CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 25, 2012

Suka suki buat eksperimen!

Testing 123...

kesian anak aku, jadi bahan eksperimen susu formula pulak..
bukan aku sengaja tak nak BF anak aku, in fact aku sgt menyokong BF.
cuma aku gagal utk BF anak aku secara eksklusif.

emm tiba2 hilang mood pulak.

sambung lain kali lah..
<hilang mood sbb tiba2 rasa rendah diri sbb xdpt BF anak sendiri>

Tuesday, April 24, 2012

Bila dia demam...


Oh, baru perasan ni 1st time letak gambar Aliff (other than profile pic).

As I write this, demam Aliff dah kebah sikit.
Tapi masih ada panas lagi.
Tak sampai tengok dia demam, mata berair-air...
Pastu pandang aku, buat bunyi2 dia (seperti orang nak berborak)
macam nak mengadu kat aku dia sakit...
T_T
huhu bergenang jugak air mata aku bila tengok dia macam tu.

Mama doakan Aliff cepat sembuh ye.
Aliff anak bujang, mesti kuat.
Ni demam tak sabar nak besar ni...
tak sabar nak main bola ye...

Semoga cepat sembuh sayang...

Tips: Bila anak demam, lap dia selalu dengan tuala basah suam-suam...
InsyaAllah cepat turun panasnya.

Wednesday, April 18, 2012

Kisah eksperimen puting botol susu

Assalamualaikum...

AMARAN: INI BUKAN ENTRY MEMPROMOSI PUTING BOTOL.
SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK UNTUK ANAK ANDA.

Aku kena cakap macamtu nanti orang ingat aku tak support BF pulak.
Aku support cuma aku tidak begitu bernasib baik bila masuk bab BF. Kan sudah ku bilang pada entry yang lepas, aku tak berjaya BF anak aku. (ok don't want to ponder too much on my BF experience).

Pada awal2 Aliff mula menggunakan botol susu, dia ok je.
Sampailah satu hari tu, setiap kali dia hisap botol, dia mesti meraung sekuat hati.
Ingatkan susu terlalu panas. Or dia sakit perut. Or dia tak suka susu tu.
Dua hari gak dia begitu.
Hinggalah satu hari En. Suami ternampak sesuatu kat lelangit dia masa Aliff menjerit waktu menyusu tu.
Rupanya ada ulcer besar kat lelangit dia berhampiran dengan tekak dia.
Kesian anak Mama... Patutlah dia meraung kesakitan.

Terus cepat2 bawak dia jumpa Doktor.
Lepas doc tengok, doc advise guna puting botol yang lebih lembut.
Dia siap recommend "Doctor Baby".
Keluar je dari klinik, lepas hantar aku pulang (sebab aku masih lagi berpantang masa tu), En. Suami terus keluar carik puting Doctor Baby.
Dan pulang dengan tangan yang tidak kosong...    =)


Bila Aliff guna puting DB ni, takde lagi dia meraung masa hisap botol susu. 
Ulcer dia pun dah sembuh, doc bagi ubat sapu untuk buat dia rasa kebas.
Tapi yang aku perasan, setiap kali Aliff menyusu, dia mesti terbatuk-batuk.
Macam tersedak.
Pernah sekali dia terbatuk-batuk sampai termuntah.
So aku sangat fobia bila dia batuk masa tengah menyusu.

Hinggalah satu hari, ada kawan En. Suami datang ke rumah bersama dengan isteri dan anak dia yang baru berumur 1 tahun lebih.
Aku ternampak isteri dia bancuh susu untuk anak dia dan terus sibuk bertanya anak dia pakai botol susu apa?
Dia kata NUK. Yang ni bagus katanya, budak tak tersedak.
Oh aku sangat suka statement itu.

Maka bermulalah pencarianku untuk mendapatkan botol susu NUK.
Survey punya survey aku jumpa ada jual puting botol NUK sahaja. Aku fikir baik beli puting dia je sebab botol susu dah ada.
Dan semalam Aliff mula menyusu menggunakan NUK latex teats size 1 (slow flow).



Mula-mula kesian jugak tengok Aliff berusaha bersungguh-sungguh nak hisap sebab sebelum ni dia dah biasa dengan puting DB yang lubang dia agak besar dan flow pun laju.
Bila guna NUK ni, flow dia slow sikit. (yelah nama pun guna size 1 untuk slow flow).
Tapi dari pemerhatian aku, bila guna NUK ni Aliff takde terbatuk-batuk waktu menyusu walau sekali pun.
Sebab lubang puting ni dikawal oleh lidah baby tu. Kalau baby tu tak hisap, air susu takkan keluar.
Harap-harap Aliff okay guna puting NUK ni.
Aku risau kalau dia selalu sangat tersedak, takut air susu termasuk dlm paru2 ke or anything.
So far, Alhamdulillah, bila guna NUK ni, aku tengok Aliff takde tersedak.

