Seorang
lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat Subuh di masjid.
Dia
berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu
jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke
rumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali
ke rumah.
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan
lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di
perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu"
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat Subuh bersamanya.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat Subuh bersamanya.
Lelaki tadi menolak.
Berkali-kali
diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat.
Lelaki pembawa lampu
menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu.

Saya membuatmu jatuh kedua
kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke
masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya
membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh
penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan
selamat..'
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yang kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut

No comments:
Post a Comment