Asssalamualaikum...
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk menghasilkan blog ini bagi berkongsi pengalaman-pengalaman saya yang diharap dapat dijadikan sebagai panduan dan memberi info-info yang berguna kepada para pembaca.
Mengandung... hmmm saya boleh katakan, itulah pengalaman yang paling indah pernah saya lalui sepanjang 29 tahun hayat saya. Sebenarnya ini adalah kandungan saya yang ketiga, tetapi merupakan anak yang pertama. Sebelum ini saya pernah keguguran sebanyak dua kali dan kedua-duanya sewaktu usia kandungan memasuki 3 bulan. (Kisah keguguran InsyaAllah akan saya kongsikan nanti ya..)
Sepanjang saya mengandung, Alhamdulillah saya tak kena mabuk yang teruk. Rasa loya tu memang ada, itupun pada awal 3 bulan je. Loya je, muntah rasanya adalah 2 kali je kot. Itupun masa gosok gigi... Harus diingat, semua wanita mengandung mengalami pengalaman yang berbeza. Ada yang mabuk teruk, ada yang tak mabuk langsung. Saya pulak hanya rasa loya pada waktu petang, balik kerja. Dahlah ulang alik naik LRT pergi dan balik kerja. Pagi tu ok lagi lah. Bila petang, dengan orang ramai berpadat macam sardin kat dalam train tu. Dengan bau yang pelbagai.. Ohh hanya Tuhan yang tahu...
Ok, macam mana kita nak atasi rasa mabuk semasa mengandung? (Please take note, ini melalui pengalaman saya ye)
Firstly, minum air kosong banyak. Yes, it really helps. Kalau nak naik train ke, or travel jauh ke, make sure korang minum banyak air kosong. Memang akan kerap ke toilet. Tapi better ke toilet sebab nak kencing daripada muntah, right?
Secondly, standby gula2 or chewing gum. Oh ini saya sangat perlukan setiap kali menunggu En Suami pick me up kat LRT station. Dahlah pening dengan kerja kat office kan, pastu pening bersesak naik LRT pulang, tambah pulak dengan pening bau asap bas yang bertimbun kat LRT staion tu.. Masa nilah, korang memang akan sangat perlukan gula2 (especially yang minty) or chewing gum.
Yang ketiga, setiap kali saya rasa loya, saya akan cuba untuk tidak melayan loya itu. U know, macam jangan peduli akan rasa loya tu. Try to think of other things yang boleh menenangkan korang. Imagine laut kat Maldives ke, or muka anak kucing korang yang comel ke, or apa saja yang boleh divert fikiran korang daripada melayan loya itu. U have to think hard okay.. Kalau tak rasa loya akan mengatasi segala-galanya... =)
Oh lupa pulak.. Makan buah pun boleh membantu hilangkan rasa loya tu. Especially orange, apple, jambu batu.. Oh itu semua buah-buahan favourite saya semasa mengandung...
Ok, ini baru bab mabuk loya masa mengandung. Belum lagi bab penat yang teramat, rasa nak tidur je... Bab kaki bengkak.. Bab hormon tak stabil.. Bab selera makan hilang pastu bertambah-tambah... Haa banyak lagi tau. Don't worry, I'll definitely share it with u guys on other post.
Kepada ibu mengandung kat luar tu, take good care of yourselves ok... Minum banyak air kosong, and makan makanan yang berkhasiat tau..
Till next post. Stay tuned ya!
xoxo
Farewell My Blog
1 year ago
No comments:
Post a Comment