Hahaha puting botol susu pun boleh jadi cerita kan.
Tapi tapi tapi, ingat tau, breastfeeding jugak adalah yang TERBAIK untuk anda dan anak anda.
Keep it up okay!

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum...

Hari ni kesihatan tidak begitu baik. Batuk + selsema. Pakej.
Oh nak cerita kisah semalam masa pergi birthday party anak jiran.
Jiran ni baru je melahirkan seorang baby girl (masih lagi dalam pantang), dan birthday party semalam tu untuk anak sulung dia yang umur 2 tahun.

Jiran: Eh, dia tak botak lagi ke? (sambil tunjuk kat Aliff)
Aku: Tak... nanti kat Seremban Atuk dia nak buat cukur jambul lagi masa Aqiqah dia...
Jiran: Aku dulu cukur sendiri aja. Dalam bilik air. Buat sorang-sorang..
Aku: Oh ye ke... saya tak berani nak cukur kepala dia..
Jiran: Pakei baby oil.. licin.. (oh lupa nak cakap, jiran kami ni Indonesian)
Aku: Anak tidur malam tak? (sambil tunjuk kat baby girl yang baru lahir tu)
Jiran: Tidur... tapi tidur-tidur gitu aja. Sejam dua bangun lagi..
Aku: Biasalah tu.. dulu Aliff ni langsung tak tidur malam waktu dalam pantang. Tapi bila siang, tidur memang hanyut..
Jiran: Oh ini sama kayak si Fahri. Dulu pun nggak tidur malam jugak. Bagi susu badan?
Aku: Masa pantang je dapat bagi. Itupun pam, bagi pakai botol. Sekarang dah tak ada..
Jiran: Oh ya ka? Tapi badannya buruk ya...
Aku: <tertawa kecil>

Jangan salah sangka...
Dulu masa aku kat Sarawak, bila makcik-makcik aku lahirkan anak, dan aku sebagai sepupu anak-anak mereka yang dah besar sikit akan tolong menjaga mereka masa cuti sekolah.
Masa tu nenek selalu pesan, kalau nampak baby sihat tembam berisi, jangan tegur direct..
Maksudnya jangan cakap "eeeiiii berisinya.. tembamnya.. sihatnya..."
Tak boleh.
Nenek kata mesti cakap yang sebaliknya, "eeiii jaik badan.." (jaik dalam bahasa Sarawak adalah buruk dalam konteks ayat ini).
Sebab nenek kata kalau cakap yang betul macam "eeeiiii berisinya.. tembamnya.. sihatnya..." takut nanti badan budak tu merajuk, tak nak membesar lagi. Daripada tembam comey berisi terus jadi kurus kering..
Macam tu lah lebih kurangnya pemahaman aku..

So, bila jiran aku cakap badan Aliff buruk, aku tak ambil hati. Sebab ni first time aku dengar orang cakap macam tu selama aku dok kt KL ni.
Kalau dulu, hanya orang Sarawak je yang akan cakap macam tu.
Aku tak ambil hati sebab aku tau maksud dia bukanlah badan Aliff tu buruk. Maksudnya badan Aliff nampak berisi. (Oh anak aku tak tembam, cuma dia nampak tegap dan tinggi).
Jadi, kalau ada yang kata anak kamu badan buruk, jangan ambil hati ye.. Sebab maksudnya adalah sebaliknya...

Happy MONDAY everybody!
Dah, jangan malas buat kerja. Nanti syaitan berjoget-joget kegembiraan.

Sunday, April 15, 2012

Mereka itu Syurga kita

Dulu, aku akui, aku budak jahat.
Ayah bising suruh pakai tudung, aku tunjuk muka takde perasaan.
Bila dah pakai tudung, ayah bising lagi sebab pakai baju singkat, seluar ketat.
Aku sakit hati.
Sampai satu ketika, aku benci ayah aku sebab tak macam ayah orang lain.
Yang tak kisah anak perempuannya tak pakai tudung.
Yang tak kisah anak perempuannya pakai baju takde lengan, skirt pendek, hot pants.
Sampai aku cemburu dengan anak-anak perempuan yang ayah mereka cool begitu.

