CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri

Suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh walau perihal sekecil zarah cuma?
Pasangan mana yang tidak pernah bercanggah pendapat hanya untuk memilih warna cat bilik?
Isteri mana yang tidak pernah merajuk pada suaminya hanya kerana suaminya lambat 15 minit untuk menjemputnya di stesen LRT?

Kalau benar ada pasangan suami isteri yang tidak pernah terasa hati, tidak pernah memendam rasa terkilan, tidak pernah tidak bercakap sesama sendiri selama 5 minit, aku tetap tidak percaya. Kerana sememangnya tiada. Bilang sama aku, perempuan mana yang tidak pernah merasa terkilan seumur hidupnya? Bilang lekas.

Hidup berumah tangga bukannya hanya pelangi indah semata. Ia bukan manis seperti gula-gula sentiasa. Sedangkan gula-gula pun ada yang masam dan masin. Apaatah lagi dalam kehidupan berumahtangga. 

Bukan niatku untuk menakutkan bakal isteri2 atau suami2 di luar sana. Cuma sekadar memberi peringatan agar kamu lebih bersedia. Seperti mengemudi sebuah kapal layar, manakan mungkin tiada ombak dan badainya kan? 

Tetapi, pada hakikatnya, masam, masin, pahit, payau itulah yang membuatkan sesebuah perkahwinan itu lebih bermakna. Perkahwinan bukannya penghujung sebuah hubungan percintaan, tetapi sebenarnya suatu permulaan. Dan bagaimana kita mahu meneruskan permulaan itu, kita yang menentukannya.

Yang keras kepala, kalau kena dengan caranya, akan lembut jua.
Yang tidak mahu mengalah, kalau kena dengan caranya, akan menerima seadanya.

Perkahwinan bukan bererti menerima sahaja. Mahu suami kamu manjakan kamu, manjakan dia dahulu. Mahu suami kamu sayangkan kamu, sayangkan dia dahulu. Mahu suami kamu menyayangi dan menghormati kedua orang tuamu, sayangi dan hormatilah kedua orang tuanya. Jadi, untuk menerima, kamu harus memberi. 

Apapun, untuk para isteri, suami harus didahulukan sebelum ibu bapa kita. Dan para suami, isteri harus didahulukan sebelum ibu bapa kamu.

Haa, para isteri, untung tak kita jadi isteri ni?

Hehe.. 


No comments:

Post a Comment