CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri

Suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh walau perihal sekecil zarah cuma?
Pasangan mana yang tidak pernah bercanggah pendapat hanya untuk memilih warna cat bilik?
Isteri mana yang tidak pernah merajuk pada suaminya hanya kerana suaminya lambat 15 minit untuk menjemputnya di stesen LRT?

Kalau benar ada pasangan suami isteri yang tidak pernah terasa hati, tidak pernah memendam rasa terkilan, tidak pernah tidak bercakap sesama sendiri selama 5 minit, aku tetap tidak percaya. Kerana sememangnya tiada. Bilang sama aku, perempuan mana yang tidak pernah merasa terkilan seumur hidupnya? Bilang lekas.

Hidup berumah tangga bukannya hanya pelangi indah semata. Ia bukan manis seperti gula-gula sentiasa. Sedangkan gula-gula pun ada yang masam dan masin. Apaatah lagi dalam kehidupan berumahtangga. 

Bukan niatku untuk menakutkan bakal isteri2 atau suami2 di luar sana. Cuma sekadar memberi peringatan agar kamu lebih bersedia. Seperti mengemudi sebuah kapal layar, manakan mungkin tiada ombak dan badainya kan? 

Tetapi, pada hakikatnya, masam, masin, pahit, payau itulah yang membuatkan sesebuah perkahwinan itu lebih bermakna. Perkahwinan bukannya penghujung sebuah hubungan percintaan, tetapi sebenarnya suatu permulaan. Dan bagaimana kita mahu meneruskan permulaan itu, kita yang menentukannya.

Yang keras kepala, kalau kena dengan caranya, akan lembut jua.
Yang tidak mahu mengalah, kalau kena dengan caranya, akan menerima seadanya.

Perkahwinan bukan bererti menerima sahaja. Mahu suami kamu manjakan kamu, manjakan dia dahulu. Mahu suami kamu sayangkan kamu, sayangkan dia dahulu. Mahu suami kamu menyayangi dan menghormati kedua orang tuamu, sayangi dan hormatilah kedua orang tuanya. Jadi, untuk menerima, kamu harus memberi. 

Apapun, untuk para isteri, suami harus didahulukan sebelum ibu bapa kita. Dan para suami, isteri harus didahulukan sebelum ibu bapa kamu.

Haa, para isteri, untung tak kita jadi isteri ni?

Hehe.. 


Monday, February 13, 2012

Mengandung - Pemeriksaan bulanan (KKIA Gombak)

Assalamualaikum...

Disebabkan sekarang ni saya tengah berpantang dan baru saja mendapat anak pertama, jadi kebanyakan post akan bersangkut paut dengan isu mengandung dan apa2 yang sewaktu dengannya ye.. Hopefully sedikit sebanyak boleh membantu para ibu mengandung di luar sana, especially yang mengandungkan anak pertama...

Sebenarnya saya tidak menyangka saya akan mengandung lagi sebab baru saja mengalami keguguran kali kedua. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh lawan, Dia beri saya peluang sekali lagi untuk mengandung. Alhamdulillahi Rabbil Alamin...

 Apabila period saya lambat selama dua minggu, saya mula merasa sesuatu. Period saya adalah regular pada setiap bulan dan tak akan pernah lambat. Always come on the dot. Bila dah lambat  dua minggu, terdetik di naluri 'Mungkinkah aku mengandung?' Saya bagitau En Suami, tapi disebabkan dua kali keguguran, both of us decided not to expect anything. Tapi saya jalankan jugak pregnancy home test and the results was positive. Memang gembira tapi berlagak seperti biasa. En Suami pun sama. Sebab kami takut akan kehilangan lagi buat kali yang ketiga.

Bagi memastikan lagi keputusan pregnancy test tu, saya ajak En Suami ke sebuah klinik swasta untuk buat check up. Tapi agak mengecewakan bila doktor scan dan tak boleh detect baby's heartbeat. Kalau ikutkan usia kandungan saya pada masa itu adalah 8 minggu dan generally bila usia kandungan mencecah 7 minggu dah boleh nampak baby's heartbeat. Doktor tu siap cakap kemungkinan untuk keguguran adalah tinggi. Oh we were devastated. Doktor tu siap tulis surat untuk referkan saya ke hospital. She asked which hospital I prefer? I firmly answered GH (Hospital Kuala Lumpur).

Saya dan En Suami tidak terus ke hospital. We actually waited for another 2 weeks before proceeding to the hospital. Dalam masa 2 minggu tu, we didn't even talk about my pregnancy. Kami buat macam biasa. Masih lagi keluar dating berdua, tengok wayang, shopping...

Masa ke hospital, tidak dinafikan saya memang nervous. Saya takut nanti doktor kat hospital pun cakap kandungan saya tak akan survive. Saya takut saya akan keguguran sekali lagi. Setelah menunggu, tiba giliran saya. Kali ini doktor scan dari 'bawah' (yes alat scan tu dimasukkan melalui lubang kemaluan) to get clear image. Kalau orang yang first time, akan rasa sakit. But the trick here, you have to stay calm and take a deep breath. Dan jangan ketatkan or keraskan kemaluan anda. InsyaAllah, u'll be fine... Doktor masuk sikit je hari tu, terus tersenyum. Then doktor cakap,"Wah anak puan ni kecik2 dah pandai berenang..."

