CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 16, 2013

Seasons View Hotel Kuantan - TERBAIK!!!

Sebenarnya nak cerita pasal trip to Kuantan, tapi sebab tak berkesempatan ke mana-mana masa kat Kuantan, so kita buat hotel review je k...

Last minit punya plan, ayah call on Friday morning ajak gi Kuantan keesokan harinya.
Ayah kata dia survey homestay tapi semua dah fully booked.
Ayah minta aku carik hotel yang RM200 ke bawah.
hehehehehe siap letak bajet lagi.

Aku terus google - hotel in Kuantan.
The first thing yang menarik mata aku - Seasons View Hotel.
Terus klik and tadaa! sangat menarik minat aku...

Since En. Suami tak dapat join, aku booked superior family room, RM158 nett inclusive 4 breakfast (untuk aku, mak, ayah & adik + infant)

luas kan? and most importantly sangat selesa!


The reception area walaupun simple, but it was really nice.
Staff pun okay...
Tak kisah semua tu sebab bagi aku for a family room and ada breakfast for 4 person dengan harga RM158 sangat sangat sangat berbaloi!

The next day, aku turun breakfast dengan mak and ayah.
Since boss kecik tidur lagi, kami tinggalkan dia dengan Mak Su nya yang memang sedap mentido tak mau bangun breakfast.
Breakfast dia simple tapi sedap!
Menu pagi tu - nasi goreng, kueh teow goreng, telur dadar yang sangat sedap, hash brown, ayam masak merah, cake, buah, juice and coffee / tea. 
Memang simple tapi sangat puas hati!
Sorry tak ada gambar menu breakfast sebab turun breakfast pakai baju tidur je... tak bawak phone pun.. hihihihihi

buffet area at The Ritz Grill, Seasons View Hotel Kuantan

the ambience

the ambience lagi... ni masa lunch - sempena Mother's Day...
kami order ala carte.. pun sangat sedap and value for money...

Generally, memang puas hati stay kat Seasons View Kuantan ni...
Masa check in tu depa collect RM160 dari aku.. 
The next day dah lah kami check out lambat sebab tunggu boss kecik bangun, masa aku check out, depa pulangkan balik RM2 aku.. hahahahaha 

As I said earlier, tak berjalan ke mana2 pun masa kat Kuantan.
Niat di hati nak pergi East Coast Mall, tapi tak kesampaian sebab semua penat.
Lagipun memang pergi Kuantan tujuannya untuk wedding je...
The only place yang kami sempat singgah is Telok Chempedak...
Memang ramai orang. Weekend lagipun...
Tapi I've to say, happening jugak Telok Chempedak ni..
Ada KFC, McD, Old Town, and Chatime!
other than that, biasalah gerai2 jualan baju, tudung, selipar, bantal dan sebagainya...

pemandangan Telok Chempedak... walaupun ramai orang tapi angin-angin yang sepoi bahasa sangat menyamankan...

huhu maknya tak nak kena pasir, amik ler gambo dari jauh je..
Ni atok tengah melayan cucunya main bola kat pasir...

huhu adik aku memang peminat tegar Chatime. Aku sangat kagum nampak Chatime sebesar ini!

sebelum balik, kami singgah ke Masjid Negeri untuk jama' solat Zohor & Asar...

Itu je lah cerita Kuantan...
Insya Allah kalau ada kesempatan ke Kuantan lagi, boleh pergi tempat2 lain pulak...
So, kalau korang tengah carik hotel kat Kuantan, aku highly recommend Seasons View Hotel!
Selesa, bersih, and paling best murah!
huhuhu

Thursday, May 2, 2013

Anak belum bercakap? When to get help?


