CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 2, 2013

Anak belum bercakap? When to get help?


Alhamdulillah, hero kecik ni nak masuk setahun 4 bulan (16 bulan) lagi beberapa hari.
Setakat ni mulut memang becok bercakap walaupun ada yang kita tak paham.
Yang paling jelas dia sebut 'mama', 'mamam', 'minyum', 'chuchu', 'djatoh', 'nnek', 'atok', and favourite word dia 'takdo'.
hahahahahahaha
Kalau nak panggil papa, ikut mood dia.. kadang2 dia panggil 'baa' tapi most of the time dia panggil bapaknye 'mmaa'.. huhu suka hatilah nak.. just enjoy your development okay...

Cepat atau lambat seseorang anak bercakap sebenarnya tak ada masalah.
Cuma kalau ikut stage umur dia dan dia masih belum menunjukkan apa2 tanda untuk bercakap, at that point dinasihatkan agar consult doktor. Sebab semua itu nanti akan berkait dengan perkembangan cognitive dia...

Bila sepatutnya kita kena jumpa doktor untuk tanya pasal masalah anak yang belum menunjukkan any sign of speaking?
Firstly, trust your instincts.
Atau boleh refer to these signs:

Menjangkau 12 bulan:
  • Masih tidak menyebut 'mama' atau 'papa'
  • tidak menggunakan gerakan seperti melambai, menggeleng atau menunjuk sesuatu
  • tidak faham dan tidak memberi respon terhadap perkataan seperti "no" atau "bye bye"
  • tidak menunjukkan perkara yang sepatutunya menarik minat seperti burung terbang atau aeroplane
  • tidak menyebut single word dalam usia 12 ke 15 bulan
  • tidak babble (merepek bahasa budak) seolah-olah dia sedang bercakap  


Menjagkau 18 bulan:
  • tidak menunjuk kepada sekurang-kurangnya satu anggota badan apabila ditanya
  • tidak berkomunikasi dengan anda walaupun pada masa itu dia perlukan bantuan atau memerlukan sesuatu yang dia hendak
  • tidak menyebut sekurang-kurangnya 6 perkataan


Di antara 19 dan 24 bulan:
  • Tidak mempunyai perkembangan perkataan (sekurang-kurangnya 1 perkataan baru seminggu)


Menjangkau 24 bulan:
  • tidak memberi respon kepada arahan yang simple
  • tidak berpura-pura bermain dengan patung atau diri sendiri (contoh berpura-pura menyikat rambut atau memberi patung makan)
  • tidak meniru perkataan atau perbuatan orang lain
  • tidak boleh menunjuk kepada gambar yang disebut dalam buku 
  • tidak boleh menggabungkan 2 perkataan
  • tidak tahu fungsi perkakas rumah yang asas (contoh: garpu atau berus gigi)


Menjangkau 25 bulan:
  • tidak menggunakan 2  ke 4 perkataan simple untuk satu ayat
  • tidak dapat menamakan beberapa anggota badan
  • sukar untuk melengkapkan nursery rhymes yang biasa didengarnya
  • tidak menanyakan soalan yang simple


Menjangkau 30 bulan:
  • Percakapannya tidak dapat difahami oleh sesiapa dalam keluarga


Menjangkau 36 bulan:
  • Tidak menggunakan kata ganti diri (saya, awak)
  • Most of the time dia tidak dapat difahami oleh orang lain yang bukan keluarga 


Menjangkau 3 tahun:
  • tidak dapat bercakap dalam frasa pendek / rangkai kata
  • tidak dapat memahami arahan yang pendek
  • tidak berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • sangat sukar berjauhan dengan ibu bapanya
  • percakapan yang sangat tidak jelas
  • masih lagi gagap dan menunjukkan mimik muka bila cuba untuk bercakap


Menjangkau 4 tahun:
  • masih belum mahir single conconants (contoh 'p', 'b', 'm')
  • tidak faham akan konsep "sama" dan "tidak sama"
  • tidak menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak" dengan betul


Hopefully, semua ni boleh dijadikan guideline kepada kita dalam monitor pembesaran anak kita.
Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, it's better to talk to your doctor sebab lagi cepat kita tangani masalah tersebut, lebih baik kan...

1 comment:

  1. Artikel yang bermanfaat. Saya copy dan kredit untuk blog ini boleh?

    ReplyDelete