CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 16, 2013

Seasons View Hotel Kuantan - TERBAIK!!!

Sebenarnya nak cerita pasal trip to Kuantan, tapi sebab tak berkesempatan ke mana-mana masa kat Kuantan, so kita buat hotel review je k...

Last minit punya plan, ayah call on Friday morning ajak gi Kuantan keesokan harinya.
Ayah kata dia survey homestay tapi semua dah fully booked.
Ayah minta aku carik hotel yang RM200 ke bawah.
hehehehehe siap letak bajet lagi.

Aku terus google - hotel in Kuantan.
The first thing yang menarik mata aku - Seasons View Hotel.
Terus klik and tadaa! sangat menarik minat aku...

Since En. Suami tak dapat join, aku booked superior family room, RM158 nett inclusive 4 breakfast (untuk aku, mak, ayah & adik + infant)

luas kan? and most importantly sangat selesa!


The reception area walaupun simple, but it was really nice.
Staff pun okay...
Tak kisah semua tu sebab bagi aku for a family room and ada breakfast for 4 person dengan harga RM158 sangat sangat sangat berbaloi!

The next day, aku turun breakfast dengan mak and ayah.
Since boss kecik tidur lagi, kami tinggalkan dia dengan Mak Su nya yang memang sedap mentido tak mau bangun breakfast.
Breakfast dia simple tapi sedap!
Menu pagi tu - nasi goreng, kueh teow goreng, telur dadar yang sangat sedap, hash brown, ayam masak merah, cake, buah, juice and coffee / tea. 
Memang simple tapi sangat puas hati!
Sorry tak ada gambar menu breakfast sebab turun breakfast pakai baju tidur je... tak bawak phone pun.. hihihihihi

buffet area at The Ritz Grill, Seasons View Hotel Kuantan

the ambience

the ambience lagi... ni masa lunch - sempena Mother's Day...
kami order ala carte.. pun sangat sedap and value for money...

Generally, memang puas hati stay kat Seasons View Kuantan ni...
Masa check in tu depa collect RM160 dari aku.. 
The next day dah lah kami check out lambat sebab tunggu boss kecik bangun, masa aku check out, depa pulangkan balik RM2 aku.. hahahahaha 

As I said earlier, tak berjalan ke mana2 pun masa kat Kuantan.
Niat di hati nak pergi East Coast Mall, tapi tak kesampaian sebab semua penat.
Lagipun memang pergi Kuantan tujuannya untuk wedding je...
The only place yang kami sempat singgah is Telok Chempedak...
Memang ramai orang. Weekend lagipun...
Tapi I've to say, happening jugak Telok Chempedak ni..
Ada KFC, McD, Old Town, and Chatime!
other than that, biasalah gerai2 jualan baju, tudung, selipar, bantal dan sebagainya...

pemandangan Telok Chempedak... walaupun ramai orang tapi angin-angin yang sepoi bahasa sangat menyamankan...

huhu maknya tak nak kena pasir, amik ler gambo dari jauh je..
Ni atok tengah melayan cucunya main bola kat pasir...

huhu adik aku memang peminat tegar Chatime. Aku sangat kagum nampak Chatime sebesar ini!

sebelum balik, kami singgah ke Masjid Negeri untuk jama' solat Zohor & Asar...

Itu je lah cerita Kuantan...
Insya Allah kalau ada kesempatan ke Kuantan lagi, boleh pergi tempat2 lain pulak...
So, kalau korang tengah carik hotel kat Kuantan, aku highly recommend Seasons View Hotel!
Selesa, bersih, and paling best murah!
huhuhu

Thursday, May 2, 2013

Anak belum bercakap? When to get help?


Alhamdulillah, hero kecik ni nak masuk setahun 4 bulan (16 bulan) lagi beberapa hari.
Setakat ni mulut memang becok bercakap walaupun ada yang kita tak paham.
Yang paling jelas dia sebut 'mama', 'mamam', 'minyum', 'chuchu', 'djatoh', 'nnek', 'atok', and favourite word dia 'takdo'.
hahahahahahaha
Kalau nak panggil papa, ikut mood dia.. kadang2 dia panggil 'baa' tapi most of the time dia panggil bapaknye 'mmaa'.. huhu suka hatilah nak.. just enjoy your development okay...

