CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 21, 2012

To all new MOMMIES, this one's for you...

12 sebab kenapa bayi menangis.

As a mom myself, aku sangat faham perasaan itu bila anak keeps on crying tanpa sebab yang aku tahu. Masa tu how I wish my baby could just talk and tell me what is it that is bothering him. Tapi of course, that would go against nature. There are reasons why babies could only talk at age 1 to 2. It's because Allah wants us to get to know our baby by following what our hearts say. By our natural parental instincts. Dari situlah macam mana mak dan ayah kita sangat faham perangai kita. (That's what I thought la..)

Sampai sekarang, aku masih lagi belajar mengenali anak aku. Mengenal bunyi tangisan, gerakan, bahasa badan dia. And thank God, I found this article and gonna share it with you mommies. Hopefully, it would be useful to you as well.

Kenapa bayi menangis?

1) Lapar
Ini memang common. Sebab utama baby menangis sebab dia lapar. Dan dia nak susu...


2) Pampers dah berat...
Baby cepat rasa tak selesa bila pampers dia terlalu berat dan tak rasa kering anymore. Lagi satu, bila ada poopie, lagilah dia tak selesa. So cepat tukar pampers when this happens supaya dia happy!



3) Sebab dia nak tidur zzzz...
Bertuahnya jadi baby ni kan, nak tidur pun menangis.. Hehehehe... sabar, memang kadang2 menguji kesabaran kita. Like my baby son, Aliff, masa awal 3 minggu, dia memang kuat menangis. Bila dia mengantuk, lagi kuat dia menangis. Masa tu memang tension, sebab aku tak cukup tidur, dan rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. Tapi bila Aliff dah tidur, dan tak lama lepas tu dia tersenyum dalam tidur, hati aku cair. Hilang segala tension. Senyuman Aliff tu as if saying, "terima kasih Mama, sebab sabar layan kerenah saya..."



4) Dia nak didukung, didodoi-dodoi... (manje nih!)
Baby memerlukan sentuhan. Dia suka merasa dekat dengan ibu dan ayahnya, mendengar degupan jantung mereka, mengenal bau mereka, melihat wajah ibu dan ayahnya... Dan one of the ways yang mereka buat supaya Mama dan Papa dia ambik n dukung dia adalah dengan menangis. Well that's the best thing they could do. My baby Aliff, dia akan diam bila dia menangis minta didukung. Dan dia juga akan tersengih-sengih bila kita dah dukung dia. Oooo pandai buli Mama ye.. 




5) Perut bermasalah... (kembung perut kata orang kita)
Ini lagi satu yang kebanyakan ibu bapa risaukan. Kembung perut. Sebab bila baby mengalami masalah perut, oh God, dia takkan berhenti menangis. Ye lah, kita pun rasa tak selesa bila sakit perut kan, inikan pulak baby.
Ada beberapa cara yang kita boleh cuba untuk tenangkan baby yang mengalami kembung perut. Cuba tiarapkan dia dan urut perlahan-lahan belakangnya. Ataupun cuba baringkan dia, pegang kedua kakinya dan gerakkan seperti sedang mengayuh basikal. Ataupun, sapulah minyak kat perut dia. Minyak untuk baby ye, jangan sapu minyak angin pulak. Nanti lagi meraung anak tu.



6) Dia nak sendawalah...
Kenapa sendawa itu penting untuk baby setiap kali lepas menyusu? Masa menyusu, baby bukan setakat telan air susu tu, tapi dia jugak telan angin sekali. Sebab tu lah angin tu perlu dikeluarkan setiap kali lepas dia menyusu, kalau tak nanti perut dia masuk angin, dia tak selesa. Dan dia akan menangis. Ada bayi yang boleh sendawa dengan sendiri, tapi most babies need our help to make them burp. Haiii nak sendawa pun nangis ye.. COMEL!!!




7) Too cold or too hot...
Yang ni parents kena decide sendiri. Maybe dia tak suka air-cond (macam Aliff, kalau shopping mall tu sejuk sangat, dia akan mulakan operasi menangisnya tang tang tu jugak). Some baby suka sejuk. But from what I read, baby ni dia suka keadaan yang suam2. Tak terlalu panas, dan terlalu sejuk. Just nice untuk dia. If it gets too cold or too hot, apa lagi, menangislah... 



8) Benda kecik...
Benda kecik ni macam tag kat belakang baju dia, or jenis kain baju dia, or maybe ada sehelai rambut tersangkut kat jari dia.. Haa benda2 kecik macam ni pun boleh buat dia nangis tau. Pernah sekali, Aliff tiba-tiba menangis kat tengah2 malam, my mom terus buka semua baju dia, barut pun buka. Rupanya ada seekor semut kat dalam baju dia. So parents have to be more sensitive on small things that could make your baby upset and cry.



9) Nak tumbuh gigi...
Walaupun scientifically baby will only start teething at 4 to 7 months, it could happen earlier to some. Huhu nak tumbuh gigi pun nangis ye..



10) He wants less stimulation
ye, memang betul, baby belajar dari keadaan di sekelilingnya. Tapi, kadang2 persekitarannya pun boleh buat dia rimas dan tak selesa. Mungkin terlalu banyak bunyi, atau terlalu banyak tangan yang mendukungnya (ye lah, baby baru, semua orang nak dukung kalau boleh) pun boleh buat dia menangis. 

11) Tapi kadang2 dia menangis sebab dia nak lebih banyak aktiviti di sekelilingnya... (oh pening sudah!)
yup, memang pening. Dengan baby ni, we just have to try to understand them each day. Different cries mean different needs. Sometimes baby tak suka keadaan yang terlalu sunyi. Dia perlukan lebih banyak bunyi. Lebih banyak orang. Lebih banyak warna. Aku pernah terbaca, baby boleh berhenti menangis bila dia terdengar bunyi hair dryer. Haha cute! Bunyi hair dryer pun suka ye...

12) Dia tak sihat...
Susu dah bagi, pampers dah tukar, sendawa dah, berborak dah, baju dah check, tapi baby still menangis. Don't hesitate to check on his temperature and look for signs of illness. (Speaking of which, it reminds me that I need to get a temperature checker. Aiya asyik lupa je nak beli.) Maybe dia demam, or selsema... If this happens, jangan lambat2 bawak dia pergi jumpa doktor ok..



Semua dah check tapi baby still menangis jugak? Well, here's good news for you parents out there, sometimes babies just cry for no reason. It's their nature. 

Tapi apapun, jangan sekali-kali kamu hilang kesabaran dalam handling crying babies especially yang sangat kuat menangis tanpa sebab (macam Aliff).. Sebab anak itu anugerah Allah yang paling berharga. Yang tidak ternilai. 

Firman Allah SWT: Harta benda dan anak-anak kamu adalah ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar. (At-Taghabun:15)

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita  yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Subhanallah... senangnya nak dapat pahala. Bersyukurlah walaupun anak kamu kuat menangis...
 














No comments:

Post a Comment