Sejak ada anak, both en suami and i,
cuba sehabis mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk dia.
Tidaklah semahal manapun pakaian dan mainannya,
asalkan dia juga ada, dia juga merasa akan apa yang anak lain ada.
Segala apa yang aku dan suami buat,
membuatkan aku sedar betapa besarnya pengorbanan mak dan ayah kita.
Mungkin selama ini kita tahu mak ayah berkorban untuk kita,
tapi itulah, orang kata selagi kita sendiri tidak merasa betapa perihnya melahirkan
dan membesarkan anak,
kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang mak ayah kita lalui sewaktu membesarkan kita.
Apa yang kita nampak hanya senyuman mereka.
Kita tak nampak air mata mereka tatkala bersengkang mata menjaga kita sakit.
Kita tak nampak kepenatan mereka setelah bekerja seharian mencari nafkah untuk kita.
Kita tak nampak akan kerunsingan mereka apabila kekurangan wang untuk keperluan kita.
Kenapa?
Kerana kita terlalu pentingkan diri kita untuk mendapat segala apa yang kita hendak.
Kehendak kita, bukan kehendak mereka.
And yes, we ARE that SELFISH!
Terlalu selfish sampai kita terkadang lupa perbuatan kita itu mengguris perasaan mak ayah kita.
Kalau dulu sebut je nak apa, nak pergi mana, nak makan apa...
Pasti akan mak ayah kita cuba turuti.
Ye lah apa yang kita tahu, kita kan terlalu penting diri sendiri...
Sekarang mak mintak tolong buang sampah je,
itupun dah ikat plastik sampah elok2,
tinggal kita angkat letak kat tong sampah luar,
itupun banyak songeh, banyak alasan, tambah pulak dengan 'alaaahhhh nanti lah!'...
Kau ingat masa tu mak kau diam, dia tak terasa apa2?
Mak diam sebab dia terluka mengenangkan segala penat jerih dia membesar dan menjaga kita,
dibalas dengan 'alaaaahhh nanti lah!'
Belum lagi kalau mak ayah mintak tolong hantarkan ke klinik ke, ke pasar ke...
Sehabis baik dah mak ayah fikir, cuba tak nak susahkan anak2..
Nak mintak hantar je, bukan mintak teman pun,
itupun kau dah melenting kata penat lah, banyak kerja lah.
Ye lah apa yang kita tahu,
kita kan penting diri sendiri...
Memang itulah kita, kan?
Farewell My Blog
1 year ago
=)
ReplyDelete