Cepat atau lambat seseorang anak bercakap sebenarnya tak ada masalah.
Cuma kalau ikut stage umur dia dan dia masih belum menunjukkan apa2 tanda untuk bercakap, at that point dinasihatkan agar consult doktor. Sebab semua itu nanti akan berkait dengan perkembangan cognitive dia...

Bila sepatutnya kita kena jumpa doktor untuk tanya pasal masalah anak yang belum menunjukkan any sign of speaking?
Firstly, trust your instincts.
Atau boleh refer to these signs:

Menjangkau 12 bulan:
  • Masih tidak menyebut 'mama' atau 'papa'
  • tidak menggunakan gerakan seperti melambai, menggeleng atau menunjuk sesuatu
  • tidak faham dan tidak memberi respon terhadap perkataan seperti "no" atau "bye bye"
  • tidak menunjukkan perkara yang sepatutunya menarik minat seperti burung terbang atau aeroplane
  • tidak menyebut single word dalam usia 12 ke 15 bulan
  • tidak babble (merepek bahasa budak) seolah-olah dia sedang bercakap  


Menjagkau 18 bulan:
  • tidak menunjuk kepada sekurang-kurangnya satu anggota badan apabila ditanya
  • tidak berkomunikasi dengan anda walaupun pada masa itu dia perlukan bantuan atau memerlukan sesuatu yang dia hendak
  • tidak menyebut sekurang-kurangnya 6 perkataan


Di antara 19 dan 24 bulan:
  • Tidak mempunyai perkembangan perkataan (sekurang-kurangnya 1 perkataan baru seminggu)


Menjangkau 24 bulan:
  • tidak memberi respon kepada arahan yang simple
  • tidak berpura-pura bermain dengan patung atau diri sendiri (contoh berpura-pura menyikat rambut atau memberi patung makan)
  • tidak meniru perkataan atau perbuatan orang lain
  • tidak boleh menunjuk kepada gambar yang disebut dalam buku 
  • tidak boleh menggabungkan 2 perkataan
  • tidak tahu fungsi perkakas rumah yang asas (contoh: garpu atau berus gigi)


Menjangkau 25 bulan:
  • tidak menggunakan 2  ke 4 perkataan simple untuk satu ayat
  • tidak dapat menamakan beberapa anggota badan
  • sukar untuk melengkapkan nursery rhymes yang biasa didengarnya
  • tidak menanyakan soalan yang simple


Menjangkau 30 bulan:
  • Percakapannya tidak dapat difahami oleh sesiapa dalam keluarga


Menjangkau 36 bulan:
  • Tidak menggunakan kata ganti diri (saya, awak)
  • Most of the time dia tidak dapat difahami oleh orang lain yang bukan keluarga 


Menjangkau 3 tahun:
  • tidak dapat bercakap dalam frasa pendek / rangkai kata
  • tidak dapat memahami arahan yang pendek
  • tidak berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • sangat sukar berjauhan dengan ibu bapanya
  • percakapan yang sangat tidak jelas
  • masih lagi gagap dan menunjukkan mimik muka bila cuba untuk bercakap


Menjangkau 4 tahun:
  • masih belum mahir single conconants (contoh 'p', 'b', 'm')
  • tidak faham akan konsep "sama" dan "tidak sama"
  • tidak menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak" dengan betul


Hopefully, semua ni boleh dijadikan guideline kepada kita dalam monitor pembesaran anak kita.
Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, it's better to talk to your doctor sebab lagi cepat kita tangani masalah tersebut, lebih baik kan...

Wednesday, April 17, 2013

Very Own Testimonial - Slimming Set SHAKLEE ;)

Assalamualaikum & hola beautiful people...

Ingat lagi tak entry ni  dan ini  dan ini...
Sebenarnya dah lama pikir nak up testimonial sendiri ke tak...
Lepas pikir punya pikir, okalah hari ini aku akan share pengalaman sendiri sepanjang amik slimming set shaklee ni ye...

ini adalah saya sebelum amik slimming set Shaklee...
(siap save gambar sebagai si tembam lagi)

Actually when I first started dengan slimming set Shaklee tu, aku just amik Lecithin & Cinch Shake sahaja.



