Masa pantang, memang 24 jam dengan Aliff.
Bila dah start kerja, balik je terus ambil Aliff dulu.
Sampai aku tak sedar, ada orang yang terasa hati.
Kerana terlalu asyik (yelah, excited ada anak kan) aku tak sedar yang suamiku rasa tersisih.
Sampailah satu hari dia sendiri yang keluarkan kata-kata,
"Mama ni sejak ada Aliff, terus lupakan Papa kan.."
Aku terdiam. Mulanya rasa nak protes, tapi bila aku fikirkan balik, memang betul apa yang En. Suami cakap.
Aku sekarang memang lebihkan Aliff.
Aku lebih manjakan Aliff. Kadang-kadang aku rasa aku lebih sayangkan Aliff daripada En. Suami.
Kalau dulu sebelum ada anak, semuanya untuk En. Suami.
Sejak En. Suami luahkan apa yang dia rasa tu, aku mula sedikit2 nak bertindak adil.
Oh bukan senang rupanya nak berlaku adil.
Sebelah kanan suami, sebelah kiri pulak anak yang masih kecil yang memang sudah tentu perlukan sepenuh perhatian dan jagaan.
Tapi apapun, dalam agama pun menyuruh isteri taat dan dahulukan suamikan...
Hish rasa berdosa pulak.
So, hari ni aku nak berkongsi dengan para isteri kat luar tu kebaikan dan kelebihan kita sebagai isteri ni bila taat pada suami dan bahagiakan suami...
Papa, mama minta ampun ye... Mama akan cuba balancekan kasih sayang dan perhatian Mama pada Papa dan Aliff ye...
Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.
Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan serta menjaga sembahyang dan puasanya.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Nabi SAW bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." (HR Nasa'i)
Ketika Rasulullah SAW berkhutbah Hari Raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepad Allah SWT dan anjuran untuk mentaatinya, Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita. Baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: "Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api neraka jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami." (HR Bukhari)
Astaghfirullahalazim, begitu besar tanggungjawab kita sebagai isteri sebenarnya. Dan begitu besar juga ganjarannya.
Mode insaf.
Hopefully kita semua mendapat pengajaran daripada perkara-perkara di atas ye...
No comments:
Post a Comment