Alhamdulillah, hero kecik ni nak masuk setahun 4 bulan (16 bulan) lagi beberapa hari.
Setakat ni mulut memang becok bercakap walaupun ada yang kita tak paham.
Yang paling jelas dia sebut 'mama', 'mamam', 'minyum', 'chuchu', 'djatoh', 'nnek', 'atok', and favourite word dia 'takdo'.
hahahahahahaha
Kalau nak panggil papa, ikut mood dia.. kadang2 dia panggil 'baa' tapi most of the time dia panggil bapaknye 'mmaa'.. huhu suka hatilah nak.. just enjoy your development okay...

Cepat atau lambat seseorang anak bercakap sebenarnya tak ada masalah.
Cuma kalau ikut stage umur dia dan dia masih belum menunjukkan apa2 tanda untuk bercakap, at that point dinasihatkan agar consult doktor. Sebab semua itu nanti akan berkait dengan perkembangan cognitive dia...

Bila sepatutnya kita kena jumpa doktor untuk tanya pasal masalah anak yang belum menunjukkan any sign of speaking?
Firstly, trust your instincts.
Atau boleh refer to these signs:

Menjangkau 12 bulan:
  • Masih tidak menyebut 'mama' atau 'papa'
  • tidak menggunakan gerakan seperti melambai, menggeleng atau menunjuk sesuatu
  • tidak faham dan tidak memberi respon terhadap perkataan seperti "no" atau "bye bye"
  • tidak menunjukkan perkara yang sepatutunya menarik minat seperti burung terbang atau aeroplane
  • tidak menyebut single word dalam usia 12 ke 15 bulan
  • tidak babble (merepek bahasa budak) seolah-olah dia sedang bercakap  


Menjagkau 18 bulan:
  • tidak menunjuk kepada sekurang-kurangnya satu anggota badan apabila ditanya
  • tidak berkomunikasi dengan anda walaupun pada masa itu dia perlukan bantuan atau memerlukan sesuatu yang dia hendak
  • tidak menyebut sekurang-kurangnya 6 perkataan


Di antara 19 dan 24 bulan:
  • Tidak mempunyai perkembangan perkataan (sekurang-kurangnya 1 perkataan baru seminggu)


Menjangkau 24 bulan:
  • tidak memberi respon kepada arahan yang simple
  • tidak berpura-pura bermain dengan patung atau diri sendiri (contoh berpura-pura menyikat rambut atau memberi patung makan)
  • tidak meniru perkataan atau perbuatan orang lain
  • tidak boleh menunjuk kepada gambar yang disebut dalam buku 
  • tidak boleh menggabungkan 2 perkataan
  • tidak tahu fungsi perkakas rumah yang asas (contoh: garpu atau berus gigi)


Menjangkau 25 bulan:
  • tidak menggunakan 2  ke 4 perkataan simple untuk satu ayat
  • tidak dapat menamakan beberapa anggota badan
  • sukar untuk melengkapkan nursery rhymes yang biasa didengarnya
  • tidak menanyakan soalan yang simple


Menjangkau 30 bulan:
  • Percakapannya tidak dapat difahami oleh sesiapa dalam keluarga


Menjangkau 36 bulan:
  • Tidak menggunakan kata ganti diri (saya, awak)
  • Most of the time dia tidak dapat difahami oleh orang lain yang bukan keluarga 


Menjangkau 3 tahun:
  • tidak dapat bercakap dalam frasa pendek / rangkai kata
  • tidak dapat memahami arahan yang pendek
  • tidak berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • sangat sukar berjauhan dengan ibu bapanya
  • percakapan yang sangat tidak jelas
  • masih lagi gagap dan menunjukkan mimik muka bila cuba untuk bercakap


Menjangkau 4 tahun:
  • masih belum mahir single conconants (contoh 'p', 'b', 'm')
  • tidak faham akan konsep "sama" dan "tidak sama"
  • tidak menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak" dengan betul


Hopefully, semua ni boleh dijadikan guideline kepada kita dalam monitor pembesaran anak kita.
Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, it's better to talk to your doctor sebab lagi cepat kita tangani masalah tersebut, lebih baik kan...