Aku start makan Lecithin pada 19 Februari 2013. 
Lecithin kena amik 6 tablet setiap hari, so aku amik 3 selepas lunch n 3 sebelum tidur.
Bila makan Lecithin ni, tekak memang sentiasa dahaga.
So aku banyak minum air masak.
Tengah2 malam pun bila terjaga, mesti akan teguk air masak masa buat susu anak...
By the way, bila nak berdiet, air memang perlu amik banyak2 ye kawan-kawan...
Sekurang-kurangnya 3 - 4 liter sehari...



Untuk Cinch pulak, aku biasanya amik masa breakfast.
First time aku minum Cinch Shake ni masa tu aku ada interview pukul 9 pagi.
So sebab rushing n sebenarnya gemuruh sampai tak ada rasa nak makan, aku bancuh Cinch Shake ni buat alas perut sebelum pergi interview tu.
Biasanya kalau tak breakfast, pukul 9+ mesti akan rasa lapar teramat...
But surprisingly bila aku minum Cinch Shake ni, aku tak rasa lapar langsung... 
Aku boleh bertahan sampai pukul 12+ baru terasa lapar n terus makan lunch...

Kadang-kadang aku amik Cinch Shake waktu malam sebagai ganti dinner.
And Alhamdulillah, boleh tidur lena walaupun tak dinner.

Tapi itulah, aku ni culas sikit.
Aku rasa kalau aku disiplin amik Cinch Shake ni setiap hari, mesti result dia lagi bagus...
hehehehe
Tapi Lecithin, aku sangat disiplin...
Hari2 mesti amik Lecithin...

Kesimpulan, berat sebelum amik Lecithin & Cinch Shake - 65kg...
Selepas sebulan - 62kg...
hmmm memang turun 3 kg... 
tapi badan nampak susut.
hehehehe

pic full body tu taken on 18.03.2013 (sebulan selepas start amik Lecithin & Cinch Shake)
muka pun dah kurang tembam n nampak panjang sikit...
hehehehehe  XD

Setakat itu dulu ye...
Segan pulak tulis testimonial sendiri.
Kalau nak cuba, feel free to contact me okay.
Jom hidup sihat bersama SHAKLEE!

Untuk keterangan lanjut, boleh email / whatsapp / viber / line / wechat / sms saya untuk mendapatkan konsultansi percuma...

ain_fariza
[E] ainulfariza@yahoo.com
[T] +60126100761

Thursday, April 4, 2013

Anak membesar denagn sihat dan kuat!

Assalamualaikum beautiful people...

Rasanya memang rata-rata kebanyakan ibu lebih-lebih lagi ibu baru macam aku mesti akan berdepan dengan masalah anak tak de selera makan / badan tak naik / tak nak menyusu / memilih makan / sembelit / mudah demam selsema etc...


Betul tak?
Anak aku pun sama.
Dia nak makan, tapi tu lah, 3 - 5 suap, dah... selebihnya dia buat main. keluarkan dari mulut dia n calit2 makanan kat lantai... haih...
Anak korang macam tu tak?


Belum lagi bila time dia demam, jangan kata makan, susu pun minum sikit je.
Baru je nak naik badan dia, dah susut balik bila demam...
haih lagi...
Tak baik mengeluh, tapi bila anak macam tu, memang tak dapat dielak keluhan itu.
huhu...

sampai aku terfikir nak bagi anak aku supplement...
and bila aku search google (ibu bekerja biasalah, google je lah tempat dia menjalankan research), kebanyakan ibu mencadangkan Meal Shakes dari Shaklee...

Okay meh nak share sikit apa kebaikan Meal Shakes Shaklee ni...


  • antioksidan - mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium 
  • kaya dengan fiber - membantu pelawasan tubuh badan
  • mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran
  • kaya dengan protein - untuk tumbesaran dan juga menyihatkan rambut & kuku
  • mengandungi asid folik, biotin, magnesium dan kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat
  • dalam bentuk serbuk yang mudah disediakan untuk si manja
  • rasa dan bau yang lazat seperti aiskrim
  • tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan
Ni pulak testimoni2 para ibu yang telah memberikan anak mereka Meal Shakes...