At first saya tak faham, tapi bila doktor tunjuk image kat monitor tu baru saya faham. Demi Allah yang Maha Berkuasa, saya melihat ciptaanNya yang paling indah berada di dalam rahim saya. Bentuknya seperti anak yang sangat kecil, dan kedua-dua belah tangannya bergerak2 seolah-olah sedang berenang. Subhanallah, besarnya kuasaMu Ya Allah.. Masa tu saya tak rasa apa, cuma saya rasa kelakar tengok dia 'berenang' dengan gembiranya seperti ingin memberitahu, "Mama, you don't have to worry too much. I'm here. And I'm fine and very much happy to be in here...".

Disebabkan saya buat check up tu kat Hospital Kuala Lumpur, hanya saya seorang je yang masuk bilik pemeriksaan. En Suami tunggu di luar. Keluar je dari bilik tu En Suami terus tanya apa keputusannya. Wajahnya memang nampak cemas. Bila terpandang je wajah suami, saya senyum dan terus gelak. Tapi air mata mencurah-curah dengan lajunya. Orang sekeliling pandang je. Suami lagilah... Masih lagi menunggu. Suami tanya tak ok ke? Saya geleng. Tak boleh bercakap. Sebab saya terlalu gembira hingga menangis. Bila saya dah reda sikit, baru boleh cerita kat En Suami. Saya nampak air mata dia bergenang dan terus memeluk saya. Saat yang sangat bahagia untuk kami...

Bila dah confirm semuanya, next step adalah buka buku merah. Buku ni penting sepanjang mengandung kerana segala isu kesihatan akan direkodkan dalam buku tersebut. Nak buka buku merah ni, kita kena ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat kediaman kita.

So, what are the procedures involved untuk buka buku merah ni?

1) Pergi ke mana2 Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah. (Saya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak)

2) Sampai je kat kaunter, terus inform receptionist tu yang kita nak buka buku merah. Dia akan bagi nombor dan minta IC kita.

3) Tunggu untuk nama kita dipanggil. Apabila dipanggil, nurse akan periksa tekanan darah, berat badan. Dia juga akan periksa air kencing kita. (Dekat KKIA Gombak, bekas air kencing tu memang diletakkan kat toilet dan dikongsi dengan orang ramai. Make sure anda bawa bekas anda sendiri kalau tidak mahu berkongsi bekas dengan orang lain). Nurse tu juga akan tanya bila tarikh terakhir period hari pertama yang mana sangat sangat sangat penting untuk tentukan usia kandungan kita. So ladies, sila tandakan tarikh period anda setiap bulan ok.

4) Lepas sesi soal jawab dengan nurse di meja hadapan, kita akan diminta untuk mengambil darah bagi melihat tahap gula, HB, dan sebagainya. Setelah darah diambil, kita kena hantar sampel darah tu ke makmal yang terletak di blok sebelah untuk dapatkan keputusannya.

5) Selepas dapat keputusan darah, kembali ke KKIA. Letakkan buku merah ke dalam bakul kecil berdekatan dengan TV (bakul tu memang kecil dan ramai yang terlepas pandang sebab ia terselindung di sebalik kerusi) dan tunggu sehingga tiba nombor giliran kita.

6) Setelah tiba nombor giliran kita, masuk ke dalam bilik yang ditetapkan. Kat dalam tu ada nurse je. Dan nurse tu akan interview kita lagi. Oh jangan lupa bawak IC suami sekali sebab nanti nurse akan minta. Saya dulu datang seorang jadi tak ada IC suami. Saya tanya kalau boleh guna kad nikah sebab semua detail suami isteri ada kat dalam tu. Nurse tu kata boleh...

7) Selesai sesi interview, nurse akan minta kita baring kat katil untuk dia periksa kedudukan janin kita.

8) Lepas tu nurse akan referkan kita untuk jumpa doktor. Nurse akan hantar buku merah tu ke bilik doktor, kita hanya perlu duduk tunggu sehingga nombor giliran dipanggil di bilik doktor pulak.

9) Masa jumpa doktor, for first time biasanya, doktor akan scan. Nak tengok kandungan ok ke tak. Oh harus diingatkan, bila buat check up kat KKIA, kita tidak akan discan setiap kali buat check up. Doktor hanya akan scan 2 kali je. Sekali masa buka buku, dan yang kedua bila usia kandungan masuk 8 bulan.

10) Lepas jumpa doktor, selesailah sesi membuka buku merah di Klinik Kesihatan...

Ok, ramai yang akan kata leceh nak pergi ke klinik kerajaan sebab lambat, ramai orang... Ye, itu tak dinafikan. Tapi harus diingatkan, itu semua FREE... Dan janganlah terlalu meletakkan high expectation.. Sepanjang mengandung saya memang buat check up setiap bulan di Klinik Kesihatan, dan so far saya berpuas hati dan tidak mempunyai masalah dengan apa yang saya dapat. Kakitangannya juga mesra dan ramah...

