CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 13, 2013

When to start potty training..?

Sejak beranak, dari anak umur 1 hari kita dah 'berkubang' dengan berak & kencing anak...

Hahaha ingat lagi pengalaman pertama aku dulu, tak sampai 12 jam lepas bersalin, Aliff menangis tak henti2.
Dah lah dia tak boleh latch on masa tu, aku cuba bagi susu pun tak berhasil nak tenangkan dia.
Sampailah akak katil sebelah kata cuba cek pampers dia...
Aku bukak kain bedung dia, cek pampers dia.. TU DIA!!! dia berak rupanya.
Itulah pertama kali aku tukar pampers bayi berak.
huhu mula2 tu geli jugak, dah lah tak pandai, habis kena kat tangan semua...
hahahaha takpe, pengalaman kan... kalau tak belajar, takkan pandai ye tak...

Sekarang Aliff dah setahun 2 bulan, masih lagi pakai pampers.
Aku pun masih tak terpikir lagi nak train dia berak or kencing kat tandas lagi.
Dia pun belum pandai cakap lagi.
Tapi since aku terjumpa artikel pasal potty training ni, aku saja nak share dengan semua mummy baru macam aku kat luar sana.

So, macam mana kita nak tahu kalau anak kita dah sedia untuk potty training (latihan buang air dalam bekas buang air budak).
Ini tanda-tandanya...


Tanda-tanda fizikal
  • Boleh berjalan dan berlari dengan steady. 
  • Jumlah air kencing dalam jumlah yang lebih kurang sama pada satu masa
  • Masa buang air besar yang lebih kurang sama / boleh dijangka
  • Terdapat suatu masa bila anak tak kencing dalam masa 2 jam atau semasa tidur siang (ini menunjukkan bladder dia dah boleh tampung kencing yang secukupnya).

Tanda-tanda pada kelakuan / tabiat
  • Boleh duduk dalam satu posisi dengan senyap selama satu atau dua minit
  • Boleh melucut atau menarik seluarnya sendiri
  • Tidak suka memakai pampers yang basah atau kotor
  • Dia berminat melihat perlakuan orang lain ke tandas (dia nak tengok orang pergi ke tandas)
  • Menunjukkan isyarat yang dia sedang rasa nak buang air contoh meneran, atau tiba-tiba mencangkung
  • Menunjukkan perihal yang dia mahu melakukan sesuatu benda sendiri
  • Dia happy / bangga bila dia berjaya melakukan sesuatu sendiri
  • Dia tidak berkeras / melawan apabila diajar menggunakan tandas
  • Dia mahu memberi kerjasama dengan kita
    1.   


Tanda-tanda cognitive 

  • Dia faham tanda-tanda yang dia kena pergi ke tandas, dan boleh memberitahu kita yang dia hendak buang air atau mungkin akan menahan sehingga dia sampai ke potty nya.
  • Dia boleh mengikut arahan yang simple contohnya 'Aliff, tolong amik mainan tu...'
  • Dia faham akan nilai untuk meletakkan sesuatu benda di tempat asalnya
  • Dia ada perkataan sendiri untuk 'kencing' dan ' berak'
Haa... camane?
Anak-anak korang dah ada tanda-tanda macam ni tak?
Kalau Aliff, setakat ni yang aku perhati, bila dia nak berak, dia akan menjauhkan diri dari orang, dan mencangkung, dan meneran... hahahahaha
Tapi kalau kencing, aku tak perasan pulak tanda-tanda dia..
Mak aku pernah cakap, baby kalau tengah kencing, hidung dia akan mengembang..
Hahahahaha ada2 je kan...

Anyway, selamat menjalankan eksperimen ke atas anak-anak kita...
Okay gak kalau Aliff boleh awal2 buang air kat potty, jimat sikit duit nak beli pampers.
hahahahahahaahaha

2 comments:

  1. thank you for the tips. memang tgh nak ajar najla potty train. tp xpasti bila nak mula..

    ReplyDelete
  2. my pleasure ibu najla...
    sharing is caring =)

    ReplyDelete