*tak sampai sebulan dah nampak perubahan - makan 3x sehari - rajin minum susu

*selepas beberapa hari dah tak sembelit - selepas seminggu minat nak makan makin membuak2

*selera makan bertambah - tak alah pada telur lagi - nak minum susu

Selain daripada baik untuk tumbesaran dan kesihatan anak2, Meal Shakes ni pun boleh membantu orang dewasa yang menghadapi masalah terlalu kurus untuk naikkan berat badan... 

*dalam 1 bulan naik 2kg

Untuk keterangan lanjut, boleh email / whatsapp / viber / line saya untuk mendapatkan konsultansi percuma...

ain_fariza
[E] ainulfariza@yahoo.com
[T] +60126100761


Wednesday, March 13, 2013

When to start potty training..?

Sejak beranak, dari anak umur 1 hari kita dah 'berkubang' dengan berak & kencing anak...

Hahaha ingat lagi pengalaman pertama aku dulu, tak sampai 12 jam lepas bersalin, Aliff menangis tak henti2.
Dah lah dia tak boleh latch on masa tu, aku cuba bagi susu pun tak berhasil nak tenangkan dia.
Sampailah akak katil sebelah kata cuba cek pampers dia...
Aku bukak kain bedung dia, cek pampers dia.. TU DIA!!! dia berak rupanya.
Itulah pertama kali aku tukar pampers bayi berak.
huhu mula2 tu geli jugak, dah lah tak pandai, habis kena kat tangan semua...
hahahaha takpe, pengalaman kan... kalau tak belajar, takkan pandai ye tak...

Sekarang Aliff dah setahun 2 bulan, masih lagi pakai pampers.
Aku pun masih tak terpikir lagi nak train dia berak or kencing kat tandas lagi.
Dia pun belum pandai cakap lagi.
Tapi since aku terjumpa artikel pasal potty training ni, aku saja nak share dengan semua mummy baru macam aku kat luar sana.

So, macam mana kita nak tahu kalau anak kita dah sedia untuk potty training (latihan buang air dalam bekas buang air budak).
Ini tanda-tandanya...


Tanda-tanda fizikal
  • Boleh berjalan dan berlari dengan steady. 
  • Jumlah air kencing dalam jumlah yang lebih kurang sama pada satu masa
  • Masa buang air besar yang lebih kurang sama / boleh dijangka
  • Terdapat suatu masa bila anak tak kencing dalam masa 2 jam atau semasa tidur siang (ini menunjukkan bladder dia dah boleh tampung kencing yang secukupnya).

Tanda-tanda pada kelakuan / tabiat
  • Boleh duduk dalam satu posisi dengan senyap selama satu atau dua minit
  • Boleh melucut atau menarik seluarnya sendiri
  • Tidak suka memakai pampers yang basah atau kotor
  • Dia berminat melihat perlakuan orang lain ke tandas (dia nak tengok orang pergi ke tandas)
  • Menunjukkan isyarat yang dia sedang rasa nak buang air contoh meneran, atau tiba-tiba mencangkung
  • Menunjukkan perihal yang dia mahu melakukan sesuatu benda sendiri
  • Dia happy / bangga bila dia berjaya melakukan sesuatu sendiri
  • Dia tidak berkeras / melawan apabila diajar menggunakan tandas
  • Dia mahu memberi kerjasama dengan kita
    1.   


Tanda-tanda cognitive 

  • Dia faham tanda-tanda yang dia kena pergi ke tandas, dan boleh memberitahu kita yang dia hendak buang air atau mungkin akan menahan sehingga dia sampai ke potty nya.
  • Dia boleh mengikut arahan yang simple contohnya 'Aliff, tolong amik mainan tu...'
  • Dia faham akan nilai untuk meletakkan sesuatu benda di tempat asalnya
  • Dia ada perkataan sendiri untuk 'kencing' dan ' berak'
Haa... camane?
Anak-anak korang dah ada tanda-tanda macam ni tak?
Kalau Aliff, setakat ni yang aku perhati, bila dia nak berak, dia akan menjauhkan diri dari orang, dan mencangkung, dan meneran... hahahahaha
Tapi kalau kencing, aku tak perasan pulak tanda-tanda dia..
Mak aku pernah cakap, baby kalau tengah kencing, hidung dia akan mengembang..
Hahahahaha ada2 je kan...

