Kalau bercerita mengenai breastfeeding, akulah orang yang paling gagal. Dan itulah yang buat aku kecewa teramat sangat.
Di negara kita, especially hospital kerajaan (oh ya, aku bersalin di HKL), selesai je bersalin, bayi akan terus diberikan kepada ibunya untuk dijaga. Tak ada nurse yang akan tolong jaga anak kita. Dalam keadaan yang masih lemah, masih lagi berhalusinasi (itu yg terjadi pada aku), bayi adalah di bawah pengawasan ibunya 24 jam. Even hospitals in UK pun mengamalkan benda yang sama.
Aliff diserahkan kepada aku semasa aku dalam labor room lagi. Aku baru saja selesai dijahit, tak sempat nak lelap, nurse terus bagi anak aku untuk disusukan. Dan di situlah bermulanya kegagalan aku.
Bila nurse serahkan Aliff, aku masih lagi lemah, kehabisan tenaga, dan terbaring. Aku tak dapat nak tegakkan badan untuk duduk sekalipun. Dalam keadaan terbaring dan mengiring, aku cuba menyusukan Aliff. First time, aku rasa susah gila. Dengan keadaan fizikal payudara yang menambahkan lagi kesulitan untuk menyusukan anak, dan suara raungan tangisan anak aku, pengalamanku untuk menyusukan anakku buat pertama kali dalam usia seawal beberapa jam selepas dia dilahirkan, GAGAL. Aliff menangis, no, meraung to be exact. Kesian anak aku, lapar. Dengan aku sekali menangis bila dia menangis sebegitu sekali.
So, cubaan pertama menyusukan anak - GAGAL.
Bila dihantar balik ke wad, Aliff tidur. Sempat lagi aku gunakan masa itu untuk makan sup ayam yang mak aku bawak. Few hours lepas tu, baru je aku nak lelapkan mata, Aliff dah menangis nak menyusu. Okay, masa ni memang rasa kekok sebab kita tak pernah nak bukak baju di khalayak ramai, apatah lagi nak tayang payudara kat orang. Dengan tak ada tunjuk ajar dari nurse, aku cuba lagi. Dengan Aliff yang kelaparan menangis sekuat hati, aku cuba jugak susukan dia. Tapi Aliff tak dapat latch on. Aku cuba lagi, makin kuat dia meraung. Sampai keluar air mata. Akhirnya, aku cuba tenangkan dia dengan berzikir. Dan Aliff tertidur dengan perut kosong.
Cubaan kedua - GAGAL.
Bila nurse datang, aku bagitau yang aku tak dapat nak menyusukan anak aku. Dia kata kena jugak susukan walau macam mana sekalipun. Dan setiap kali Aliff menangis, setiap kali itulah aku cuba. dan setiap kali itulah Aliff akan tertidur sebab penat menangis dan kelaparan. Aku pandang ibu-ibu lain, senang je nak susukan anak mereka. Ada yang bagi susu badan sambil mengiring lagi. Aku jealous gila!
Cubaan-cubaan yang lain di hospital - GAGAL.
Aku bernasib baik sebab aku dan anak dibenarkan balik pada keesokan harinya. Bayangkan aku bersalin jam 3.45pm hari Khamis, pulang pada jam 3pm hari Jumaat, Aliff hanya dapat menyusu beberapa titik susu badan je. Itupun aku picit, masukkan dalam mulut dia ketika dia tidur.
Sampai je di rumah, aku bagitau kakak-kakak iparku yang aku tak dapat nak bagi susu kat anak aku. Dalam bilik, kakak-kakak iparku bagi tunjuk ajar. Macam mana pegang Aliff, macam mana nak masukkan puting dalam mulut Aliff. Dan Aliff yang kelaparan setelah 24 jam tak menyusu, meraung sekuat hati. Tak sabar nak menyusu, tapi upset sebab dia tak dapat susu. Dan untuk kesekian kalinya, aku GAGAL lagi.
Kasihan melihat anak aku yang kelaparan, aku cakap kat Suami, tak boleh tangguh ni. Kesian anak menangis sampai tak keluar suara, mulut terketar2. Aku suruh Suami keluar pergi beli susu formula. Last resort.
Hingga ke hari ini, aku masih lagi berusaha untuk breastfeed anak aku. Dan aku masih lagi belum berjaya. Aku rasa kegagalan aku ni berpunca daripada keadaan fizikal payudara aku. Tapi payudara memang Allah ciptakan untuk menyusukan anak, jadi walau bagaimana sekalipun, sepatutnya perkara itu tidak mendatangkan masalah kan. InsyaAllah, aku tidak akan give up. Aku akan beri walaupun Aliff hanya dapat sedikit sahaja daripada susu badan aku.
Few tips sebagai persediaan breastfeeding:-
- masa pregnant, kena rajin tarik puting supaya senang anak nak latch on nanti.
- masa lepas bersalin, ada sesetengah orang yang mengurut, mereka pandai urut untuk banyakkan susu.
- masa berpantang, banyakkan makan lobak putih, bawang putih, sawi. Ini yang nurse kat klinik kesihatan bagitau aku. Aku makan, memang susu banyak, tapi Aliff tak dapat nak hisap. So aku pump. Bila pump, dapat few ounce je dan semakin sikit semakin sikit.
- tapi apapun, jangan putus asa. Dan jangan rasa breasfeeding tu menyusahkan. Kalau diberi dan dilakukan dengan kasih sayang, bonding yang terbina antara ibu dan anak tu sangat indah. Sebab bila dah tak dapat nak menyusukan anak seperti aku, kamu akan rasa terlalu banyak kekurangan dalam membesarkan anak kamu.
Jadi, sama-samalah kita mencuba k. Majulah breasfeed untuk bangsa dan negara!
=)
Farewell My Blog
1 year ago
as salam....salam kenalan.ape yg awak cerita buat ayer mata saya mengalir semula.kisah awak sama dgn kisah saya.bb tk boleh latch on.failed to bf.anak org semua dpt susu ibu.siap ade yg terpancut2 susu ibunye masa nak susukan anak.anak kuning teruk smpai cucuk sana cucuk sini ambek darah.kisah awak sangat sangat sangat sangat sama dgn kisah saya.harap lepas ni kita boleh kenal rapat memandangkan kita ibu yg senasib =)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletethank you for reading my post.
kan... memang sampai sekarang rasa menyesal sangat2 tak dapat nak susukan anak. sampai hari ni masih lagi rasa bersalah kat anak. tapi alhamdulillah, anak membesar dengan sihat...
salam perkenalan.. =)
Sedih tapi kena redha sbb cabaran sebagai ibu ni bukan calang-calang. InsyaAllah gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Sy faham, sy juga gagal menyusu ank sulong sehingga 6 bulan. menyesal, bersalah semua ada smpikan ank sy menyusu botol pun sy peluk dia rapat2..skg umur 3 tahun, adik dia mmg direct bf, lepas adik setel, g peluk si abang pulak...lepas tu jemaah tido anak beranak..hihihi..
ReplyDeletePerasaan Ibu Bila gagal Menyusu Anak Sulong