasih, apa yang kita rasa bila anak kita lawan cakap kita?

Itulah yang mak ayah kita rasa terhadap kita.
Bagaimana kita sayangkan anak kita, begitulah mak ayah kita sayang kita.
Dan bagaimana kita terasa hati dan terluka dengan perangai anak yang tidak mahu mendengar kata, itulah juga perasaan mak ayah kita bila kita melawan cakap mereka.

So please, aku mohon, kita sama-sama jaga mak ayah kita k.
Sementara mereka masih ada.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…



No comments:

Post a Comment