Anyway, selamat menjalankan eksperimen ke atas anak-anak kita...
Okay gak kalau Aliff boleh awal2 buang air kat potty, jimat sikit duit nak beli pampers.
hahahahahahaahaha

Friday, March 8, 2013

Kulit cantik, seks hebat, suami sayang!


Testimoni pengguna Vitamin E Shaklee...

Vitamin Cinta untuk isteri: Vitamin E & Alfalfa



Korang ada masalah 'tak ada feel' nak bersama dengan suami?
Ada masalah kulit kusam, jerawat, parut dan sbg nya?

Cuba amik Vitamin E Shaklee...

InsyaAllah, boleh atasi masalah2 seperti kat atas...

Berminat?

Email saya di ainulfariza@yahoo.com
or boleh whatsapp/line/viber di 0126100761.

JOM HIDUP SIHAT & BAHAGIA!





Seks terpaksa? Dingin?

Assalamualaikum semua...

Hari ni, nak bercerita tentang hubungan intim antara suami isteri...
Ni untuk yang berkahwin sahaja ye.
Kalau belum kahwin tapi dah cukup umur takpe boleh baca.
Belajar. Nanti dah kahwin boleh praktikkan...

Seringkali kita dengar tentang masalah wanita yang semakin hari makin tak ada mood nak bersama dengan suami. Faktor biasa adalah penat. Faham...
Kita orang perempuan ni memang lain sikit bila tiba bab 'nak bersama' suami tu.
Kalau tak ada feel, memang mengelat je kan...
Kalau tak dapat mengelat pun, terpaksa rela je masa 'bersama' suami...

Tapi, tak baik kan kita buat macam tu kat suami.
Itu kan dah jadi tanggungjawab kita sebagai isteri.
Hadith Nabi S.A.W pun ada menyatakan bahawa seorang isteri yang menolak ajakan suaminya malaikat melaknatnya hingga ke pagi.
Astaghfirullah al 'adziim...

Huhu saya yang baru 4 tahun kahwin pun pernah mengalami perkara sebegitu.
Tapi lepas tu pikir balik, tak baik betul buat macam tu.
Nanti kalau suami carik lain, kita gak yang mengamuk.
Na'uzubillah...

Jangan risau.
Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan kan..
Kita nak benda yang elok. Agar rumah tangga lebih bahagia.
Bila 'servis' baik kat suami, kan senang nak minta suami bagi duit untuk kita shopping..
heh heh heh..
Macam mana nak naikkan kembali kehangatan asmara kita dan suami?
Jom tengok kehebatan 'Vitamin Cinta' Shaklee..
(itu master saya yang namakan...)

1. Vitamin E

Kebaikan Vitamin E untuk lelaki:-

  • Membantu dari segi kesuburan sperma, meningkatkan pergerakan sperma, menambah bilangan sperma
  • Lebih tenaga seksual
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasm yang lebih kerap dan bersemangat
Untuk wanita pula Vitamin E berfungsi untuk:-
  • Membantu masalah kedinginan (tak ada feel nak 'bersama')
  • Lebih mudah terangsang 
  • Ereksi yang lebih lama
  • Awet muda sebab Vit E membantu kita untuk mendapatkan kulit yang cantik (lagi lah suami geram tengok... =D )
  • Mencerahkan puting 
  • Membantu mengurangkan kesakitan pre-menstrual
Vitamin lain yang disarankan untuk sang suami supaya lagi POWER: Omega Guard & Zinc
Vitamin lain yang disarankan untuk si isteri supaya bertambah 'ada feel': Alfalfa

Berminat nak cuba?

Jangan segan untuk email saya di ainulfariza@yahoo.com.
Atau boleh whatsapp/line/viber di 0126100761.

Semarakkan kembali kehangatan cinta kita suami isteri...
JOM HIDUP SIHAT & BAHAGIA!

=)

Wednesday, March 6, 2013

Testimoni Slimming Set Shaklee. TERBAIK!

Kesinambungan dari sini



salah satu testimoni dari pengguna setia slimming set Shaklee.


teruja baca testimoni mereka ni...
seronok n sangat bermotivasi untuk terus menggunakan slimming set Shaklee...
=)


seronok kan?
kalau orang lain turun berat mereka, kita juga boleh.
betul tak?

