Assalamualaikum...
Disebabkan sekarang ni saya tengah berpantang dan baru saja mendapat anak pertama, jadi kebanyakan post akan bersangkut paut dengan isu mengandung dan apa2 yang sewaktu dengannya ye.. Hopefully sedikit sebanyak boleh membantu para ibu mengandung di luar sana, especially yang mengandungkan anak pertama...
Sebenarnya saya tidak menyangka saya akan mengandung lagi sebab baru saja mengalami keguguran kali kedua. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh lawan, Dia beri saya peluang sekali lagi untuk mengandung. Alhamdulillahi Rabbil Alamin...
Apabila period saya lambat selama dua minggu, saya mula merasa sesuatu. Period saya adalah regular pada setiap bulan dan tak akan pernah lambat. Always come on the dot. Bila dah lambat dua minggu, terdetik di naluri 'Mungkinkah aku mengandung?' Saya bagitau En Suami, tapi disebabkan dua kali keguguran, both of us decided not to expect anything. Tapi saya jalankan jugak pregnancy home test and the results was positive. Memang gembira tapi berlagak seperti biasa. En Suami pun sama. Sebab kami takut akan kehilangan lagi buat kali yang ketiga.
Bagi memastikan lagi keputusan pregnancy test tu, saya ajak En Suami ke sebuah klinik swasta untuk buat check up. Tapi agak mengecewakan bila doktor scan dan tak boleh detect baby's heartbeat. Kalau ikutkan usia kandungan saya pada masa itu adalah 8 minggu dan generally bila usia kandungan mencecah 7 minggu dah boleh nampak baby's heartbeat. Doktor tu siap cakap kemungkinan untuk keguguran adalah tinggi. Oh we were devastated. Doktor tu siap tulis surat untuk referkan saya ke hospital. She asked which hospital I prefer? I firmly answered GH (Hospital Kuala Lumpur).
Saya dan En Suami tidak terus ke hospital. We actually waited for another 2 weeks before proceeding to the hospital. Dalam masa 2 minggu tu, we didn't even talk about my pregnancy. Kami buat macam biasa. Masih lagi keluar dating berdua, tengok wayang, shopping...
Masa ke hospital, tidak dinafikan saya memang nervous. Saya takut nanti doktor kat hospital pun cakap kandungan saya tak akan survive. Saya takut saya akan keguguran sekali lagi. Setelah menunggu, tiba giliran saya. Kali ini doktor scan dari 'bawah' (yes alat scan tu dimasukkan melalui lubang kemaluan) to get clear image. Kalau orang yang first time, akan rasa sakit. But the trick here, you have to stay calm and take a deep breath. Dan jangan ketatkan or keraskan kemaluan anda. InsyaAllah, u'll be fine... Doktor masuk sikit je hari tu, terus tersenyum. Then doktor cakap,"Wah anak puan ni kecik2 dah pandai berenang..."
At first saya tak faham, tapi bila doktor tunjuk image kat monitor tu baru saya faham. Demi Allah yang Maha Berkuasa, saya melihat ciptaanNya yang paling indah berada di dalam rahim saya. Bentuknya seperti anak yang sangat kecil, dan kedua-dua belah tangannya bergerak2 seolah-olah sedang berenang. Subhanallah, besarnya kuasaMu Ya Allah.. Masa tu saya tak rasa apa, cuma saya rasa kelakar tengok dia 'berenang' dengan gembiranya seperti ingin memberitahu, "Mama, you don't have to worry too much. I'm here. And I'm fine and very much happy to be in here...".
Disebabkan saya buat check up tu kat Hospital Kuala Lumpur, hanya saya seorang je yang masuk bilik pemeriksaan. En Suami tunggu di luar. Keluar je dari bilik tu En Suami terus tanya apa keputusannya. Wajahnya memang nampak cemas. Bila terpandang je wajah suami, saya senyum dan terus gelak. Tapi air mata mencurah-curah dengan lajunya. Orang sekeliling pandang je. Suami lagilah... Masih lagi menunggu. Suami tanya tak ok ke? Saya geleng. Tak boleh bercakap. Sebab saya terlalu gembira hingga menangis. Bila saya dah reda sikit, baru boleh cerita kat En Suami. Saya nampak air mata dia bergenang dan terus memeluk saya. Saat yang sangat bahagia untuk kami...
Bila dah confirm semuanya, next step adalah buka buku merah. Buku ni penting sepanjang mengandung kerana segala isu kesihatan akan direkodkan dalam buku tersebut. Nak buka buku merah ni, kita kena ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat kediaman kita.
So, what are the procedures involved untuk buka buku merah ni?
1) Pergi ke mana2 Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah. (Saya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak)
2) Sampai je kat kaunter, terus inform receptionist tu yang kita nak buka buku merah. Dia akan bagi nombor dan minta IC kita.
