CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 18, 2012

Kisah eksperimen puting botol susu

Assalamualaikum...

AMARAN: INI BUKAN ENTRY MEMPROMOSI PUTING BOTOL.
SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK UNTUK ANAK ANDA.

Aku kena cakap macamtu nanti orang ingat aku tak support BF pulak.
Aku support cuma aku tidak begitu bernasib baik bila masuk bab BF. Kan sudah ku bilang pada entry yang lepas, aku tak berjaya BF anak aku. (ok don't want to ponder too much on my BF experience).

Pada awal2 Aliff mula menggunakan botol susu, dia ok je.
Sampailah satu hari tu, setiap kali dia hisap botol, dia mesti meraung sekuat hati.
Ingatkan susu terlalu panas. Or dia sakit perut. Or dia tak suka susu tu.
Dua hari gak dia begitu.
Hinggalah satu hari En. Suami ternampak sesuatu kat lelangit dia masa Aliff menjerit waktu menyusu tu.
Rupanya ada ulcer besar kat lelangit dia berhampiran dengan tekak dia.
Kesian anak Mama... Patutlah dia meraung kesakitan.

Terus cepat2 bawak dia jumpa Doktor.
Lepas doc tengok, doc advise guna puting botol yang lebih lembut.
Dia siap recommend "Doctor Baby".
Keluar je dari klinik, lepas hantar aku pulang (sebab aku masih lagi berpantang masa tu), En. Suami terus keluar carik puting Doctor Baby.
Dan pulang dengan tangan yang tidak kosong...    =)


Bila Aliff guna puting DB ni, takde lagi dia meraung masa hisap botol susu. 
Ulcer dia pun dah sembuh, doc bagi ubat sapu untuk buat dia rasa kebas.
Tapi yang aku perasan, setiap kali Aliff menyusu, dia mesti terbatuk-batuk.
Macam tersedak.
Pernah sekali dia terbatuk-batuk sampai termuntah.
So aku sangat fobia bila dia batuk masa tengah menyusu.

Hinggalah satu hari, ada kawan En. Suami datang ke rumah bersama dengan isteri dan anak dia yang baru berumur 1 tahun lebih.
Aku ternampak isteri dia bancuh susu untuk anak dia dan terus sibuk bertanya anak dia pakai botol susu apa?
Dia kata NUK. Yang ni bagus katanya, budak tak tersedak.
Oh aku sangat suka statement itu.

Maka bermulalah pencarianku untuk mendapatkan botol susu NUK.
Survey punya survey aku jumpa ada jual puting botol NUK sahaja. Aku fikir baik beli puting dia je sebab botol susu dah ada.
Dan semalam Aliff mula menyusu menggunakan NUK latex teats size 1 (slow flow).



Mula-mula kesian jugak tengok Aliff berusaha bersungguh-sungguh nak hisap sebab sebelum ni dia dah biasa dengan puting DB yang lubang dia agak besar dan flow pun laju.
Bila guna NUK ni, flow dia slow sikit. (yelah nama pun guna size 1 untuk slow flow).
Tapi dari pemerhatian aku, bila guna NUK ni Aliff takde terbatuk-batuk waktu menyusu walau sekali pun.
Sebab lubang puting ni dikawal oleh lidah baby tu. Kalau baby tu tak hisap, air susu takkan keluar.
Harap-harap Aliff okay guna puting NUK ni.
Aku risau kalau dia selalu sangat tersedak, takut air susu termasuk dlm paru2 ke or anything.
So far, Alhamdulillah, bila guna NUK ni, aku tengok Aliff takde tersedak.

Hahaha puting botol susu pun boleh jadi cerita kan.
Tapi tapi tapi, ingat tau, breastfeeding jugak adalah yang TERBAIK untuk anda dan anak anda.
Keep it up okay!

11 comments:

  1. Aku baru beli nuk utk infant size 1 Tp flow laju la. Cube tonggengkan botol tu nanti air tu menitik sendiri dgn laju. Aku tukar pakai tomme tippee elok skit tk de menitik mcm nuk. Bila hisap saja kelua

    ReplyDelete
  2. Nuk ni ssh la.. mcm ank aku..nak yg dh kembang..xnak yg bru..nangis je cri puting ssu lama..adoi.. pening r.. doctor bby ok x klu nak turlkr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma mcm ank sis...skrg ne nk puting kembng jer...pning fkir nk cari puting lma yg da kmbng....

      Delete
  3. anak sy guna doctor baby ok..alhamdulillah...doctor baby dlm 1 kotak tu ada 3 size...dia dah mix kn...slow medium n fast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu ada 3 size..klau tak baca cment sis mmg tk pkai la DB tu..sruh suami beli tgok satu puting tu lubang size besar skali..sye pun tk guna la utk ank bru lahir..tkut tersedak..hihi..tq sis..☺

      Delete
  4. Sy pun mula try bg anak NUK ni..tp dia xnak..last beli jenama comotomo..so2 jelah dia minum pun..blh la dari xda..last sekali..minum juga bila dh best

    ReplyDelete
  5. Anak pakai nuk, beli saiz m laju sgt sampai tersedakk. Kalau saiz s lambat plak sampai terlena sambil hisap botol tunggu nk habis susu.haishh

    ReplyDelete
  6. Anak pakai nuk, beli saiz m laju sgt sampai tersedakk. Kalau saiz s lambat plak sampai terlena sambil hisap botol tunggu nk habis susu.haishh

    ReplyDelete
  7. Sy pon da try puting nuk nie..tp knp bhagia yg tepi klu perasan dye koyak..ke mmg cm tu...sbb sy tgk sume same mse dkt kedai..sy trpksa la amek sbb da byr kn...

    ReplyDelete