InsyaAllah, di mana ada usaha dan tawakal, pasti ada hasilnya.
Huhu...

JOM HIDUP SIHAT!

Berminat nak cuba produk ini?
Email saya di ainulfariza@yahoo.com untuk dapatkan harga dan detail produk slimming set Shaklee...
atau boleh whatsapp/line/viber di 0126100761







Slimming set Shaklee. The Best Ever!

As promised, keinambungan dari sini...

How are you beautiful people?
Hopefully hari ni kita lebih bersemangat, lebih sihat, lebih baik dari semalam...
=)

Saya masih lagi dalam proses menurunkan berat badan, menyingkirkan lemak2 yang tidak diperlukan, mengurangkan inci pada lengan, pinggang, peha and mana2 bahagian yang terlebih inci tu lah...
So far, Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan produk slimming set Shaklee yang saya amik.
Kenapa saya berpuas hati?
Sebab dalam masa 2 minggu amik slimming set ni, berat turun 2kg!
Walaupun saya belum nampak bahagian badan yang menyusut, tapi ternyata lepas 2 minggu, badan rasa ringan...
Jalan naik tangga pun tak mengah sangat, dan yang penting bangun pagi tak liat sangat.
Amazingly, walaupun kurang makan, tapi rasa bertenaga buat kerja kat ofis.
(FYI, office hour saya dari 9am ke 6.30pm)...

So apa yang best sangat slimming set Shaklee ni.
Okay jom baca!

1. Detox

  • Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
  • Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum.
  • Apa yang sesuai untuk detox? Bagi yang tak ada masalah sembelit, boleh cuba ALFALFA. 


  • Dan bagi yang ada masalah sembelit pulak, boleh cuba HERBLAX.
ps: bagi yang menyusukan anak, HERBLAX tidak disarankan bimbang mendatangkan kesan pada anak.


2. Protein 

Kenapa badan kita memerlukan protein?
  • Membantu meningkatkan metabolisme badan. 
  • Meningkatkan perkembangan otot.
  • Menjaga nafsu makan.
  • Menjaga otot supaya bebas lemak. 
Bagaimana protein boleh membantu dalam menurunkan berat badan?
  • Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.
  • Ia juga mengelakkan diet yo-yo (cepat turun, cepat gemuk) kerana ia membantu dalam penyingkiran lemak dan membentuk otot. 

Bagaimana nak dapatkan protein terbaik?
  • Cinch Shake (pilihan flavor Vanilla, Chocolate & Latte)

  • Energising Soy Protein (ESP)
ps: bagi ibu menyusu anak, ESP sangat disarankan sebab ia juga membantu membanyakkan susu ibu.
InsyaAllah...
=)

3. Lecithin
  • Berfungsi untuk memecahkan lemak. (huhu ni yang paling syok dengar)
  • Pengemulsi semulajadi kerana ia melekat pada lemak dan menyebabkan lemak terapung dalam darah.
  • Mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.
Badan kita tidak dapat menghasilkan lecithin tetapi badan kita sangat memerlukan LECITHIN!


Dengan pengambilan gabungan 3 produk ni DAN dengan cara pemakanan yang sihat, InsyaAllah korang pun boleh dapat berat badan yang korang idamkan.
Saya sekarang tengah aim untuk sarung balik kebaya masa sebelum kahwin dulu & jeans saya yg size 27!
Jom kita sama2 dapatkan balik pinggang semut kita dulu. 
oh ya, jangan lupa minum air 2 - 3 liter sehari okay!

jom baca testimoni customer di sini... 

Nak cuba produk ni?
Jangan segan2 email saya di ainulfariza@yahoo.com ye...
atau boleh Whatsapp/Viber/Wechat at 0126100761

JOM HIDUP SIHAT!









Tuesday, March 5, 2013

Jom kurus dengan Shaklee... yippie!!