Astaghfirullahalazim.
Aku tak sedar bila aku mula menyarung tudung atas kerelaan hati sendiri.
Aku tak sedar bila aku mengenakan baju longgar dan labuh menutup punggung atas kerelaan aku sendiri.
Cuma yang aku sedar, rupa-rupanya dulu ayah begitu bertegas suruh anak perempuannya jaga aurat adalah untuk kebaikan aku sendiri.

Dan aku bersyukur kerana lahir dari seorang ayah yang terlalu menjaga kepentingan beragama.
Kerana kalau aku dilahirkan dari seorang ayah yang super cool yang tak kisah aku pakai tudung atau tidak, yang tak kisah kalau aku pakai skirt pendek atau baju singkat, aku pasti, aku akan jadi perempuan liar.
Betul, aku tak tipu. Aku tahu diri aku sendiri.
Dan sejak aku tersedar dari tindakan rebellious aku tu, aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati ayah aku.
(Dengan ibu, aku memang rapat. Cuma dengan ayah je aku agak kurang rapat. Mungkin sebab dulu ayah garang dan tegas membuatkan aku menjauhkan diri darinya).

Cuma aku kesal sebab masih ada insan-insan di luar sana yang tidak menghargai ibu dan ayah mereka.
Yang masih lagi bercakap kasar dengan ibu dan ayah mereka.
Yang masih melawan cakap ibu dan ayah biarpun diri sendiri sudah punya anak dua.

Diorang tak tahu ke betapa susahnya mak dan ayah kita melahir dan membesarkan kita?

Ye, aku tahu ayat itu memang cliche.
Sebab dulu aku pun tak faham erti pengorbanan ibu dan ayah.
Dulu, aku suka hati je minta itu dan ini dari mak ayah aku.
Walaupun ada yang aku minta tu tak dapat, but still, mak ayah aku akan cuba juga dapatkan untuk aku.

Sejak ada anak, aku semakin faham kenapa dulu ayah aku banyak berkata tidak atas permintaanku.
Masa sekolah rendah aku sangat minat menari, ayah terus hantarkan aku ke sekolah agama supaya aku tak boleh teruskan minat aku. <BENCI>
Lepas habis sekolah, aku bilang sama ayah aku nak further study kat oversea (konon glamor n best lah dok oversea tu). Ayah kata tak boleh, ayah tak percayakan aku. <KECEWA>

Tapi aku tahu dia buat semua tu sebab nak elak aku dari tersasar dari pegangan agama dan hidup. (Kan aku dah cakap, kalau tidak kerana ayah mungkin aku dah jadi perempuan liar...)

Apa sebenarnya aku nak cakap ni?
Tak, sebenarnya aku nak cakap tolonglah jangan lukakan hati mak dan ayah kita.
Kita tak tahu betapa sedih dan terlukanya hati diorang bila kita lawan cakap diorang.

Bagi yang dah ada anak macam aku, pasti faham perasaan sebagai ibu bapa.
Betapa melautnya kasih dan sayang yang kita rasa untuk anak kita tu.
Sampai rasa nak menitis air mata bila terpandangkan wajah anak yang sedang tidur sebab terlalu kasihkan dia.
Setiap saat kita sentiasa risau akan anak kita.
Setiap saat berdoa supaya Allah sentiasa melindungi anak kita.
Dan terlalu banyak harapan yang dipertaruhkan untuk anak kita.
Bila dah terlalu kasih, apa yang kita rasa bila anak kita lawan cakap kita?

Itulah yang mak ayah kita rasa terhadap kita.
Bagaimana kita sayangkan anak kita, begitulah mak ayah kita sayang kita.
Dan bagaimana kita terasa hati dan terluka dengan perangai anak yang tidak mahu mendengar kata, itulah juga perasaan mak ayah kita bila kita melawan cakap mereka.

So please, aku mohon, kita sama-sama jaga mak ayah kita k.
Sementara mereka masih ada.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…



Friday, April 13, 2012

Pentingkan suami

Sejak ada Aliff, aku memang sibuk melayan dia je.
Masa pantang, memang 24 jam dengan Aliff.
Bila dah start kerja, balik je terus ambil Aliff dulu.

Sampai aku tak sedar, ada orang yang terasa hati.
Kerana terlalu asyik (yelah, excited ada anak kan) aku tak sedar yang suamiku rasa tersisih.
Sampailah satu hari dia sendiri yang keluarkan kata-kata,
"Mama ni sejak ada Aliff, terus lupakan Papa kan.."

Aku terdiam. Mulanya rasa nak protes, tapi bila aku fikirkan balik, memang betul apa yang En. Suami cakap.
Aku sekarang memang lebihkan Aliff.
Aku lebih manjakan Aliff. Kadang-kadang aku rasa aku lebih sayangkan Aliff daripada En. Suami.
Kalau dulu sebelum ada anak, semuanya untuk En. Suami.