Sedikit tips untuk ibu mengandung yang hendak menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan:-

- Datang awal. Kebiasaannya klinik buka jam 8 pagi. Tapi seawal 7.30 pagi kakitangan klinik sudah sampai dan kita boleh mengambil nombor giliran sebaik tiba je ke klinik. Nurse pun tak akan tunggu tepat jam 8 untuk mula kerja. Kadang2 pukul 7.40 diorang dah start check patient.

- Sabar... kita tak bayar satu sen pun, jadi tak rugi untuk bersabar...

- Make sure korang sarapan dulu sebab kalau perut lapar, hati pun cepat panas. Itu yang boleh buat hilang sabar...    =)

- Bawa ipad / laptop, ipod or mp3, buku or newspaper untuk hilangkan rasa bosan anda menunggu. InsyaAllah takdelah terasa sangat menunggu giliran...

Ok, hopefully info kat atas dapat membantu kaum ibu kat luar sana tu ye.. oh lagi satu, walaupun tanpa  sebarang bayaran, kita juga diberi vitamins yang diperlukan semasa mengandung secara percuma. Suntikan yang diperlukan pun percuma. Tak perlu membazir wang. Boleh simpan wang untuk kegunaan anak nanti...

Take care & stay tuned lovely people!

xoxo

Sunday, February 12, 2012

Mengandung - Pengalaman yang terindah (1)

Asssalamualaikum...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk menghasilkan blog ini bagi berkongsi pengalaman-pengalaman saya yang diharap dapat dijadikan sebagai panduan dan memberi info-info yang berguna kepada para pembaca.

Mengandung... hmmm saya boleh katakan, itulah pengalaman yang paling indah pernah saya lalui sepanjang 29 tahun hayat saya. Sebenarnya ini adalah kandungan saya yang ketiga, tetapi merupakan anak yang pertama. Sebelum ini saya pernah keguguran sebanyak dua kali dan kedua-duanya sewaktu usia kandungan memasuki 3 bulan. (Kisah keguguran InsyaAllah akan saya kongsikan nanti ya..)

Sepanjang saya mengandung, Alhamdulillah saya tak kena mabuk yang teruk. Rasa loya tu memang ada, itupun pada awal 3 bulan je. Loya je, muntah rasanya adalah 2 kali je kot. Itupun masa gosok gigi... Harus diingat, semua wanita mengandung mengalami pengalaman yang berbeza. Ada yang mabuk teruk, ada yang tak mabuk langsung. Saya pulak hanya rasa loya pada waktu petang, balik kerja. Dahlah ulang alik naik LRT pergi dan balik kerja. Pagi tu ok lagi lah. Bila petang, dengan orang ramai berpadat macam sardin kat dalam train tu. Dengan bau yang pelbagai.. Ohh hanya Tuhan yang  tahu...

Ok, macam mana kita nak atasi rasa mabuk semasa mengandung? (Please take note, ini melalui pengalaman saya ye)

Firstly, minum air kosong banyak. Yes, it really helps. Kalau nak naik train ke, or travel jauh ke, make sure korang minum banyak air kosong. Memang akan kerap ke toilet. Tapi better ke toilet sebab nak kencing daripada muntah, right?

Secondly, standby gula2 or chewing gum. Oh ini saya sangat perlukan setiap kali menunggu En Suami pick me up kat LRT station. Dahlah pening dengan kerja kat office kan, pastu pening bersesak naik LRT pulang, tambah pulak dengan pening bau asap bas yang bertimbun kat LRT staion tu.. Masa nilah, korang memang akan sangat perlukan gula2 (especially yang minty) or chewing gum.

Yang ketiga, setiap kali saya rasa loya, saya akan cuba untuk tidak melayan loya itu. U know, macam jangan peduli akan rasa loya tu. Try to think of other things yang boleh menenangkan korang. Imagine laut kat Maldives ke, or muka anak kucing korang yang comel ke, or apa saja yang boleh divert fikiran korang daripada melayan loya itu. U have to think hard okay.. Kalau tak rasa loya akan mengatasi segala-galanya...  =)

Oh lupa pulak.. Makan buah pun boleh membantu hilangkan rasa loya tu. Especially orange, apple, jambu batu.. Oh itu semua buah-buahan favourite saya semasa mengandung...

Ok, ini baru bab mabuk loya masa mengandung. Belum lagi bab penat yang teramat, rasa nak tidur je... Bab kaki bengkak.. Bab hormon tak stabil.. Bab selera makan hilang pastu bertambah-tambah... Haa banyak lagi tau. Don't worry, I'll definitely share it with u guys on other post.

Kepada ibu mengandung kat luar tu, take good care of yourselves ok... Minum banyak air kosong, and makan makanan yang berkhasiat tau..

Till next post. Stay tuned ya!

xoxo