Bila dah beranak, perkara yang paling kita risaukan adalah badan naik mendadak.
Betul tak?
Aku pun sama.
Lepas berpantang memang seronok sebab badan susut. ye lah namapun berpantang kan..
makan nasi seciput je.. huhu

Tapi lepas tu, bila anak dah masuk 12 bulan, tiba2 je badan naik macam dipam2..
Mungkin sebab dah kurang bangun tengah malam, tidur terlebih cukup, dan selera makan pun menjadik-jadik..
Mula-mula tak perasan sebab rasa badan macam biasa je...
Aku mula perasan badan aku dah naik bila satu hari pegi attend wedding ofismate, dan amik gambar dgn pengantin, umang aii~~ terperanjat aku tengok badan aku dalam gambar tu. Memang kembang betul!
Terus rasa down!



Nak ditambahkan lagi kesahihan badan aku dah naik, satu hari masa pergi pasar malam dengan En. Suami,
terserempak dengan kawan dia.
Lepas sembang2 kejap, tiba-tiba kawan En Suami tanya aku, 'eh, dah ada isi ke?'
Oh tidak!!!
Aku tak mengandung, tapi kawan En Suami ingat aku mengandung.
Memang sah lah dah GEMUK!!!

Lepas tu memang down sangat2.
Sampai tak nak makan.
Sampai kena marah dengan En Suami, dia tak suka aku tahan2 makan.
Sampai En Suami kata, dia tak pernah complain pun pasal badan aku.
Sebab di mata dia aku tetap seksi. hahahahahahahaha

Tapi kita orang pompuan ni memang paling sensitif bila orang tegur pasal badan kan..
Kalau orang cakap 'eh dah kurus lah...' syok jugak dengar...
Ni paling pantang lah orang tegur 'eh kenapa dah berisi?'..
OH SO NIGHTMARE!

So what did I do?
Aku GOOGLE segala mak nenek tentang produk untuk kuruskan badan.
Macam2 aku google. Sampai naik pening sebab banyak sangat produk.
Hinggalah satu hari ALLAH bukakan hati aku untuk baca tentang produk Shaklee.
Sebelum ni memang pernah dengar pasal Shaklee, tapi itulah, tak rasa nak amik tahu pun.
So lepas baca tentang produk Shaklee and testimoni2 customer yang dah berjaya menguruskan badan dengan produk Shaklee, aku nekad, ok aku nak cuba!

Aku terus order Lecithin & Cinch Shake perisa Vanilla.
Secara ringkasnya, Lecithin berfungsi untuk memecah dan membakar lemak2 dalam badan.
Cinch Shake pula berfungsi untuk memberikan sumber protein yang akan membantu membentuk otot badan.
Dalam masa yang sama, Cinch Shake memberikan kita rasa kenyang so kuranglah pengambilan makanan...

Haha mesti tak sabar nak tahu apa kesan lepas aku amik Lecithin & Cinch Shake ni kan..?
Sabar...
Aku baru start amik 2 produk ni pada 20 Februari 2013 dan berat aku pada masa itu adalah 65kg.
(aku ni dikategorikan sebagai kurang tinggi so 65kg adalah tidak seimbang untuk BMI badan aku).
Cuma yang aku boleh katakan buat masa ni, dalam masa 2 minggu ni, aku dah turun 2kg...
Sebab berpuas hati dengan produk Shaklee, aku terus join jadi ahli.
hehehehe

okaylah...
kita sambung next entry k...
aku tau korang mesti teruja nak tahu..

=)

JOM HIDUP SIHAT!


ps: kalau rasa tak sabar jugak, nak tahu lebih lanjut, feel free to email me at ainulfariza@yahoo.com
nak order terus pun boleh...
atau boleh whatsapp/line/viber di 0126100761



Monday, March 4, 2013

Mundane.

Have you ever felt like;
when you've been doing some thing for too long,
and you've become too good in doing that some thing,
and you no longer find the challenges or adventures in doing that some thing,
and you feel like your life is beginning to be too static,
too rigid,
and you have no more motivation to do the thing that you've been doing,
and you feel like you really need to break out of that mundane life.

Have you?
Feel that way?

I have.
In fact I'm feeling it now.
I'm bored--
with my job.
It really bores me down.

I think the time has come--
for a new environment,
for a new challenge.

It's time for a new--
ME!

Wednesday, February 27, 2013

bla.. bla.. bla..