Sejak En. Suami luahkan apa yang dia rasa tu, aku mula sedikit2 nak bertindak adil.
Oh bukan senang rupanya nak berlaku adil.
Sebelah kanan suami, sebelah kiri pulak anak yang masih kecil yang memang sudah tentu perlukan sepenuh perhatian dan jagaan.
Tapi apapun, dalam agama pun menyuruh isteri taat dan dahulukan suamikan...
Hish rasa berdosa pulak.

So, hari ni aku nak berkongsi dengan para isteri kat luar tu kebaikan dan kelebihan kita sebagai isteri ni bila taat pada suami dan bahagiakan suami...
Papa, mama minta ampun ye... Mama akan cuba balancekan kasih sayang dan perhatian Mama pada Papa dan Aliff ye...

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” 

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Nabi SAW bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." (HR Nasa'i)

Ketika Rasulullah SAW berkhutbah Hari Raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepad Allah SWT dan anjuran untuk mentaatinya, Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita. Baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: "Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api neraka jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami." (HR Bukhari) 

Astaghfirullahalazim, begitu besar tanggungjawab kita sebagai isteri sebenarnya. Dan begitu besar juga ganjarannya.

Mode insaf.

Hopefully kita semua mendapat pengajaran daripada perkara-perkara di atas ye...

Nothing much...

Malas betul nak kerja hari ni..
Semalam cuti, itulah yang buat malas sangat nak kerja.
Hish tak baik malas2, nanti syaitan berjoget kegembiraan...

Nothing much to write.
Cuma nak bagitau InsyaAllah, Sabtu ni 14/4 kami akan buat majlis cukur jambul Aliff.
Huhu 1st time nak buat kenduri utk anak ni. Aku tak prepare apapun lagi.
Yelah sbb En. Suami yang sibuk prepare.
Semalam cuti habiskan masa 1 hari menjemput orang untuk kenduri cukur jambul Aliff.
Macam menjemput untuk kenduri kahwin pulak aku rasa.

Okalah, InsyaAllah nanti update majlis dia.
Till then, happy working everybody!

Tuesday, April 10, 2012

Nasib dan Redha

Hidup ini tidak selalunya indah.
Tapi tidak bermaksud kita tidak berhak merasa bahagia.
Kerana bahagia itu pasti ada dukanya.
Dan dalam duka pasti ada bahagianya.

Ada orang yang Allah bagi lebih, hidup senang lenang agar dia boleh berbuat bakti kepada orang lain yang susah dan memerlukan.
Ada orang yang Allah beri sedikit, agar dia sentiasa berusaha dan berdoa, mendekatkan dirinya kepada Allah.

Tetapi tidak semua yang ada lebih itu, pemurah.
Dan tidak semua yang hidup dalam kekurangan itu, redha.

Sifat manusia, pasti ada perasaan cemburu apabila melihat orang lain punya sesuatu yang lebih dari kita.
Bohong kalau dia kata dia tidak cemburu. Pasti ada perasaan itu walau sekelumit cuma.
Walaupun kita cemburu, kita tidak sepatutnya mempersoalkan takdir bukan?
Kerana semua itu sudah tertulis.
Dan kita sebagai hamba Allah yang kena berusaha untuk mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.

Kalau cemburu melihat orang lain yang punya sesuatu yang lebih, jangan ada perasaan dengki.
Sebaliknya, jadikan ia sebagai contoh agar kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini.
Bila sudah tercapai akan kesenangan dan kelebihan yang diimpikan, jangan dilupa mereka yang susah dan memerlukan.
InsyaAllah, lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak pulangan yang Allah berikan.

Sebenarnya aku yang punya perasaan itu sekarang.
Aku cemburu melihat orang lain yang hidup senang, punya duit yang banyak.
Aku iri hati melihat orang lain boleh memiliki rumah yang cantik.
Aku turut mempersoalkan kenapa aku tidak seperti mereka.
Astaghfirullahalazim...

Sebab itu aku tuliskan ini, agar menjadi peringatan kepada semua, jangan mempunyai perasaan seperti aku ini.
Seharusnya aku bersyukur di atas segala apa yang aku ada hari ini, biarpun tidak sebanyak mana.
Kerana ada orang yang lebih susah dari aku.
Kerana ada orang yang lebih menderita dari aku.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah, diberkati dunia dan akhirat.

Aku sudahi tulisan hari ini dengan penuh keinsafan.
Dan setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan padaMu Ya Allah, atas segala kurnianMu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.