3) Tunggu untuk nama kita dipanggil. Apabila dipanggil, nurse akan periksa tekanan darah, berat badan. Dia juga akan periksa air kencing kita. (Dekat KKIA Gombak, bekas air kencing tu memang diletakkan kat toilet dan dikongsi dengan orang ramai. Make sure anda bawa bekas anda sendiri kalau tidak mahu berkongsi bekas dengan orang lain). Nurse tu juga akan tanya bila tarikh terakhir period hari pertama yang mana sangat sangat sangat penting untuk tentukan usia kandungan kita. So ladies, sila tandakan tarikh period anda setiap bulan ok.
4) Lepas sesi soal jawab dengan nurse di meja hadapan, kita akan diminta untuk mengambil darah bagi melihat tahap gula, HB, dan sebagainya. Setelah darah diambil, kita kena hantar sampel darah tu ke makmal yang terletak di blok sebelah untuk dapatkan keputusannya.
5) Selepas dapat keputusan darah, kembali ke KKIA. Letakkan buku merah ke dalam bakul kecil berdekatan dengan TV (bakul tu memang kecil dan ramai yang terlepas pandang sebab ia terselindung di sebalik kerusi) dan tunggu sehingga tiba nombor giliran kita.
6) Setelah tiba nombor giliran kita, masuk ke dalam bilik yang ditetapkan. Kat dalam tu ada nurse je. Dan nurse tu akan interview kita lagi. Oh jangan lupa bawak IC suami sekali sebab nanti nurse akan minta. Saya dulu datang seorang jadi tak ada IC suami. Saya tanya kalau boleh guna kad nikah sebab semua detail suami isteri ada kat dalam tu. Nurse tu kata boleh...
7) Selesai sesi interview, nurse akan minta kita baring kat katil untuk dia periksa kedudukan janin kita.
8) Lepas tu nurse akan referkan kita untuk jumpa doktor. Nurse akan hantar buku merah tu ke bilik doktor, kita hanya perlu duduk tunggu sehingga nombor giliran dipanggil di bilik doktor pulak.
9) Masa jumpa doktor, for first time biasanya, doktor akan scan. Nak tengok kandungan ok ke tak. Oh harus diingatkan, bila buat check up kat KKIA, kita tidak akan discan setiap kali buat check up. Doktor hanya akan scan 2 kali je. Sekali masa buka buku, dan yang kedua bila usia kandungan masuk 8 bulan.
10) Lepas jumpa doktor, selesailah sesi membuka buku merah di Klinik Kesihatan...
Ok, ramai yang akan kata leceh nak pergi ke klinik kerajaan sebab lambat, ramai orang... Ye, itu tak dinafikan. Tapi harus diingatkan, itu semua FREE... Dan janganlah terlalu meletakkan high expectation.. Sepanjang mengandung saya memang buat check up setiap bulan di Klinik Kesihatan, dan so far saya berpuas hati dan tidak mempunyai masalah dengan apa yang saya dapat. Kakitangannya juga mesra dan ramah...
Sedikit tips untuk ibu mengandung yang hendak menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan:-
- Datang awal. Kebiasaannya klinik buka jam 8 pagi. Tapi seawal 7.30 pagi kakitangan klinik sudah sampai dan kita boleh mengambil nombor giliran sebaik tiba je ke klinik. Nurse pun tak akan tunggu tepat jam 8 untuk mula kerja. Kadang2 pukul 7.40 diorang dah start check patient.
- Sabar... kita tak bayar satu sen pun, jadi tak rugi untuk bersabar...
- Make sure korang sarapan dulu sebab kalau perut lapar, hati pun cepat panas. Itu yang boleh buat hilang sabar... =)
- Bawa ipad / laptop, ipod or mp3, buku or newspaper untuk hilangkan rasa bosan anda menunggu. InsyaAllah takdelah terasa sangat menunggu giliran...
Ok, hopefully info kat atas dapat membantu kaum ibu kat luar sana tu ye.. oh lagi satu, walaupun tanpa sebarang bayaran, kita juga diberi vitamins yang diperlukan semasa mengandung secara percuma. Suntikan yang diperlukan pun percuma. Tak perlu membazir wang. Boleh simpan wang untuk kegunaan anak nanti...
Take care & stay tuned lovely people!
xoxo
Farewell My Blog
1 year ago
akak,kalo xde ic suami atau kad nikah xpe ke? sbb sya dngn suami duduk jauh.
ReplyDeletemaksih banyak sharingnya
ReplyDeletemadu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat
Assalam . Memang nak buka buku merah memang kena tengok kawasan ye?
ReplyDeleteAssalam . Memang nak buka buku merah memang kena tengok kawasan ye?
ReplyDelete