Life as working mother is no easy task.
Don't get me wrong.
I'm not complaining.
In fact, I'm pretty much enjoying it!
If before I treated work as a thing-to-do-to-get-paid-so-that-I-can-shop-till-I-drop,
now, I regard it as one of my responsibilities.
My responsibility as a mother so that I can feed my child.
My responsibility as an employee so that I can bring more productivity for the company.
My responsibility as Malaysian, so that I can be proud knowing that I did my part as well in the country's development.
hahahahaha patriotik pulak tiba2!

Sebab tu lah dah lama tak update blog.
hahaha alasan je tu kan...

Takde apa pun sebenarnya.
Sekadar menjadi syarat agar bulan Februari ada jugak entry kat blog ni.

Hopefully lepas ni ada mood untuk update blog.

Okay get back to work!
Jangan nak curik tulang je keroje nye!

Thursday, January 17, 2013

His first words...

Aliff punya 1st few words...

Dia mula dengan 'ma ma'..
Huu~~ sejuk hati ibu mengandung...

Lepas tu 'ba bah'...
Ajar dia sebut 'pa pa' -- 'ba bah' jugak yang disebutnya.
Okaylah, apa2 lah nak. 
Asalkan ang hepi.

Last week dia start sebut 'ma mam'...
Habis semua benda dia sebut 'ma mam'.
Nak makan 'ma mam'.
Pegang mainan 'ma mam'.
Pegang kasut 'ma mam'.
Okay2, takpe nak..
Pelan-pelan belajar ye...

Tapi paling aku runsing dengar bila aku balik kerja semalam.
Mula2 aku dengar macam dia sebut 'bey (as in 'bear') bi'...
Tapi bila dah banyak kali dia sebut,
it turned out to sound like
'bab bi'.
Ah sudah! 
Apo ni nak?
Tak mau la macam ni!

Monday, January 14, 2013

Lagi kisah kasih mak ayah...

Sejak ada anak, both en suami and i,
cuba sehabis mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk dia.
Tidaklah semahal manapun pakaian dan mainannya,
asalkan dia juga ada, dia juga merasa akan apa yang anak lain ada.

Segala apa yang aku dan suami buat,
membuatkan aku sedar betapa besarnya pengorbanan mak dan ayah kita.
Mungkin selama ini kita tahu mak ayah berkorban untuk kita,
tapi itulah, orang kata selagi kita sendiri tidak merasa betapa perihnya melahirkan
dan membesarkan anak,
kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang mak ayah kita lalui sewaktu membesarkan kita.

Apa yang kita nampak hanya senyuman mereka.
Kita tak nampak air mata mereka tatkala bersengkang mata menjaga kita sakit.
Kita tak nampak kepenatan mereka setelah bekerja seharian mencari nafkah untuk kita.
Kita tak nampak akan kerunsingan mereka apabila kekurangan wang untuk keperluan kita.

Kenapa?
Kerana kita terlalu pentingkan diri kita untuk mendapat segala apa yang kita hendak.
Kehendak kita, bukan kehendak mereka.
And yes, we ARE that SELFISH!
Terlalu selfish sampai kita terkadang lupa perbuatan kita itu mengguris perasaan mak ayah kita.

Kalau dulu sebut je nak apa, nak pergi mana, nak makan apa...
Pasti akan mak ayah kita cuba turuti.
Ye lah apa yang kita tahu, kita kan terlalu penting diri sendiri...

Sekarang mak mintak tolong buang sampah je,
itupun dah ikat plastik sampah elok2,
tinggal kita angkat letak kat tong sampah luar,
itupun banyak songeh, banyak alasan, tambah pulak dengan 'alaaahhhh nanti lah!'...
Kau ingat masa tu mak kau diam, dia tak terasa apa2?
Mak diam sebab dia terluka mengenangkan segala penat jerih dia membesar dan menjaga kita,
dibalas dengan 'alaaaahhh nanti lah!'
Belum lagi kalau mak ayah mintak tolong hantarkan ke klinik ke, ke pasar ke...
Sehabis baik dah mak ayah fikir, cuba tak nak susahkan anak2..
Nak mintak hantar je, bukan mintak teman pun,
itupun kau dah melenting kata penat lah, banyak kerja lah.

Ye lah apa yang kita tahu,
kita kan penting diri sendiri...
Memang itulah kita, kan?